Followers

Tuesday, June 26, 2012

LensaPerdana

Salam,

Blog ni sepi betul bila aku tak update. Nak update tapi kadang-kadang mood tak sampai. Bila datang mood, so marilah kita update blog.

Adui migrain... aku dah lama tak dapat migrain. Tapi hari ni terkena lak bila kena deal dengan manusia-manusia yang jenis "ikut pandai aku lah", soooo? Ikut ko lah, malas aku nak ambil kisah dah. Tolong pon bukan nak bersyukur kannnnnnnnn??

Kali ni aku nak mulakan balik dengan isu baru. Walaupun banyak benda aku nak cerita perihal-perihal politikus dunia kumira ni (ada budak tanye aku, kumira tu hape? Aku? LOL) tapi takpelah aku ceritalah slow-slow nanti.

Lensa Perdana
Apa tu? Ianya sebuah entiti yang aku nak bangunkan. Alah name syarikat la kununnye, dah dekat 4 tahun pegang kumira, baru nak ade entiti hueheh. InsyaAllah.

Takpelah tu cerita lagi seminggu, saje je nak market kan dulu huehehe. Apa yang aku nak cerita dekat sini adalah Raynox atau lebih tepatnye Raynox DCR 250.

Ok untuk yang tak tahu, apa kejadahnya la Raynox ni?


Ia adalah sejenis lens yang digunakan sebagai alternatif lens di dalam makro fotografi. Yelah nak beli lens makro (true makro) yang paling murah pon dekat RM2k, so yang tak cukup bajet bolehlah beli Raynox ni sebagai gantian. 

Sebab ape Raynox ni best?
Hasilnya memang sharp, nak-nak jika lens korang pon memang sharp so memang lagi bestlah hasilnya.
Lens Nikkor 35mm f1.8 + Raynox (no cropping)

Sesuai dengan lensa ape?
Lensa ni ada adapter yang kita perlu attach dekat hadapan lensa kita. Ia sesuai dengan semua jenis lensa TETAPI akan ada masalah sedikit dengan lensa yang diameternya 67mm sebab ada kesan vignette (lingkaran hitam) yg over. So buat mereka yang bersedih sebab hanya ada kit lens 18-55, berita baik untuk korang sebab diameter kit lens adalah 52mm dan ianya memang sangat padan. Tambahan lak kit lens nikkor 18-55 adalah antara kit lens yang sharp, so pada 55mm korang boleh dapat gambar makro yang sangat menarik.

Lens Sigma 70-300mm, FL 200mm + Raynox (no cropping)

Harga?
Harga dalam market yang paling murah pon dalam RM250. Pada aku ianya adalah investment yang berbaloi nak-nak jika korang suka makro/detail produk tapi tak cukup duit nak beli lens mahal.

Lens Tamron 17-50 f2.8 + Raynox. Efek vignette...

Keburukan?
Masalah dengan lens Raynox ni satu jer. Korang kena zoom kaki. Means korang kena gerak ke depan dan ke belakang sebelum satu titik fokus tu dapat korang lock dengan autofokus kamera. Tapi pada aku, jika gune lens yang biasa di bawah 100mm takde masalah sangat pon sebab distance antara korang dan subjek biasenye dekat. Cuma masalah sedikit jika gune lens tele yang melebihi 200mm. Sakit sikitlah, tapi still boleh ambil gambar jer.

Lens Nikkor 35mm f1.8 + Raynox (no cropping)

Setakat ni jer dulu aku nak tulis, nanti aku cerita lagi. Selamat berkarya dan semoga artikel ni dapat bantu korang. 

p.s: nak senang main makro, attach speedlight dengan wireless trigger + diffuser insyaAllah membantu.

Monday, April 2, 2012

Biar lensa berbicara 2

Salam,

Aku tak banyak stock gambar yang boleh aku uploadkan hari-hari. Tapi bila dapat upload, puas la sedikit hati dari takde langsung, namun masih jauh lagi kot nak kecapi nikmat kepuasan tak terhingga. Sebab aku masih amateur pon, kalo pro aku rase dah lama kot aku tulis benda alah ni melalui website sendiri.

Untuk posting kali ni, aku nak terlebih cakap sikit la. Sikit jer, memandangkan gambar yang aku boleh upload sekeping jer. Sekeping yang diupload, bukan sekeping jer yang diambil. Berpeluh gak la nak settingkan walaupun pada dasarnya setting dia senang aje.


Cuba perhatikan gambar tersebut. Ianya diambil dari FB aku sendiri. 

Buat yang kenal benda alah ni, sila bangga diri, yang tak kenal, sila amati bentuknya dan boleh tanya orang lain yang tahu akan benda alah ni. Hint: ulaman berbau, adek beradek tiri petai dan juga jering.

Bukan tu yang aku nak highlight pon, cuma dari segi penyampaian gambar dan setting bergenre food photography (ye ke) aku cuba buat sesimple mungkin. Setting yang sangat simple, tak perlukan light box, tak perlukan speedlight dan alatan studio. Hanya perlu berada di dapor dan cari apa yang boleh digunakan. 

Dapat teka??? Hehehe, selamat mencuba.

p.s: gambar diambil dengan Nikon D5000 + Tamron 17-50mm f2.8

Sunday, March 18, 2012

Biar lensa berbicara

Assalamualaikum

Malas nak cerita banyak-banyak. Sebab aku nak kurangkan celoteh kalo boleh, tapi nak lebihkan kepada hasil yang aku cuba untuk ketengahkan lagi. Mana yang ok, jika dapat jadikan inspirasi pon ok.






All pictures were taken using Nikon D5000 + Tamron 17-50 f2.8. Ok, tu je la dulu. Next time lak yer =)

p.s: untuk gambar lebih lanjut boleh jenguk Facebook aku http://www.facebook.com/shukran.jessa/photos

Wednesday, January 18, 2012

Kamera oh kamera Part 20 (Saiful Nang Academy of Photography)

Assalamualaikum,

Lama gila aku tak update blog (ayat koman). Bukan takde masa, ada je cuma kadang-kadang mood tak sampai, ayat hancur, so setiap kali menulis akan jadi terbengkalai di tengah jalan. Dan titik noktah tu akan stay lama je dalam draft, tah bila nak di review balik pon taktau la.

Beberapa hari dah berlalu, namun semangat dan aura dari SNAP memang aku akui cukup membara dalam diri. Terasa macam masuk belajar balik cuma yang bezanya, kelas aku 2 hari jer. 

SNAP? Apa tu? Sejenis biskut atau sejenis permainan kad, yang bila gambarnya serupa kita "SNAP!" atau adakah ianya bunyi shutter kamera?

Buat yang tak tahu, SNAP adalah singkatan bagi Saiful Nang Academy of Photography. Nama gempak kan? Bagi fotografer wedding mesti kenal paling busuk pon pernah dengar nama SN.

"Sila bawa keluar kamera dan satu feveret lens korang" pembelajaran pertama yang aku dapat dari SN. 
Kenapa satu? Kenapa bukan 2 atau 3 atau sepuluh?

Alkisahnya kalo dipendekkan adalah untuk membiasakan diri kita dengan menggunakan lens yang sama maka kita dapat mengagak jarak, sudut dan juga hasil gambar daripada lens tersebut. Ia juga untuk membolehkan kita untuk travel light jika photoshoot menggunakan kaki seperti street outing. 

"Orang tak pergi street outing bawak backpack penuh dengan lens-lens, gila berat" dan aku akui sebab dulu pon aku pernah backpacking dan walaupun time tu hanyalah 2 biji lens + laptop 2kg lebih, aku rasa cukup azab nak berjalan sana sini.

Sekarang beg aku lebih kepada jenis holster, insyaAllah nak cari satu belt dan harness. Sistem belt ni bagus jika korang tak suka gantung something dekat bahu dan oleh kerana Allah dah jadikan tulang pelvis kita ni kuat, maka penggunaan belt sangatlah baik. Cuma masalah sistem belt ni adalah kos sebab kena beli asing-asing.

Pada street outing tempoh hari, menggelupur gak la aku nak ambil gambar sebab pada mulanya blank. Tak tahu nak ambil gambar apa since apa yang SN minta adalah lain dari cara street outing yang aku tahu. 

Dia minta untuk satu photo essay yang mengandungi jalan cerita dan juga diterapkan elemen AOS atau Art of Seeing. Kebiasaaannya untuk street outing, ramai lebih cenderung untuk guna lens tele sebab nak ambil candid shot. Tapi dalam kes sebegini lens tele tidak banyak membantu tapi lebih kepada lens prime atau zoom biasa. Sebab apa? Kerana lokasinya adalah dalam pasar Chow kit itu sendiri.

Pernah pergi Chow kit? Pernah lalu lalang dekat kawasan orang jual ayam, daging, sayur semua tu? Buat yang tak pernah, boleh try buat street dekat situ dan rasai impaknya.

Secara jujur aku beritahu, baju Lensa Malaya yang merah menyala tu lencun sebab keadaan bahang dan panas dalam pasar tu tambah lak kena cari subjek dan jalan cerita yang menarik. Tu belum perihal nak cari AOS, nak tunggu moment dan bla bla bla. 

Tambah lak bila aku pakai lens 35mm, so untuk ambil gambar kena zoom kaki. Bayangkan dalam keadaan pasar yang sangat sibuk, kita lak dok tercangkung sana sini cari angle, cari spot menarik sebab nak ambil gambar. Nak baring memang tak bolehlah sebab pasar, keadaannya basah dan kotor.


Snap, snap, snap then pergi tunjuk gambar dekat Fiq Habib, salah seorang instructor merangkap fotografer CS, banyak gambar aku yang tak ok. Ada yang ok, tapi blur. Yelah dalam pasar, cahaya malap, orang ramai, nak balance kan diri pegang kamera, orang dok langgar dan macam-macam lagi. Nak bawak keluar flash kang ada yang mati terkejut lak. So nak tak nak pakai Auto ISO je la sebab time macam ni nak setting ISO memang tak sempat jer.


"Kenapa ramai fotografer takut sangat nak boost up ISO? Kamu buat wedding shot, bukan fesyen, iklan billboard dan lain-lain. Apa masalah dengan noise pada gambar wedding?" fahaman aku mengenai noise bertukar terus. 

to be continue...

Saturday, October 15, 2011

Kamera oh kamera Part 19 (First time OP)

As salam,

Ahad lepas bermula lah detik dan saat aku menjadi OP untuk satu event engagement kawan sekolah aku dulu. Since dah beberapa kali aku asyik menolak offer dari kenalan, kali ni aku putuskan untuk cuba dulu. Orang kata ambil feel rasa dan mulakan langkah pertama. Lagipon satu langkah ke hadapan adalah lebih baik dari tak bergerak atau satu langkah ke belakang.


Tapi benda-benda baru ni buat aku cepat gemuruh. Alhamdulillah majlis ni kawan sekolah, so takdelah canggung sangat. Aku pon bukanlah jenis too friendly tapi aku bukanlah jenis sombong, cuma aku lebih suka cara pendiam aku tu. Bercakap dan bergurau bila perlu, senyap bila tak perlu. Terlebih-lebih orang menyampah, diam sangat pon orang tak suka.

Beberapa hari sebelum majlis jadi, resah gelisah macam aku yang nak bertunang. Habis aku selongkar majalah-majalah kamera aku untuk dapatkan semangat, aura dan tips berguna untuk aku keluar all out time harinya itu.

Hasilnya, ok la pada aku tak seteruk yang aku jangka dan takdelah sehebat orang yang dah memang jadikan benda ni periuk nasi diorang. 

Cuma apa yang aku kesalkan sedikit adalah halangan dari segi gear aku sendiri. 

Bukanlah nak cakap gear aku tak cukup hebat ke apa ke, cuma dari segi kelecehan tu amat memeritkan. Aku terpaksa guna kit lens (18-55) untuk ambil gambar group photo, then switch balek ke 35mm untuk dapatkan DOF yang menarik. Kit lens ok cuma DOF dia takde la menarik sangat untuk dapatkan mood dan impak yang lebih. Aku lebih prefer 35mm tu cuma bila group photo dengan lambakan barang hantaran lagi, aku tak bebas sangat nak bergerak.

Time tu la terasa sangat best jika ada satu lagi body kamera or paling tidak satu wide zoom lens f2.8 macam Nikkor 17-50 f2.8. Tapi lens ni mahal nya aduhai... so option lain adalah Tamron 17-50 f2.8. Ushar punya ushar lens ni RM1k untuk new set, kira ok la dari segi harga (kena tunda dulu la hasrat nak sambar Nikkor 70-300 VR).

Berpeluh gak la ambil gambar event ni, bukan sebab takut ke hapa ke tapi sebab panas. Mujur gak la ada bawak handkerchief.

Alhamdulillah, lepas ni memang nak join kursus wedding nih, nak kasi mahir baru bley cas harga mantap2. Ni skill tak seberapa nak cas ikut harga orang dah pro, haih cane?

p.s: gambar aku upload lepas kasi dekat tuannya dulu la yeh. sebab aku di upah, kalo amek free bolehlah aku upload ikut suka hati je (polisi aku lah).

Saturday, October 1, 2011

Kamera oh kamera Part 18

As salam,

Baru-baru ni aku macam biasalah join group dekat Facebook. Group ni sebenarnya tempat jual beli barangan kamera, so memang lubuk aku lah untuk melepak. Bukannya beli pon, saja ushar tengok harga barangan 2nd dan gelagat-gelagat manusia-manusia ni. Macam biasalah, ada yang dah otai ok, ada yang otai berlagak. Ada yang newbie berlagak, dan tak kurang juga yang sangat naive tentang perihal politikus dunia fotografi.

Politikus fotografi bukanlah benda asing bagi aku sebab aku dah 2 tahun kenal kamera. Sangat jauh nak pegang title pro atau otai, sedikit segan nak bergelar intermediate tapi selesa dengan title beginner atau newbie.

Benda-benda cenggini dah lama aku belajar sejak dari zaman forum Photoskool masih hidup dan wujud. Tapi atas sebab-sebab tertentu forum yang cukup popular kerana penciptanya anak melayu ni terlalu banyak sangat politikus dan agenda pihak-pihak tertentu sehingga terpaksa ditutup. Sekarang aku just melepak di Photomalaysia, tak sehappening Photoskool tapi boleh lah dari takde.

Al kisahnya, di group yang aku melepak ni adalah satu insan Allah ni bertanya perbandingan DSLR. Aku faham niatnya sekadar ingin tahu dari yang pakar. Cuma yang silapnya, kebanyakan newbie yang baru join group tak baca rules and regulation group tersebut. Aku dulu tak baca gak, tapi lepas kena sound, sendiri mau ingatlah.

Rules menyatakan group hanya membenarkan proses jual beli, tiada sebarang posting merepek samada berbual kosong atau bertanyakan perbandingan kamera. Ini kerana posting di Facebook tak melekat dan akan naik turun. Bagi pihak seller, jika terlalu banyak perbincangan iklan mereka akan jatuh ke bawah dan ini melecehkan mereka untuk cari balik dan BUMP (bring up my post).

Tapi ada juga yang tak paham, dan jenis kaw-kaw punya sikap. 

Al kisahnya juga aku bukan lah nak sokong mana-mana pihak, tapi sekadar menasihatkan agar cari platform lain untuk menimba ilmu. Tapi elok je aku komen, kena hentam lak dengan sorang mamat ni. Ayat sikit punya kurang hajo. Kalo bukan dek kerana panas hati, dah lama kot aku balas balik. Tapi kenangkan, untuk apa? Aku just balas dengan sengihan je la.

Tak salah nak cari ilmu, tak salah berkongsi ilmu tapi kena tengok tempatlah. Bak orang dulu-dulu kata "masuk kandang harimau, mengaum, masuk kandang kambing mengembek" dan respeklah dekat tuan rumah a.k.a admin yang bertugas. Bukan apa, kang kena banned marah lak.

Buat yang masih baru dalam dunia fotografi, respeklah orang lain tak kisahlah dia tu newbie ke pro ke, sebab kita takkan tahu sedalam mana ilmu yang mereka ada hanya dengan melihat gear mereka. Jangan ingat hanya kerana photog tu pakai entry level DSLR dia newbie, dan jangan sangka photog yang pakai pro level tu hebat. Don't judge the book by its cover.

Selamat berfotografi.

Friday, September 2, 2011

Kamera oh kamera Part 17

As salam,

Lama rasanya aku tak hapdet blog. Dah macam biskut, kejap ada kejap takde. Dan ayat yang paling femes mesti "lama tak hapdet", apa boleh buat... idea dan mood datang sekali sekala. Lagipun blog aku ni blog picisan je, hapdet atau tak, pengunjungnya tak ramai. Ratus-ratus pun susah, apa lagi nak riban-riban.


Tapi tak kesah, aku tulis blog bukan sebab nak dapatkan earnings duit tu, bukan sebab nak pemes, tapi aku tulis untuk kongsi pengalaman, untuk kongsi cerita untuk luahkan something. Orang baca atau tak terpulang.

Melalut lak...

So hari raya apa cerita? Best? Tak best? Banyak dapat duit raya? Banyak lebur duit raya? Ada yang cedera main mercun? Ada yang hancur diet sebab makan je?


Tak kisahlah janji korang hepi, bulan Syawal ni pun untuk bergembira (tapi ada had la). Yang aku nak sambung celoteh ni apa lagi kalo bukan perihal kamera.

Beberapa bulan yang sudah aku ada join satu group jual beli barangan kamera DSLR ni. Bila dah ramai-ramai, kadang-kadang kita baca status diorang pon nak tergelak. Yelah nampak sangat baru pegang kamera. Ada yang nak beli kamera atau aksesori tapi harga buat si penjual sesak nafas. Nak beli kamera bawah RM400? DSLR bawah RM400? Ada tu nak beli external flash bawah RM100? 


Tak lupa juga yang masih bertanyakan perihal brand war, antara Canon dengan Nikon mana yang lebih bagus. Persoalan yang pada aku wajib la untuk newbie tanya. Even aku sendiri dulu pernah tertanya-tanya, tapi selepas dah pegang kamera pada aku beli je la mana yang ok. As long tak lebih bajet dan DSLR tu dalam function yang terbaik.


Yang ni pelik sikit, sebab pada aku orang jenis ni bukan lah kaki photog sejati tetapi lebih kepada kaki gajet. Mereka ni jenis suka merasa. Bila dah bosan, diorang akan jual balik gear walaupun baru guna sebulan dua je. Rugi! Sebab beli harga tinggi, then jual terpaksa turun harga sebab saingan ramai. Seeloknya tanya dulu orang berpengalaman atau paling tidak baca review di Internet pandangan pakar tentang sesebuah model DSLR itu sendiri. Then pergi kedai dan try rasa ok ke tak di genggaman jari. Kalo rasa tak ok, survey model lain. DSLR ni lain sebab ada grip, tak semuanya muat untuk grip yang sama sebab jari kita lain-lain saiznya.


Ada juga jenis-jenis manusia yang semborono beli lens. Janji ada lens selain kit. Ni pon satu benda yang bahaya pada aku lah. Lens merupakan nyawa kedua selepas body. Tapi kalo salah beli, pon rugi. Biasa kalo photog mereka tahu racun 50mm amat kuat. Selalunya orang akan racun newbie beli lens cenggini, tapi bila diorang guna dan tak dapat hasil yang memuaskan hati diorang akan jual balik. Rugi! Aku sendiri sayang nak jual 35mm aku tu selagi tak dapat pengganti (35mm f1.4 atau 50mm f1.4). Tak kurang juga yang dok racun terus beli lens mahal, sedangkan orang tu bajetnya semput. Tak patutla, ibarat ayam cakap dengan itik, tak paham soalan, jawap lain.


Oklah, tu je la untuk kali ini. Next time aku celoteh lagi pasal dan perihal politikus photography ni. Enjoy the pictures (projek mini raya). Harap-harap dapat jadi panduan dan pengajaran untuk semua. Yang salah tolonglah tunjukkan ye.

p.s: orang selalu tanya aku, lens apa aku guna. Aku ada 3 lens je, kit lens, 35mm f1.8 dengan Sigma 70-300 DG Makro.