Followers

Tuesday, April 6, 2010

Anda sombong?

Salam,

Pagi tadi aku ke Tesco sebab nak beli barang-barang akak aku pesan. Since aku masih melepak ni, so chores rumah aku handle la sikit-sikit sekadar yang mampu, takdela nampak macam mayat bernyawa je, makan, lepak, tido je.

Lepas parking motor aku pun jalan la ikut main entrance. Aku toleh ke kiri nampak orang menjual perabot kayu, kadang-kadang jual karpet. Tapi bila aku toleh ke kanan, nampak la sebuah kereta yang di parking betul-betul dekat simbol bawahnya ada logo orang naik wheel chair. So aku terpikir la, orang yang letak ni betul-betul OKU ke atau saja-saja sebab MALAS, dasar jenis kalau ada satu parking betul-betul depan escalator tu pun mesti berebut-rebut nak letak. 

Sebab dulu time aku ke Tesco juga (haha kaki Tesco), ada la manusia ni dah la bawak laju, parking tempat OKU. Dan bila dia keluar aku tengok, ok je, takde pun pegang tongkat ke, pakai wheelchair ke. Dan ketiga-tiga parking KHAS ni full bila dia yang last parking situ. Apa yang lebih menghairankan aku, manusia ni sebangsa lak dengan aku...aduhai malu sungguh aku nak tulis bangsa apa. So aku pun terdetik di hati, eh eh pakcik ni, gila berlagak, parking tempat OKU, lepas tu buat selamba badak je.

Tu satu hal, ni lak untuk pencinta haiwan. Pernah tak korang tengah jalan-jalan sambil makan terjumpa la kucing kurus je. Apa tindakan korang? Buat tak tahu? Halau kuceng tu sebab tu kuceng liar? Sepak kuceng tu? Atau anda hulur sedikit makanan korang pada makhluk Tuhan ni?

Yang ni pun satu hal. Live event di tempat aku tinggal. Apartmen, sampah adalah tanggungjawab masing-masing. Dan sampah perlu dibuang dekat rumah sampah yang disediakan. Tapi adalah juga manusia yang entah la apa sebab, setakat nak buang sampah 5-8 minit tu pun payah. Ada yang buang dekat tong sampah kecik-kecik ni, so bila ramai-ramai pakat buang situ je, akan melimpah la sampah-sampah yang ada. Ada yang lagi la aku tak tahu la nak labelkan apa. PEMALAS atau BODOH atau BODOH dan SOMBONG. Sampah just lepak dekat kaki lima (luar rumah) dan mengharap cleaner akan pungut sampah-sampah ni.

Tu belum part parking motosikal lagi. Ni kes dari dulu sampai sekarang, tak settle-settle lagi. Yang letak pun BODOH, yang developer pun satu hal taknak bertolak ansur. Ni jenis yang letak motor dekat kaki lima sebab nak motor berteduh. Ada yang sampai motor parking betul-betul depan lif. Dari jauh tengok macam rumah pangsa. Padahal parking motor ada je berlambak cuma takde bumbung la. Aku rela letak dekat parking takde bumbung, paling tidak aku takde la termasuk dalam golongan yang disumpah seranah oleh penghuni lain.

Banyak lagi kot kalau nak diceritakan tentang keSOMBONGan manusia zaman sekarang ni. Tu belum lagi yang dah berpangkat dah berjawatan tinggi sikit je, macam akak aku katakan, ramai patient mengada-ngada nak treatment macam hospital swasta, tapi perangai huduh, demand macam-macam, tapi pergi klinik kesihatan, sebab? Sebab FREE!!!

p.s: kalau ade sesiapa pergi klinik kesihatan ss7 tu jumpa akak aku hati-hatilah, hehe. Jangan buat perangai sudah, behave like a person nak pergi interview, jangan behave macam klinik tu sendiri punya!

4 comments:

cEro said...

byk manusia jenis camni..
lg sakit ati bile suro brubah, ade kawan aku ni ckap "aku akan berubah bile org len brubah"..
bygkan laa kalo sume org ckap camtu, mmg takde sape akan berubah..

(sedey bile tgk org buang sampah kt bawah signboard dilarang buang sampah di sini...)

shukjessa said...

hahaha sepak je orang mcm tu...

Cik N said...

larat ke ko nak sepak shuk. ramai kowt...

shukjessa said...

N, sepak kalo jumpe. takkan ko jumpe 1000 orang sekali jumpe, pasti sorang satu dlm satu2 mase hehe