Followers

Sunday, April 11, 2010

Pantai Jeram, Kapar

Salam,


Hari ini aku dan family pergi ke Kapar bersama sebuah lagi family untuk menyambut besdey untuk anak buah aku yang sorang tu. As for being the first grandchild in the family, so agak hebat sambutan walaupun dibuat secara ringkas aje. Aku? Seronok ambil gambar je macam biasa, gambar aku tiada.

Lepas pergi ambil kek bola yang akak aku tempah dekat Secret Recipe, bawak la pergi ke Pantai Jeram, Kapar. Perjalanan lebih kurang 40 minit la dari Shah Alam dan ikut jalan menuju ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Entahlah, aku duduk je dalam kereta. Lebih kurang pukul 6.15 kami tiba di lokasi.


Satu yang aku teruja tengok adalah kedai ikan bakar ni sebelah je dengan pantai. So hasrat aku untuk ambil gambar sunset dan senja tercapai. Dan kesilapan aku membeli filter akhirnya berbaloi bila dapat guna dalam keadaan macam ni. Kalau tak hangus je seratus beli filter tapi tak boleh nak guna.

Time kitorang sampai tu, matahari adalah lebih kurang semeter je lagi dari paras laut. So bila ambil gambar memang nampak kesan cahaya matahari dekat laut. Selang setengah jam je, air laut pun surut dan menampakkan pasir-pasir yang dipenuhi selut. Ada gak orang yang turun tapi lekat hahaha.


Aku just menikmati matahari terbenam. Cuma sayangnya time matahari betul-betul bulat macam awan tu aku tak sempat ambil sebab tengah makan. Sempat ambil gambar matahari sikit je lagi nak hilang. Dan sempat la juga aku ambil gambar senja di sana. Untuk lebih gambar sila tengok di FB aku under album 'Besdey Cauddin'. 

Seronok tengok sumorang happy. Angah dan husband dia happy, mak happy, family adik ipar angah pun happy, dan cauddin pun happy walaupun dia tak tahu apa-apa pun tentang besdey ni. 


Tempat ni aku rekomenkan untuk sesiapa yang nak pergi makan malam sambil tengok matahari terbenam. Harga pun boleh tahan sebab kitorang makan untuk 6 orang pun dalam 120 hengget camtu la. Berbaloi, cepat, sedap dan sangat damai ditiup angin pantai dengan suasana sunset. Tapi kepada sesiapa yang nak pergi kena la reserved dulu sebab ramai gila orang. Camne nak reserved? Kalau korang betul-betul minat nanti aku tanya abang ipar aku hehe.

Last word terbaik wok untuk makan + jalan-jalan + kenangan + kedamaian. Otak aku fresh lepak situ, tak hengat langsung probs aku tu hahaha, rasa taknak balik dan nak kekal je waktu tu.

4 comments:

Anonymous said...

Nice shot. Ko mmg hebat!

Shukjessa said...

biase je N, masih mengasah mate bak kate otai photog.

tapi serius ah best tengok matahari terbenam... its a wonderful feeling =)

Nur Hadirah said...

suke gmb kek bola tu X)

Shukjessa said...

hahah aku actually tak ske sgt kek bola tu sebab pada aku, aku expect design yg lebih hebat since pembuatnya kedai yang hebat, bayar pun mahal.

takkan dpt bola camtu je, sori to say design macam orang baru blajar wat kek je.

maybe aku expect lebey tapi ye la dah bayar mahal kan, at least wat la macam Cake Boss tu haa~~