Followers

Monday, July 12, 2010

Empire Subang

Aku tak berhajat pun nak pergi sini buat waktu yang terdekat (semalam), tapi dek kerana semangat akakku yang membuak-buak nak pergi sangat, so semalam ditakdirkan lah aku pergi dengan dia dengan monster kecil tu.

Lebih kurang pukul 4 lebih aku sampai rumah, badan penat sebab merempit dari putrajaya ke shah alam. Well since aku just rider moped, memusingkan throttle ke 120km/j tu agak memeritkan buat aku dan Lagenda aku tu. Satu benda yang aku tak suka bila meter dah mencecah 100km/j. Bunyi enjin yang sangat kuat dan motor akan start bergoyang. Kalau rider lain aku rasa mesti dah agak terbang tapi disebabkan BLM (berat lebih muatan) aku berjaya stabilkan motor. 





















ROL (jaluran cahaya, selalu dapat tengok dalam hutan di celah rimbunan pokok)

On the way balik ke s.alam, aku terjumpa la suatu fenomena yang sangat didambakan oleh photog-photog di luar sana. ROL atau bahasa panjangnya (ray of light). Benda ni kalau nak cari yang ori memang payah, tapi kalau ada memang suatu benda yang perlu diambil gambarnya. Since aku dah nampak benda ni secara tiba-tiba, aku parking motor dan ambil gambarnya walaupun time tu aku lebih memerlukan baju hujan.

monster kecil 

Sambung balik cerita pasal shopping complex baru si Empire gallery ni. Untuk yang tak tahu dan tak pernah tahu, ianya merupakan shopping complex yang terbaru di daerah Subang Jaya. Lokasinya betul-betul bertentangan dengan Subang Parade dan tepi je dengan landasan komuter. Untuk yang selalu lalu Federal Highway, benda ni memang akan nampak. Tak nampak tak tahulah nak cakap apa.

Untuk ke sini, korang just perlu ikut jalan nak Subang Parade since benda ni setentang je dengan belakang Subang Parade. Tiket so far masih free sebab nak promosikan benda alah ni. Tapi jangan risau sebab parking bertingkatnya aku rasa banyak lebih. 

1st impression aku tempat ni adalah ianya lebih kurang macam Pavillion cuma tak segila Pavillion la. Apa yang aku dapat lihat dari observation aku, NO FASTFOOD punya kedai. Booth ada la jual fasfood macam 1901, aiskrim, coklat. Tapi NO FASTFOODS macam McD, KFC, Pizza, bla bla bla. Makanan lebih kepada kedai-kedai yang jual nasi, pasta, steak, bla bla bla.

Dan management memang dah organizekan setiap floor tu untuk apa je, lebih kurang macam Jusco. So agak tersusun dan senang nak mencari. Tapi macam aku cakapkan, ianya seperti Pavillion di mana banyak butik-butik dan bukan kedai-kedai 'cokia' (istilah aku untuk biasa-biasa) ni. Kalau ada pun satu dua je, dan lebih banyak butik dan kedai-kedai makan yang agak unfamilliar la. 

Senang cerita tempat ni untuk orang berduit je la jalan-jalan dan bukan destinasi fofuler untuk para remaja yang perlukan hiburan. No wayang, no boling, no karok. Toys R Us  adalah yang agak besar dan banyak pilihan mainan.

Surau pun agak menarik dengan tempat wudu' dan tandas diletakkan sekali di tempat yang sama di dalam surau masing-masing.

Buat yang tak pernah pergi, bolehlah jalan-jalan cuci mata je. Aku kalau pergi sini pun just nak lepak Toys R Us je la nak beli set LEGO (ada future planning).

Sekian laporan, maaflah takde gambar since bangunan ni still new, semua gambar adalah milik blogger itu sendiri. So gambar-gambar umum ni takde, dan since aku tak bawak kamera nak ambil, tak dapat la letak haha.

2 comments:

Suicidal Angel said...

Jessa dah sampai empire!!!

ade je kdi yg ok...

but i mmg prefer Pyramid!!

and Summit~

Subang Parade is much better gak kot~

but skali-skala ok je g Empire!

Shukjessa said...

hahaha cuci mate ok je kot, tp utk hiburan...subang parade way more ok la utk remaja. empire lebih specific utk org yg dah berduit kembong haha