Followers

Saturday, July 17, 2010

Kerjaya, minat dan semangat

Suatu hari ibuku bertanya kepadaku

"Awak nak kerja sebagai apa?"

Sebuah persoalan yang aku tidak pernah ada jawapan tetap. Seriously kalau korang tanya aku, apa cita-cita aku, aku akan garu-garu kepala dan fikir panjang "Apa yeh?".

Aku tak kisah kalau orang nak kata aku hidup tanpa matlamat. Tak bercita-cita hendak menggapai bulan dan bintang. Aku memang tak kisah, sebab ranjau kehidupan aku agak odd mungkin kerana sikap aku sendiri.

Tapi kalau aku suarakan hasrat hati mesti akan memperlekehkan niat aku sendiri. Kalau aku kata aku tak kisah kerja apa asalkan bukan melibatkan office dan mengadap kertas yang menimbun. Aku lebih rela jadi peon, pekebun, petani, buruh, atau apa-apa kerja yang melibatkan banyak pergerakan dan yang boleh mengeluarkan peluh.

Terpulanglah, tapi itu niat aku bukan cita-cita. Niat aku untuk mencari rezeki yang halal, yang aku dapat rasa setiap peluh yang menitis itu adalah kepuasannya. Tapi aku tahu, ramai yang tak setuju dengan aku.

So jawapan aku kepada mak aku masih sama seperti di atas cuma aku tak cerita la pasal jadi peon semua tu. Cuma aku dah bagi dia hint sesuatu, "one day saya nak buka restoran dan saya nak gabungkannya dengan fotografi. Dan tidak lupa, projek kolam ikan air tawar saya. Tapi bukan sekarang la, bila dah dapat modal dan cukup segala-galanya".

Mak aku kerut muka, aku tahu dia tak pernah setuju. Dan aku tahu dia beria-ria nak suruh aku masuk government. Aku pernah tanya mak, "Berapa gaji amah?". Mak kata "kalau campur macam-macam elaun dapatlah seribu lebih". Aku terkejut, wah! kerja hanya hantar spesimen or sample ke jabatan patologi, dan buat bedding (kemas katil semua tu) gaji seribu lebih. Lumayan tu! Ada orang kerja sapu sampah bagai nak mati, tapi masih bawah seribu ringgit je dapat. Bayangkan...

Satu benda yang aku tak berapa nak suka dengan government ni, satu adalah politik. Kedua, korang kerja kuat macamna pun gaji akan tetap sama dengan orang yang selalu curi tulang. Ketiga, orang yang malas kerja ni @ kuat ngushar ni jarang sangatlah kita dengar diberhentikan kerja. Keempat, tradisi turun temurun kalau orang kerja pejabat, time makan pagi dengan lunch memang banyak curi tulang. 

Nampak macam "alah benda biasa, apa nak kecoh?". Tapi kita fikirlah, kita diberikan AMANAH untuk dijaga, sebab itu kita dibayar sekian-sekian. Pernah aku terdengar ceramah mengatakan, masa yang kita habiskan selain dari kerja tu banyak effect dekat rezeki kita in term of Kaf Ba Ro Kaf Ta Nun. Nanti janganlah marahkan anak-anak tak mendengar kata kalau kita sendiri pun tak boleh bagi contoh yang terbaik.


Tadi aku baru je tengok video promo haluan kiri. Dan bila aku selami kata-kata KB, ye aku pun nak maju dan aku sukakan kelainan. Timbul satu semangat hendak memperbaiki mutu fotografi aku dari amatur kepada pro berdikit-dikit. So, kenalah selalu pegang kamera dan belajar dari pelbagai sumber yang ada. Paling tidak aku nak hapuskan perasaan segan aku nak ambil gambar di khalayak ramai. Aku nak belajar tebalkan muka untuk mengambil gambar dan bukan simpan saja kamera dalam bag. Aku pun nak cipta kelainan dari segi karya fotografi yang orang tak ramai nak cebur maybe? Tak cuba tak tahu kan...

So dikesempatan yang masih ada, aku cuba penuhkan ruangan-ruangan yang ada dari membazir dengan aktif bergerak ke sana sini untuk mencari sesuatu yang boleh aku jadikan ianya sebagai batu pemula untuk aku berubah dan berevolusi. 

Semoga cita-cita aku akan tercapai jua hendaknya suatu hari nanti...

p.s: Seorang C.E.O sebuah industri makanan pernah memberitahu bahawa buatlah sesuatu yang kita minat kerana dari situlah bakat kita akan lebih terserlah dan kita akan membuat bersungguh-sungguh. Dia yang merupakan seorang graduan degree in engineering berhenti kerja dari bidangnya dan menceburkan diri dalam bidang yang dia minat.

7 comments:

hans said...

yups
kenal pasti minat kita dan polish minat tu sehingga berjaya
insyaallah

den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya

p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis

Nurul Nadia said...

babe, aku pun keje gomen dan aku setuju sangat ngan semer statement ko pasal keje gomen nih..tapi apakan daya aku dah tercampak kat sini...dari dulu lagi aku tak nak tapi memikirkan harapan ayah aku jadi aku tunaikan je..tapi aku tau aku akan berusaha keluar dari semua politik keje gomen nih..paling jelas aku masih tak dapat tukar ikut suami walaupun dah 3tahun..yang ada kabel mmg laju jek lulus..fikir2kan laaa :)

Shukjessa said...

yah harapan ibu ayah mmg akan suro masuk gomen, unless korang bukan dari keluarga yang susah.

yap btol tu, satu bende yg aku cuba nak lari adalah kabel, orang dalam dan lain-lain la. bende2 cani aku kalo boleh taknak sgt gune.

paling logik ianya tidak adil untuk orang lain. kalo kita ni hebat gune kabel ok la gak, tp kalo takat cukup2 makan je nak guna kabel, aku rasa baik kita cari that honor dulu then baru guna kabel.

satu bende la kalo perjalanan kita cepat naik sangat, kita jarang nak tengok view dan hayati bende2 tu. tapi kalo slow dan makin naik, kita lebih mudah ingat dan hayati setiap inci yang kita bergerak tu.

moral: gunalah cara gentleman =)

SeRiGaLa MaRoOn said...

aku pun lau org tanye, nk jd ape..aku xto nk jwb pe..ape yg aku tau..pendapat ko, same jek dgn aku..heheh

baik jd pekebun, petani dr duk ngadap kertas kt opis..huhu

Shukjessa said...

hehe kite boleh la kate cenggitu, tp akan ade orang pandang slack bila kita nak kerja yang tidak melibatkan ofis nih...

klik klik. said...

great thinkin~ :)

but maybe u should stable ur kewangan first, then u think bout going what u like. :) life is hard nowadays, and money is important. when u got everythng u need, then u can be like the CEO, berhenti kerja, and go with what your passion is.

Shukjessa said...

ade orang buat mcm tu, dan aku kenal orangnya. tp bukanlah sebab life is hard atau apa, tp sbb dia dah ada komitmen lain (ie: family).

ada orang yg tetap dengan cita-cita, tapi mereka bertatih dari bawah, kumpul pengalaman, kumpul skill yg ada utk merealisasikan cita-citanya.

pokoknya duit bukanlah segalanya, yes money is important, tp kalau duit pun ada passion tiada, pengalaman tiada, skill tak develop, untuk apa berhenti pun?

di dalam kedua-dua bahasa menyebut 'dimana ada kemahuan di situ ada jalan" atau 'when there's a will, there always a way'.

hidup utk duit? atau hidup utk kepuasan menggapai sesuatu? adakah cita-cita itu duit semata-mata?