Followers

Thursday, July 8, 2010

RSVP


Aku rasa ramai yang pernah jumpa perkataan ni, dan ramai yang dah guna dan mewujudkan satu event ni kan?

Event?

Satu benda yang aku agak fobia lately.

Bukan sebab ada benda dah terjadi. Tapi lebih kepada sikap dan gelagat orang yang kita ajak ke sesuatu event atau hendak mewujudkan sesebuah event.

Aku tak kisah kalau orang nak ajak aku ke mana-mana event. Kalau aku boleh pergi, aku akan pergi, tak tahu aku akan pilih maybe, dan kalau yakin memang tak dapat pergi, tekan saja tidak. Susah ke? Senang je kan? Tapi tulah yang aku dok hadap untuk 2 bulan lebih ketika aku menjadi organizer suatu event.

Sekarang event ni dah macam nyawa-nyawa ikan, sebab makin ramai ahli yang tarik diri tapi tak nak langsung  nak ambil inisiatif nak beritahu aku or teman aku ni. Diorang buat bodoh je sampailah aku yang bangang ni pun pergilah hantar Private Message dekat Facebook, dan siap hantar notifier melalui SMS lagi.

Adakah ianya berjaya? Dapatlah 2-3 orang reply, tapi semua tak dapat pergi sebab ada hal masing-masing yang tidak diceritakan. Dan aku hanya dapat membalas "Ok, thanx".

Ok lah apa itu RSVP? RSVP bukanlah jemputan, tapi lebih kepada ingin tahu respond si penerima. Sebab RSVP ni adalah short form kepada sebuah perkataan French iaitu Répondez S'il Vous Plait. Makna nya TOLONGLAHHHHHHHHHHH BERI RESPONNND!!

Tapi tulah yang aku tak faham sesetengah insan yang menggelarkan diri mereka ni kawan? Namanya kawan, bising-bising nak kan reunion la kejadah haram semua tu, tapi bila dah ada orang nak tolong buatkan, siap hantar RSVP, kebanyakannya buat taik je, balas pun tak. Aduhai, sikap apalah manusia yang sangat selfish ni?

Bukan untuk satu event, untuk event yang lain pun sama. Aduhai... Nak kata diorang ni tak bz dan tak aktif facebook? Aku rasa selalu je nampak nama diorang ni main game dalam facebook tapi RSVP tak pernah nak usik pun.

Untuk manusia-manusia begini, aku minta la janganlah selfish sangat. Orang lain tu beria-ria nak tolong buatkan event tapi korang buat-buat tak kisah je, malah buat bodoh je. Tapi lepas tu bising-bising "Wei reunion bila? Takde orang nak handle ke?". Serius aku jumpa aku bagi penampar jepun biar berbekas sikit mulut tu. 

5 comments:

senandung semalam said...

betol2...
jgn selfish sgt...

Puteri Farah said...

kaaaaaann!!

i akan slalu merespond kpd event!

x fhm kot rsvp tu ape hahaha~

kot malas...

sabarla jessa...

org mcm tu mmg berlambak hehehe~

Shukjessa said...

hahah mmg dah sabar tahap dewa pun. paling sakit hati bila suruh diskas, haram tak nak bagi pendapat.

bila orang anta sesebuah RSVP, tu tanda mereka perlukan kita untuk meriahkan majlis, sebab mereka sayang, mereka ambil berat dan mereka libatkan kita sekali sekalipun mereka hanya minta respond dan berharap akan terlibat sama.

tapi kalau dibiarkan saja, nampak sgt macam selfish, tak penting pun, aku pedulik hape, dan lain-lain.

Tuhan tu Maha Adil, ada masa sesiapa yang aku kategorikan sebagai bodoh sombong ni akan merasa apa yang mereka dah buat tu.

hans said...

tapi ada event2 dkt fb skrg merepek2 jer
hahaha

Shukjessa said...

event stangers mmg merepek la bro. tp kalo yg invite tu dari sahabat2 terdekat, tak reply ape kejadah nya kan????