Followers

Thursday, July 22, 2010

Review: Sorcerer's Apprentice


Semalam dok tertanya-tanya, nak tengok Inception ke Sorcerer's Apprentice. Tapi sebab cerita ni baru release, so tengok dulu la, dan banyak yang dah komen Inception best, so boleh tengok later.

Kalau tengok penerbitnya yang paling utama iaitu Disney dengan Jerry Bruckheimer, mesti agak best since kedua-duanya antara otai-otai. Jerry lebih femes dalam cerita-cerita aksi, termasuklah drama CSI tu. Disney ni kalau tak kenal tak tahu la korang.

Ok lupakan benda alah tu. Jom tengok apa review untuk movie ni.

1st of all cerita ni sangat sengal! Ianya adalah gabungan cerita aksi, lawak, cinta dengan sains. Sains? Magik guna sains? Hehe sila la tengok apa kaitannya terutama kalau korang budak fizik.

Jalan cerita mudah difahami, graphic CGI sangat menarik, lakonan mantap Nicholas Cage dengan pembantunya yang (maaf heronya tak hensem, muke sangat nerd tapi sengal) bakal menjadi Prime Merlinian. Yes cerita ni ada kaitan dengan Merlin, tapi kejap je la.

Most of the time korang akan tergelak sampai nak putus urat kentut, serius aku gelak aje. Sangat sesuai untuk yang nak release tensen or nak tengok dengan awek, boyfriend or kawan-kawan. Tapi jangan ingat aksinya sedey je, sebab kalau melibatkan magik, mesti hebatkan?

Cerita ni aku terasa lama sebab tak bosan tengok, sampaikan aku tertanya-tanya bila la nak habis? Bontot aku dah nak kebas duduk lama sangat.

Oklah cerita banyak-banyak pun tak guna, aku sangat syorkan untuk korang lihat sendiri. Aku bagi 4.5 bintang dari 5. Hoi tinggi tuuu!! Yup sebab dah lama aku tak tengok cerita camni dekat pawagam. Sangat-sangat best!


Macam biasa aku akan cerita sikit pasal filem yang coming soon yang menarik perhatian aku. Yang pertama adalah Rapunzel (Tangled). Bukan peminat kartun klasik? Sila tonton, sebab diorang dah ubahsuai sikit jadi sesuai ikut zaman. Lagipun aku tengok graphicnye sangat cun!!!






Filem kedua yang bakal menggegarkan pawagam adalah Grown up! Ini mesti tengok sebab para pelakonnya pun dah gila babeng best. Terdiri daripada Adam Sandler, Rob Schneider, Chris Rock, Salma Hayek dan sorang lagi mamat ni aku lupa namanya (pasangan kepada Adam Sandler dalam cerita I pronounce you chuck and larry) yang besar-besar tu.

4 comments:

Ch@ Ch@ said...

aaaaaaaarghh...
nak tengok cite soccerer's apperentice tu..!

cEro said...

aku tau, semua cerita Nicholas Cage semua tak menghampakan..
dia mmg pandai pilih filem..
hahaha..
nak gi tgk laa nanti...

Shukjessa said...

hehe lupe nak beritahu since aku teringat kate KN, lelaki makin tua makin hot...

ok Nicholas Cage dalam ni sgt hot dan cool, baju die pun smart hahaha.

tp still aku tunggu kot2 ade ghost rider ke 2, waaaa weee~~!!!

hans said...

filem yang Nicholas Cage berlakon mesti best punya


P/S : Sebab Pinggang Gua Tergeliat Jadi Hari Nih Gua Jawab Soalan Jer Lah