Followers

Saturday, April 10, 2010

BZ? Usah mengarut...

Salam,

Hari ni aku nak lantang sikit bersuara untuk manusia-manusia yang kononnya terlalu bz dengan kerjaya sampai takde life langsung. 

Bz sangat ke? 24/7 adakah setiap saat itu terisi dengan kerja? Apa tidak perlu makankah? Tidak perlu buang air kah? Tidak perlu berehat 5 min kah? Ada ke kerja yang dari pukul 8 sampai pukul 5 straight tak berhenti-henti buat kerja? Ada? Kalau ada itu bukan manusia, itu robot namanya.

Sebab manusia ni ada kehendak dan keinginan. Mereka perlukan rehat, makan, membuang bahan kumuh, mereka perlu bersosial, beriadah untuk mengelakkan dari kena stress dan sawan babi. Sawan babi?

So adakah logik sekiranya aku katakan seorang manusia ni terlalu bz sampai hendak sms seseorang yang dia rapat dan kenal pun tak boleh. Dan adakah logik dalam seminggu pun hanya beberapa minit malah beberapa saat sahaja yang dapat diluangkan masanya itupun melalui FB atau pun SMS sahaja?

Tepuk dada tanya diri, yang menentukan bz atau tidak adalah diri anda sendiri. Kalau anda memang tidak berniat dan terfikir pun hendak meluangkan masa bersama orang yang rapat or anda sayang, so memang anda tidak akan berbuat demikian.

Tapi sila tanya diri anda, dalam sehari berapa banyak masa yang anda luangkan untuk bersama teman-teman sekerja? Dari mula kerja sehingga ke minum pagi, makan tengahari, minum petang dan mungkin melepak bersama di kafe-kafe, pusat snuker?

Dan berapa banyak masa yang anda luangkan bersama orang yang anda rapat dan sayang yang telah anda taburkan dengan kata-kata manis dan janji palsu sehinggakan mereka berharap anda sekurang-kurangnya dapat meluangkan masa sedikit pun tika anda sedang free.

Jangan hanya pandai menabur kata-kata dan janji tetapi lebih senang memungkiri dan lebih mudah untuk menyakiti hati mereka dengan sikap acuh tak acuh anda. Benda berharga jangan diabaikan nanti dibawa lari orang. Menyesal kemudian hari pun tiada gunanya lagi.

Hentikan memberi alasan sibuk, kerana sesibuk mana pun anda, anda pasti ada masa terluang yang anda habiskan dengan orang lain dari orang yang benar-benar memerlukan perhatian anda.

Aku sekadar menegur buat insan-insan yang masih mempunyai kekasih hati atau teman rapat. Hargai mereka tika mereka masih ada, jangan ketika mereka telah meninggalkan kita. Jangan cari mereka hanya tika susah, dan tika senang anda tidak peduli pun sama sekali.

Semoga masih ada insan yang prihatin terhadap orang yang menyayangi anda...

4 comments:

theSkycrapper said...

sabar bro..memang idup mcm tu..time ada prob baru la rapat..haha..aku pun ada jugak buat mcm tu sbnrnya..maka aku pun terasa juga sedikit..weheee..(^,^)v

shukjessa said...

itu terpulang masing-masing cuma aku hanya menegur, sebab istilah kawan rapat atau kekasih adalah orang yang akan sentiasa bersama tika SUSAH DAN SENANG, dan bukan DIANTARANYA ATAU SALAH SATUNYA.

sebab aku suka melihat sesuatu dari sudut neraca timbangan atau dalam term kimia kita selalu panggil equilibrium...

satu perkara kita buat akan sama dengan satu perkara yang dia buat.

TAPI andainya...

Kita melakukan kejahatan (curang, hipokrit, tipu) adakah sama beratnya dengan orang itu jika dia tidak melakukan benda yang sama?

dan adakah ini yang dipanggil KEADILAN?

fikirkan...

cEro said...

manusia bila memberi alasan, mesti akan backing diri sendiri dan tak menampakkan diorg salah..

sbg contoh keadaan yg ko alami, BZ just alasan je, sbb kalo dia bgtau hal sbnar, dia akan nmpak lemah, bodoh dan hina..

manusia, biasa laa tu...
BZ laa sgt...
bkan ke sambil memandu dl jam pon bleh SMS??

shukjessa said...

tah la lily, aku pon tak paham la keadaan orang yg bz sgt tu??? as for yg aku pernah lalui dan jumpe, aku rase ade je kot mase kalo die btol nak.

as utk aku, boleh je nak sms tapi aku ni jenis tak suke sgt kalo sms hanging camtu je, at least kalo bz sgt, bitau la kan. jgn buat orang menunggu, tak kene batang idung sendri ble la kate orang tu emo ke ape ke, tapi one day bila U dah sorang diri and mencari seseorang utk comfort U, tau lah macamne bile sms asek hanging camtu je sampai the next day.

nmpk small matter, tp kene hari-hari mane tahan? dari hanging baik takya sms langsung