Followers

Thursday, December 23, 2010

DSLR mahal? What a lame answer

Ramai yang dok tanya aku


"Bai, DSLR paling murah berapa untuk beginner macam aku?"
Aku pun jawablah
"Paling murah RM1.6K dapatlah. Tapi kalo ko nak yang power dan murah, 2nd pon ok"
"Wuih mahal tu. Taknak and 2nd, aku nak yang new. Takde ke bawah RM1K?
"Bawak RM1K tak dapat ah new, sape nak jual?"

Kadang-kadang aku tak faham mentaliti orang yang menganggap DSLR mahal? Yelah kalau tengok dari segi harganya 2 riban bukanlah sedikit tapi aku rasa itu tidak menghalang orang dari beli laptop? Mahupun handphone seperti Blackberry, Iphone? Tapi bila kena tang kamera jenis DSLR, ramai yang mengeluh kata tak mampu.

Kenapa?

RM2K beli laptop atau beli Iphone tak sama ke dengan RM2K beli DSLR?


Kalau Iphone korang kata murah sebab pekej bayar bulan-bulan, apa korang ingat DSLR takde jual ansuran? Atau pernah tak dengar istilah loan? Pinjaman dan sebagainya?

Aku sendiri beli D5000 aku tu by pinjaman. Walaupun aku just pinjam dari mak aku, aku tetap jadikan ianya satu priority yang akan aku bayar once dah dapat kerja tetap. Hutang kena bayar, tak kisahlah anak beranak pon. So kalau rasa teringin memiliki sebuah kamera sebab passion korang mengambil gambar, why not pinjam dari seseorang yang boleh memberi? Atau kumpul duit je la. Tak mustahil pon kan? Sebulan RM200, cukup sepuluh bulan dah RM2K. Sacrifice la sikit kalau nakkan sesuatu. 


Kena faham la kenapa DSLR takkan dapat bawah RM1K. Sila godek google dan tengok binaan dan mekanismanya, bukanlah kamera biasa pun. Yang menentukan harganya adalah teknologi. Makin hi tech makin tinggi harga.

Jika betul-betul minat, ada je kedai yang ambil ansuran, bukan takde. So apa alasan korang yang nakkan kamera sebegini tapi banyak sangat alasan hatta dah bekerja gaji dekat RM3K sebulan? Its all about passion. Ada photog kerja gaji tak sampai RM2K, tapi sebab passion dalam photography diorang sanggup berkorban kumpul duit nak beli kamera yang dihajati. Its not impossible pon.

So stop la kata mahal kalau phone korang Blackberry, ada PS3 or Xbox 360, hari-hari makan dekat McD tapi bila bab kamera "Oh mahalnya, aku tak mampu~!" What the f@#$!

Satu lagi pandangan serong adalah barangan 2nd hand. Buat yang tak tahu, barangan 2nd hand dalam kamera adalah satu bonus buat mereka yang tak cukup bajet nak beli yang new. 2nd hand tak semestinya tak elok, sebab tu mostly penjualan barangan macam ni adalah melalui COD. Korang rasa sendiri, tengok sendiri, kalau puas hati boleh angkat dengan harga yang lebih murah. Sebab sesetengah photog beli sesuatu barangan kamera then diorang rasa jarang guna, dan diorang jual. Ia masih bergelar 2nd hand tapi kualiti bagus sebab jarang guna. Dapat lak jenis photog yang memang pandai jaga barang, lagi la bonus untuk pembeli.

Selalu aku rekomenkan buat member kalau nak yang murah try cari 2nd. Takut kena tipu, bawak sorang kawan photog pergi kedai. Boleh try sampai lebam, puas hati bayar dan guna. Jaranglah dengar orang kena tipu melainkan seller tu memang kaki penipu which is common dekat mudah.com.my. Even aku sendiri ada satu lens 2nd yang murah RM200 dari new, kualiti sama.

Beli kamera jenis DSLR ni pada aku satu investment, sebab jatuh harganya tak ketara sangat (bukan untuk entry level) dan so far kurang ragam melainkan servis shutter dengan fungus (kalau tak jaga elok-elok). Apalah nilainya sekeping gambar yang mampu buat korang tersenyum sampai ke tua dengan harganya yang sebegitu? Priceless pada aku.

7 comments:

seposeng karat said...

tahniah utk ko yg dh dpt beli dslr.

btul la ape yg ko tulis nie. dslr xde la mahal sekiranya mampu beli sebijik laptop.nak murah beli 2nd, kualiti same je. cume perlu tahu brape ribu shutter count telah digunakan utk body. bg lens, just kne tahu berfungus atau tidak.

harga kamera hanya mahal time ko serah duit pada seller pd hari itu tapi moment yg ko dpt lg mahal and priceless coz rare to be found it twice.

hans said...

aku masih merasakan DSLR mahal
hahahaha

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

Nolie Liana said...

mahal padan la dengan function nyer...:p

Whoda said...

kalau boleh beli digital camera RM1k xkan kata dslr tu mahal kan.
totally worth it kot.

Penyelidikan said...

mana na cri Dslr yg ble loan uhuhu

Penyelidikan said...

bg info lg .. email me nyeo_1007@yahoo.com... uhu

Shukjessa said...

hehe rokok mahal atau tidak? beli sebatang tetiap hari mmg takkan nampak mahal tapi kalo beli sekotak mmg mahal.

so beli kamera dah siap semua mmg la mahal tapi still boleh beli byk cara.

penyelidikan: DSLR loan? malaysia tak byk lagi kot. Kalo ada pun harganya mahal baik kumpul duit beli satu. nak tanye info pasal ape? boleh tau?