Followers

Monday, April 19, 2010

Change is good

Salam,


Agaknya mesti ada yang pening dengan template aku yang asyik bertukar-tukar aje. Well aku pun bukan nak tukar selalu sangat cuma bila aku rasa dah bosan tengok template yang sama, so kena ubah la sikit (aku pun bukan reti sangat wat template lawa-lawa macam rakan-rakan bloggers yang lain). 

Macam makan juga la, hari-hari makan ayam, bosan jugak kan. Terasa nak muntah satu hari nanti, so kena tukar la makan benda lain juga. 

Kalau dekat rumah mak, dia mesti tukar susunan perabut setiap beberapa bulan untuk beri satu refreshing kepada mata. Its good sebenarnya sebab beri satu nikmat dan aman bila tengok susunan baru. Tak caya, korang boleh try 4 bulan sekali tukar susunan perabut ke tempat lain, ianya memberi kepuasan dan rasa macam duk rumah baru.

Tapi jangan la kerap sangat, bukan tak boleh cuma kadang-kadang tak sempat nak menghayati dah ditukar terlalu kerap, pening lak jadinya.


 

p.s: Nasihat di atas hanya untuk susunan perabot, dan bukan sikap. Kalau nak berubah sikap dari teruk ke baik, baguslah tapi kalau sikap asyik nak berubah-ubah sampai orang pun pening, so jangan. Apa pun manusia boleh berubah jika dia mahu!

2 comments:

theSkycrapper said...

baik!..nnt aku try tukar perabot rumah sewa yg ade rak tv dgn tv ni je..hehe.=p

Shukjessa said...

hahaha tukar bilik tido la weh, susun aturnya nampak macam baru sikit haha