Followers

Sunday, April 25, 2010

[End]

Salam,


Beberapa hari dah berlalu, blog aku agak emo melayan perasaan sedih bercampur baur. Patutnya aku tak sedih pun tapi atas sebab kenangan dan aku pelik sikap that person membuatkan aku sgt hiba. 

Well seperti yang pernah aku tulis di dalam status FB aku, "Datang bersalam, pergi diam-diam", aku agak terluka sebenarnya ucapan selamat jalan atau selamat tinggal dah takde erti. Yelah, atas dasar sebuah perhubungan yang digelar persahabatan adakah aku tidak layak pun?

Sedih sebab bertahun kenal, bertahun rapat, dan berpisah, aku redha. Tapi atas sebab that person ingin meneruskan persahabatan, aku juga redha dan akur. Tapi malangnya sekarang ni aku tak rasa value tu ada lagi apatah sekadar teman. 

Apa yang aku dapat hanyalah "Hidup perlu diteruskan" di lambakan status aku, dan Im sorry di status dirinya.

Aku redha kalau ditakdirkan dia menemui seseorang dan akan pergi meninggalkan aku, yes aku redha. Aku tahu siapa aku, dan aku takkan pernah paksa orang untuk selama-lamanya terikat dengan diriku jika tidak sudi. TAPI...

Ingin berlalu, sekurang-kurangnya beritahulah, atau paling tidak buatlah seperti aku ini wujud.

Paling tidak sekali dalam seumur hidup lawatilah blog busuk dan hina aku ni, dan tinggalkanlah sepatah dua komen. Sepanjang blog aku ni masih bernyawa, aku tak pernah tengok namanya di sini... yang ada hanyalah teman dan sahabat-sahabat seperjuangan.

Aku pinta kalau berjumpa aku lain kali, usahlah berikan alasan BZ tu, aku dah muak dengar. Dalam seminggu hidup, takkan takde masa langsung tapi ada masa untuk berhibur, bershopping dan sebagainya yang tak perlu aku mentionkan di sini. Pokok pangkalnya, kalau hati dah tak suka, berilah 1000 jam pun dia takkan peduli lagi.

Akhir kata, 'tahniah' sebab dah in relation, walau aku tak tahu apa makna tersirat atau tersurat, tapi tengokkan gaya aku fahamlah maknanya. Terpulanglah, aku tidak mahu ungkitkan soal kesetiaan, kita masing-masing sudah dewasa, so fikirlah sendiri. Inilah pengakhirannya, terima kasih untuk segalanya.

p.s: Kalau tak keberatan, aku mahu hati ku pulang kembali, U dont deserve to keep it, its not yours forever...

2 comments:

cEro said...

mcam aku pernah kata (bila ntah!!), dlm dunia ni ada jenis org yg pikir sgala yg dilakukannya adalah btol TANPA mengira hati n perasaan org len..

ko patut bersyukur, ko diberi dugaan mcam ni..
bkn sume org diduga begini..
mende ni mendewasakan, mematangkan..
mnjadikan ko lebih ko..

ada 2 pilihan, lepaskan atau pegang kuat..

shukjessa said...

hahaha ko tulis dlm komen posting yg terdahulu, keh keh keh xpe2 aku sudi menerima ape jua bentuk komen, nasihat dan lain-lain.

aku tak kisah kalo benda yang dikatakan 'cinta' itu aku lepaskan, tapi atas dasar persahabatan pun aku dah tak rasa nikmatnya seperti setitis air di gurun pasir, aku kena lepaskan jua?

tu yang aku sedih sebenarnya...bertahun kenal last-last aku kena lepaskan segala-galanya...