Followers

Monday, April 26, 2010

Terima kasih sahabat

Salam,


Beberapa hari dah berlalu, FB dan blog aku macam kapal karam. Hilang kapten, hilang anak kapal, terdampar seorang diri. Ingin mencari pelampung yang sentiasa aku percayakan, aku curahkan segala-galanya namun dah dimiliki orang lain.

Dan di saat aku hampir lemas, segerombolan ikan lumba-lumba datang menghulurkan bantuan membawa aku ke sebuah pulau yang dinamakan Pulau Realiti. Berpijak di bumi yang nyata, pelampung itu tidak akan kembali kerna dah ditambat oleh seseorang. Dan andainya pelampung itu diberi pilihan pun ia tidak akan kembali.

Lalu aku menangis tersedu sedan mengenangkan nasib, sendirian dek kesejukan malam, tiba-tiba sang lumba-lumba muncul kembali membawa bersama pelbagai makanan agar aku tidak mati keseorangan. Dan ada yang membuat aksi-aksi menghiburkan selama mana mereka menyuruh aku berhenti menangis.

Kini mereka membantu aku membina sebuah rakit untuk aku teruskan perjalanan mencari sebuah daratan yang lebih bermakna dari mencari pelampung yang semakin hilang itu. Lantas perjalanan itu aku mulakan bersama mereka mengharungi ombak yang ganas dan ribut yang menghujani setiap hari. 

Walau si pelampung pernah berkata padaku, "Usah terlalu percayakan sang lumba-lumba kerana ada antara mereka akan tikam kau dari belakang", tapi aku percaya walau mereka tikam aku dari belakang ianya tak sesakit tikaman dari depan yang aku nampak siapa orangnya.

Terima kasih sang lumba-lumba @ sahabat, kerana menyedarkan aku, membantu aku saat aku kecewa, tertekan dan kesedihan. Hanya Allah yang dapat membalas budi jasa baik kalian. Kerana aku tahu F.A.S.E.O tetap wujud (Friends Always Support Each Other)

ikhlas dari anak kapal yang sesat di lautan, mangsa si pelampung...

2 comments:

KERAK NASI said...

jangan la biar karam..hee..
nak baca..
pakai pelampung la..hee..

shukjessa said...

kapal dah konfirm karam,

nak harap pelampung? pelampung pun dah lari ikut lelaki lain...

so harapkan dolphin je la nak tolong tak bagi lemas