Followers

Thursday, April 8, 2010

Jessa du freak VI

"Jauh termenung? Awak teringatkan saya ke?" suara sang jejaka kedengaran dari balik telinganya. "Hir! Awak buat apa dekat sini? tanya Ayu kepada jejaka yang dikenali sebagai Hir itu. "Saya rindu kekasih sayalah, sebab tu saya pulang dari tempat yang jauh" Hir tersenyum menampakkan lesung pipitnya. "Tapi awak...awakkan" Ayu kelihatan sedikit terkejut. "Shhh... takpe, abaikan. Saya ada di sini untuk teman awak, ubati kerinduan awak, selesaikan masalah awak, selagi mana awak boleh gembira hidup tanpa saya di sisi" mata Hir mencari-cari anak mata Ayu yang kini sayu. 

"Hir...adakah salah untuk saya bercinta lagi? Adakah ini bermakna saya akan lupakan awak? Adakah saya ni jahat?" Ayu inginkan kepastian. "Tidak Yu, awak berhak untuk bercinta lagi. Awak berhak untuk teruskan hidup awak. Jangan sia-siakan hidup awak di atas pemergian saya. Walau apa pun, awak tetap di hati saya" suara Hir kini makin jauh. "Hir, jangan pergi tinggalkan saya. Saya sudah tiada apa lagi dalam hidup kecuali awak. Hir!!!!" jerit Ayu.

"Ayu? Ayu? Bangun dek, Ayu mimpi ke? Akak dengar Ayu terjerit-jerit nama Hir. Siapa Hir?" tanya Farisya kebingungan sambil menatap si pemilik mata hazel ini. "Oh, Ayu bermimpi rupanya. Dia... Dia cinta pertama Ayu dahulu" nada sugul di penghujung ayatnya. "Ooo, di mana dia sekarang?" tanya Farisya lagi. 

"Dia... Dia dah meninggal kak... 2 tahun yang lepas, sebab kanser tulang" air mata Ayu mula terbit. "Dia seorang lelaki yang sangat baik, terlalu baik untuk Ayu. Tapi dia merahsiakan derita dan kesakitannya kerna dia mahu Ayu sentiasa bahagia. Dia tak mahu melihat Ayu bersedih. Tapi... Bila dia pergi, Ayu terkejut. Ayu tak sangka dia tak nak beritahu apa-apa berkaitan sakitnya itu. Ayu tahu pun melalui doktor setelah dia jatuh pengsan pada suatu hari" air mata Ayu mulai jatuh membasahi pipinya yang sedikit merah itu.

"Sabarlah dek, Allah lebih sayangkan dia. Mungkin ada hikmahnya" Farisya cuba memujuk. 

Mie ternampak gelagat mereka berdua ini dan terus mencelah. "Hei, kenapa ni? Perut sakit ke? Ayu dah makan? Jom la makan, nangis-nangis ni nak buat apa kan. Kita kan nak pergi bersuka ria ni" Mie sedikit teruja hendak bercuti. 

Tiba-tiba dia ternampak isyarat dari Farisya mengatakan something wrong, faham dengan maknanya dia pun lantas duduk bersama mereka.

"Ayu, tak rock la nangis macam ni kan. Walaupun bro tak tahu apa masalahnya, tapi kita ke sini untuk bergembira kan. Semua orang ada kisah sedihnya tapi kita kena faham kenapa ianya terjadi dan kita yang masih berada di sini kena tetap teruskan hidup. Dont worry, bro akan pastikan Ayu tidak akan menangis lagi. Tak best la nangis-nangis ni eh?" Mie cuba memujuk juga.

"Em takde apa-apa lah boss, Ayu dah ok dah. Jom pergi makan, Ayu laparlah" terpancar sedikit keriangan di wajah Ayu walaupun keruhnya masih kelihatan. "Jom! macam tu lah" kata Mie tanpa sedar menarik tangan Ayu menuju ke sebuah restoran fast food. Tersedar dia lantas melepaskan pegangan tangannya "Er...minta maaf, bro tak sengaja". Muka Ayu kelihatan sedikit merona malu dengan tindakan spontan oleh bossnya itu. Tanda sedar, mereka berjalan meninggalkan Farisya seorang di belakang. "Eh eh, tunggulah aku Mie" jerit Farisya.

Keadaan agak berkabus di kawasan kereta kabel kerana hujan renyai-renyai yang masih lagi mencurah-curah. Suasana seperti di luar negara jelas kelihatan dan menggamit kesejukan si pengunjung yang baru tiba. Berbekalkan sweater yang dibawa dapatlah sedikit sebanyak menghangatkan badan tika itu.
Mereka kini telah pun bersedia untuk menaiki kereta kabel dan meneruskan perjalanan menuju ke puncak. "Wei jom kereta kabel dah sampai, jom jom jangan lambat sangat" jerit Ita memanggil yang lain. Tapi dek kerana Mie dan Ayu yang mempunyai masalah dengan tali kasut yang terburai memaksa mereka untuk menantikan kereta kabel yang seterusnya. Maka Ita, Ijam dan Farisya satu kereta, manakala Mie dan Ayu pun satu kereta.

"Pernah naik?" Mie bertanya kepada Ayu, lantas dia menggeleng sambil terlihat wajahnya yang sedikit gusar. "Takpe, jangan takut. Tenangkan diri, dan jangan tengok bawah. We'll be fine" Mie cuba menenteramkan keadaan. 

Oleh kerana terlalu takut, Ayu tanpa sedar telah memeluk Mie sambil memejam matanya. Terkejut dan terkesima, Mie hanya mendiamkan diri sambil merenung wajah Ayu yang masih memejamkan matanya.

"Ayu... Ayu... cuba buka mata" Mie membisikkan ke telinga Ayu. "Takut..." Ayu masih erat memeluk Mie. "Takpe, bro ada di sini kan, tak perlu takut" pujuk Mie lagi. 

Perlahan-lahan Ayu membuka matanya dan dapat melihat pemandangan di sekeliling yang agak berkabus. Hilang rasa takutnya dan kagum dengan pemandangan yang ada dia tetap dan masih memeluk erat Mie. Mungkin tersedar yang dia telah lama memeluk bossnya itu, dia melonggarkan sedikit pelukan "Boss, boleh ke Ayu memeluk boss?" tanya Ayu. 

Mie kebuntuan untuk berkata dan akhirnya "Er...jika itu dapat membuatkan Ayu tenang dan selesa" kata Mie tetapi tidak berani untuk bertentang mata dengan Ayu. "Ayu selesa?" tanyanya lagi.

Ayu mengangguk "Selesa sangat, Ayu rasa secure" tanpa sedar dia mengucapkan kata-kata itu.

"Ianya seperti semalam aku jatuh cinta. Adakah ini pun dinamakan cinta? Bukankah aku telah berjanji untuk tidak akan jatuh cinta lagi sewenang-wenangnya? Tapi perasaan ini membunuhku... Aku bengis di suatu ketika tetapi aku jadi lemah dan tidak berdaya hanya untuk memandang wajahnya. Oh Tuhan, aku tidak suka perasaan ini. Wajarkah aku teruskan atau tidak?" teriak hati Mie sepanjang perjalanan menuju ke puncak Genting. Di lihat di bahu kanannya, seorang gadis yang cukup manis memeluk lengannya, setenang air di sebuah tasik yang jernih memperlihatkan isi kandungannya. Terlintas di fikirannya, adakah tasik ini perlu ku sentuhi? Atau perlu ku jauhi?

Dan terdengar sayup-sayup irama Cinta ini membunuhku di sebalik mp3 player miliknya yang dipasang perlahan. Jauh Mie termenung sambil sekali sekala merenung pemilik mata hazel yang kini menumpang kasih di bahunya.

No comments: