Followers

Thursday, April 15, 2010

Eat more and lose weight

Salam

Tengok topik pun macam tak betul je kan? Ada ke logik makan banyak tapi berat makin kurang?
Well in proper terms ianya bermaksud makan sekerap yang mungkin tapi dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.


Masih tidak percaya?

Pernah dengar tak orang bagi ceramah agama or ustaz-ustaz selalu sebut "Rasulullah berpesan supaya makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang"? Ianya satu kalimah yang sangat general tetapi jika dihayati betul-betul, kekerapan makan itu perlu untuk mengelakkan perut dari terlalu lapar dan mencegah kita dari makan terlalu banyak untuk satu-satu sesi makan. Contoh kita skip BF dan terus jamak dengan lunch atau dipanggil brunch.

Actually habit ini tidaklah elok sangat sebab kita skip satu sesi makan dan terus gabungkannya dengan sesi yang lain menyebabkan sesi makan malam terlalu lapar dan cenderung untuk makan lebih atau mengambil makanan yang tinggi kalori dan lemak.

Untuk bukti dan maklumat lanjut aku sertakan bersama sebuah blog seorang brader ni yang mempunyai masalah berat badan (macam aku) dan berjaya menurunkan berat badannya 10kg dalam masa beberapa bulan dengan mengubah tabiat makan.


The Waistline
So untuk insan yang bergelar wanita yang sangat obses untuk kurus tu, aku nasihatkan baca blog brader ni, sangat informatif dan sangat berguna. Yang penting bukanlah nak kurus tapi supaya kita sihat. So jangan nak skip-skip BF ke lunch ke dinner ke, yang penting apa yang kita makan dan kuantitinya.

The Waistline
Dan dalam blog tu juga ada vids pasal rahsia tersembunyi McD, makanan yang patut dihindari dan macam-macam lagi, aku syorkan kawan-kawan membaca blog beliau. Aku pun dalam proses nak kuruskan badan, kene avoid fast foods, avoid makan tgh mlm, bykkan sayur dan buah-buahan dan kena start balik bersenam.

p.s: bila badan dah naik, ada sesetengah orang dah segan nak pandang dan mengaku kenal diri ini... biasalah manusia, hanya tertarik tatkala ianya indah saja =)

The Waistline

No comments: