Followers

Monday, July 26, 2010

Hati-hati bila bergambar

Aku tahu ramai perempuan di luar sana suka ber cam whore kan? Ada yang suka ambil gambar muka, buat mulut itik, buat muncung sudu, dan ada yang berposing agak seksi dan yang tak perlu aku katakan, korang fikir sendiri la.

Nasihat aku satu je la, hati-hati bila letak gambar di internet, gambar dekat Facebook ke, Myspace ke, blog ke atau mana-mana la. Kalau korang rasa ada lelaki yang kenal pun tiba-tiba nak add sebab ada gambar korang yang agak seksi, hati-hati.

Sebab aku ada terjumpa satu website yang mengumpulkan gambar-gambar private wanita yang ada potensi untuk dieksploitasi. Still tak paham? Adoi...

Gambar-gambar yang menunjukkan gambar-gambar free hair, gambar tengah berkemban ke, tengah pakai tube ke, pakai bra ke. Sebab diorang ni ada satu bisnes menggunakan cara topap rm30 untuk tengok gambar-gambar tak senonoh dan video-video panas ni. 

Buat yang bertudung kalau rasa korang terlepas fikirkan 23 kali kalau pakaian korang tu memang tak pernah nak ikut saiz sebenarnya. Sebab dalam website tu pun ada gambar gadis bertudung yang posing dengan baju ketat tang tuuuuuuuuuuuuuu...

So beware lepas ni kalau nak kasi gambar private dekat sesiapa pun. Takut jadi mangsa je. Aku sekadar tahu sahaja nak ingatkan je la, jangan dah kecoh di internet sampai ada yang pass nombor handphone lak...bahaya tu.

Lepas ni ambil gambar biasa-biasa je la ye, tak perlu la nak over sangat~~!!!

Buat yang tak percaya boleh lihat SINI! Dun wori, hanya kalau korang ikut apa yang disuruh je baru dapat tengok yang ehem-ehem, kalau tak dia just kasi preview je. 

7 comments:

cEro said...

aku dah lame dah tau mende ni...
dh byk kali dh aku pesan kawan2, tp ade yg kata aku dengki sbb aku tak fotogenik..
hm...
wtf..

Shukjessa said...

tu la kan, aku tulis pun nak pesan dkt kawan2 perempuan, sbb member lelaki wat cam whore mcm whore pun takde sape nak eksploitasi.

sbb aku tahu masing2 ade aset masing2. so kenapa nak tunjuk kepada yang bukan spatutnye? nanti gambar disebarkan baru la cuak tak tentu pasal kan?

Ch@ Ch@ said...

huishh..
nasib baik aku takde facebook,friendster..
gambar pun kat blog je la..
weyyy..tolong tegur kalau aku melampaui batas..

p/s:aku rasa gambar aku xlayak masuk website ko bagi tu syukk..muahahaha...

ishma said...

tq for the info...
;)

Shukjessa said...

sha: moralnye nak berfesyen tu bajet2 la kan, tak kisah la bertudung atau tidak, ingat2 la most crooks in the world adalah lelaki. jarang nak jumpe site porno lelaki yg diasaskan perempuan, ade tapi jarang laa sangat.

sbb smalam aku pergi pasar malam, nampak sorg pompuan ni pakai baju ketat gila (tshirt ketat + cardigan dah mmg ketat la + seluar ketat) tapi bertudung. kalau ada orang ambil gambar tanpa sedar on particular spot, kan ke naye?

tengok pompuan free hair kdg2 lagi ok dari yg bertudung.

Ch@ Ch@ said...

tu la..
kadang2 sedih bila orang kate bertudung xsemestinyer baik..
nak sangkal banyak dah bukti ye tak..
jauh kan la aku dari benda2 mcm ni..

Shukjessa said...

hehe aku ada terbaca ulasan ustaz zaharuddin tentang pertanyaan seorang gadis tentang tudung dan sikap.

aku ringkaskan, gadis tu tanye, kenapa perempuan bertudung tapi banyak buat masalah sosial, bertudung tadi suka mengumpat, suka mengata, suka menyibuk.

ada yang pakai tudung tapi pakai baju ketat dan sebagainya.

ustaz tu jawap, pemakaian tudung adalah wajib. ianya adalah seperti jika seseorang memakai tudung, telah selesai satu perkara, tetapi ianya tidak melambangkan sikap kerana tudung adalah menutup aurat.

tambah beliau lagi, jika seseorang perempuan memakai tudung tapi tidak betol caranya (pakai baju ketat, singkat dan lain-lain) samalah juga sepertinya tidak bertudung, so tidaklah boleh dijadikan contoh.

sbb tu ramai yg aku perhatikan, pakai tudung tapi suka sangat putar ke belakang. apa salahnya tutup terus dada tu, so takdelah nampak sangat bentuk dan sizenya (unless mereka ni mmg nak lelaki tengok, dan bila lelaki geram, nak salahkan siapa?)

ustaz aku pernah beritahu terlihat sesuatu sekali yang tak patut adalah rezeki dgn syarat jgn tengok lama dan berpaling semula. tp kalau pandang depan kiri kanan semuanya benda yang sama, yg beza bentuk dan size, agak2 lelaki mana yang boleh tahan eh?