Followers

Wednesday, April 21, 2010

Kasih si anak emak

"Mak...kalau tak keberatan, saya nak pinjam kereta boleh? Nak ambil barang sikit di rumah sewa" berat mulut Feez ingin berkata. "Oh boleh je, guna la tapi bawa kereta elok-elok" balas sang ibu dengan wajah yang ceria. "Mak kerja apa esok?" tanya Fareez kepada ibunya.

"Mak kerja malam tapi takpelah, mak boleh pergi kerja naik teksi" balas ibunya lagi. Terkedu mendengar jawapan ibunya, Feez serba salah. Diluah mati mak, ditelan mati bapa. Kekasihnya meminta supaya menghantarnya ke airport keesokan harinya. Tapi Feez jadi berat hati bila mengenangkan yang ibunya terpaksa menaiki teksi untuk pergi kerja. 

Malam itu seperti satu batu yang menghimpit dadanya. Situasi yang cukup membelenggukan dirinya apabila memikirkan perihal kereta itu.

Keesokan paginya, sebelum bertolak, ibu Fareez bertanyakan kepada dia "Bawa kereta elok-elok, duit ada?". Sekali lagi Feez berat hati nak menjawap tapi dia memang kekeringan. "Ni mak bagi RM100, jangan membazir pula. Minyak mak dah isi full tank tu" balas ibunya sambil menghulurkan dua keping not RM50 kepada Feez. Bertambah sayu Feez untuk menerima duit pemberian ibunya itu tetapi dia pun terpaksa.

Sesampainya di kolej, kekasihnya bersungut "kenapa lambat? Tau tak dah lama tunggu ni. Mana sempat nak pergi jalan-jalan dan shopping macam ni". 

"Yelah, takkan la saya nak blah awal-awal, sian la dekat mak saya masak breakfast, tak makan kecik hati orang tua tu. Awak tak boleh bersabar sedikit?" kesal Feez akan sikap kekasihnya itu.

Lyena memuncungkan diri dan seolah-olah tidak peduli akan penerangan Feez, makin Feez berkata makin dia membuat perangai. Feez hanya menggeleng-gelengkan kepalanya pening dengan sikap kekasihnya yang telah dikenali lebih dari 2 tahun itu.

Sampainya di pusat membeli belah, Lyena hanya diam dan berjalan menonong sahaja keluar dari kereta tanpa sedikit pun menunggu Feez. Bukan baru sekali tapi dah acap kali diberitahu kepadanya, tolong jangan tinggalkan dia begitu sahaja, perbuatan itu seperti biadap namun tidak pernah diendahkan kekasihnya.

Last-last Feez terpaksa mengalah setelah banyak bersabar "Ok look, Im sorry ok, but please jangan buat macam ni boleh tak?". 

"Baru nak say sorry? Tadi tak cakap pun, asyik membebel je. Nak pujuk orang bagilah bunga" Lyena berkata tapi tidak memandang Feez. "Ok, Ok I'll buy you a flower" balas Feez. "A flower? A rosette would do!".

"Ok, fine" keluh Feez. Lantas dia pergi ke kedai bunga untuk mencari sejambak bunga. "Berapa harga ni miss?" tanya Feez. "RM45 je encik". Hampir nak pengsan tengok harga bunga 4-5 kuntum dengan wrapping semahal itu. Dibelek-belek walletnya, hanya ada RM110 sahaja. Puas dicongak-congak matematik mudah, akhirnya dia akur untuk mengeluaran note RM50 untuk membeli 'sorry' yang akhirnya layu dan dibuang ke tong sampah jua.

"For you my princess, are you happy now?" sindir Feez. "Macam ni la baru la orang sayang, tak merajuk dah" balas kekasihnya itu.

"Jom makan, saya lapar la" kata Lyena sambil menarik tangan Feez.

"Awak nak makan apa?" tanya Feez sambil tersenyum. "Kita makan pizza hut nak?" Lyena membalas senyuman Feez. "Pizza hut? Erkk..." Feez agak risau kerana duitnya tidaklah berapa sangat. "Jomla, kita kongsi duit ok?" Lyena terus menarik tangan Feez tanpa sempat dia membalas.

"Ish awak order macam-macam ni, habis ke? Nanti saya juga yang kena habiskan" ujar Feez. "Sebab tu la gunanya ada BF macam awak, saya tak habis, awak boleh habiskan kan sayang" kata Lyena sambil mencubit lengan Feez. "Pandailah awak, awak makin slim, saya juga makin berisi" Feez mencubit geram hidung mancung Lyena. "Saya memang pandai pun hehe" balas Lyena sambil memeluk erat lengan Feez.

"Saya dah cakap dah tadi kan, tak habis punya. Awak mana makan banyak pun. Saya juga jadi mangsa kena habiskan" rungut Feez. "Ala, awak makankan untuk saya hehe" balas Lyena. Selepas membayar, mereka berdua bertolak ke airport.

"Bye awak, jumpa lagi next sem. Jangan nakal-nakal tau saya takde ni. Saya dapat tau nahas awak!" kata Lyena. "Saya manalah nak nakal, risau awak je. Awakkan banyak sangat kawan lelaki. Tiap-tiap hari ada je lelaki sms awak dan awak pun rajin melayan" nada Feez sedikit tersinggung.

"Awak, mereka tu kawan je ok?" jawap Lyena. "Haah, kawan je, nak take over tugas saya la eh hantar sms tiap-tiap hari tiap-tiap masa, Hi buat apa? Hi dah makan ke? Hi dah mandi ke? Saya pun takdelah nak SMS awak macam tu sekali, saya pun bagi awak ruang dan masa untuk awak buat benda lain" terang Feez. "Kawan je, awak ni. Don't worry ok?" balas Lyena.

Dan dua insan ini terpisah oleh pintu gerbang pelepasan yang membawa diri masing-masing bersama perasaan yang bercampur baur. Terutamanya Feez, dia kini membelek walletnya yang hanya tinggal RM5. Terfikir di fikirannya, "Cukup ke duit ni aku nak bayar tol nanti?"

10 comments:

theSkycrapper said...

kira gf dia xde la kejam sgt..ok la tu..biasa la ppuan merajuk x nak dgr org explain..

the best part ialah mak dia..ohoi..tiba2 rindu pulak dkt mak aku..maaaaaaaaaaaaaaaaakk!..

Shukjessa said...

heheh cerita ni tak habes lagi, aku lupe lak nak tulis to be continue hahaha

Anonymous said...

kisah benar ke ni?

Shukjessa said...

kisah hampir 100% benar yang telah diolah kembali

Anonymous said...

aku rase gf die kejam. agak2 r nk suh org pujuk pun. mahal kowt bunga tu..wt bende lain lg baik. lain la kalau bf die tu ank jutawan. kale dh lame kapel tp x phm problem bf..

Shukjessa said...

heheh N ni cerpen je tapi realitinya tetap ada, satu bouquet bunga tu bukan murah-murah, sekuntum bunga tanpa wrapping yes murah~!

Anonymous said...

nice work, shukjessa! tapi awek dia patut understanding sket la.. Most annoying part: "Sampainya di pusat membeli belah, Lyena hanya diam dan berjalan menonong sahaja keluar dari kereta tanpa sedikit pun menunggu Feez".

-F-

Shukjessa said...

hehe thanx F, like I said before, walaupun ini cerpen, realitinya tetap ada...

mungkin ada yang tak pernah tengok or rasa, tapi buat yang pernah kena, diorang lebih faham.

annoying isnt it?

plz do read the 2nd chapter which I try to finish it

Anonymous said...

yep, most annoying part setuju ngn mr F.

begitu gak ngn rakan sekuliah yang terhegeh-hegeh nak tumpang kenderaan, dan terus je menonong ke bilik kuliah tanpa pergi bersama2.

-mr. z

Shukjessa said...

hah? rakan sekuliah? ade eh?

neway thanx mr. Z =)