Followers

Wednesday, December 15, 2010

Transformers 3


Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa filem Transformers sangat berjaya?

Di sebalik kehebatan directornya yang bervisi tinggi, dan kecanggihan CGI yang menjadikan filem ni mind blowing, ada sesuatu yang membuatkannya satu elemen fanatism.

Tanyalah mana-mana lelaki yang lahirnya sekitar tahun 80-90 an, kalau sebut pasal permainan idaman, salah satu daripadanya mesti Transformers. Even aku dulu-dulu sangat menginginkan action figure benda alah ni. Kenapa?

Sebab dalam variasi permainan, Tranfsormers merupakan permainan terawal yang membolehkan kanak-kanak mengubahnya dari mode bertarung yakni robot kepada mode kenderaan seperti treler, kereta, motor dan lain-lain. Sound effect "Autobots tranform tettettetttt" tu dah lama bersarang pada mulut kanak-kanak sezaman dengan aku dulu.

Tapi makin aku dewasa makin kurangnya demam Tranformers walaupun sirinya dah bertukar menjadi Beast Machine. Sehinggalah pada satu tahap, pengunguman ianya akan difilemkan menjadi suatu tanda tanya. Dan hasilnya? Fenomena yang sama 20 tahun dahulu kembali semula. Action figurenya kembali menjadi rebutan kanak-kanak zaman kini yang satu masa dulu ayahnya teruja memilikinya.

Dan pada tahun depan, Transformers bakal keluar filem ketiganya iaitu Transformers; Dark of the Moon pada bulan Julai 2011. Gabungan director Michael Bay dan Executive Producer Steven Spielberg, ianya akan lebih hebat dalam 3D!!!!



5 comments:

hans said...

aku tgok the making dia memang gempak
xsabar nak tgok

P/S : Traffic Minggu Nih! Tutorial Letak Link Entry Anda! Ada Sesiapa Suka Shawls Yang Cantik!

cEro said...

aku dengar heroin dah bukan Megan Fox, kan???

Shukjessa said...

dengo2 nye, haha tak kisah pun megax xde ke, janji transformers tu mesti ada

Anonymous said...

you will like [URL=http://e--store.com/]gucci online store[/URL] for more detail GtkJXXAG [URL=http://e--store.com/ ] http://e--store.com/ [/URL]

Anonymous said...

I'm sure the best for you QMaAMoKp [URL=http://www.moncler-outlet2013.org/]moncler shoes[/URL] for more PzXupTun [URL=http://www.moncler-outlet2013.org/ ] http://www.moncler-outlet2013.org/ [/URL]