Followers

Tuesday, December 14, 2010

Facial hair dan lelaki

Ok jangan ceramah dekat aku pasal patutnya ikut sunnah nabi. Aku memang ikut, dan dalam masa yang sama aku jadikan ianya satu benda yang kemas supaya orang tak boleh kutuk orang macam aku.

Tapi dalam zaman yang makin banyak fesyen, kita kena akui banyak yang kita ambil jadi ikutan tu dari barat. So far, aku tak ikut pun cuma aku kagum dengan style mereka, dan pada aku ianya sangat cool, macho, maskulin dan lain-lain.

Aku tak tahu lah untuk yang tak minat, tapi untuk insan seperti aku yang mula tumbuh pada usia 13 tahun, aku anggap ianya sebagai satu hadiah untuk aku banggakan. Aku tak perlu nak isap rokok supaya nampak cool or macho, aku tak perlu nak set rambut or kalerkan rambut supaya nampak hebat, dan aku tak perlu lakukan apa jua perkara bodoh untuk kelihatan gagah. Aku hanya perlukan facial hair atau dalam bahasa melayunya janggut.

Di saat orang lain baru nak tumbuh bulu di sekitar kawasan sulit mahupun di lengan, aku dah ada janggut pada usia 13 tahun. Pada usia 15 tahun aku dah boleh kelihatan macam form 5 atau form 6. Dan bila aku masuk uni, aku dah boleh jadi bapak orang pon. Semuanya kerana janggut.

Tapi janggut aku pon janggut biasa je. Mewarisi genetik ayah aku yang berjambang, aku kini berjambang juga. Cukup seminggu untuk dari kosong ke berjambang siap bermisai lagi. Kalau tak shave for sure macam lelaki mati bini.

Sebut pasal style, aku tak reti sangat dan janggut aku bukanlah boleh buat style sangat pon. Paling hebat pun buat line ikut tulang dagu, sambung sideburn dan bela janggut panjang. Agak susah nak bela janggut kalau tak rajin nak trim, nanti kelihatan serabut. Style paling aku suka jambang dimesin satu untuk nampak bulu-bulu yang sedikit sahaja.

Arghh dari dengar aku membebel korang bukan percaya pon kan janggut or jambang boleh kelihatan cool, macho dan hensem kalau reti gayakan dan rajin. Meh tengok antara model-model facial hair yang aku suka style diorang.

antara semua, ni paling otai Shavo Odadjian, bassist SOAD (bubar)
Jeremy Davis, bassist Paramore, antara yang cool even style old skool sikit
David Silveria, ex drummer Korn. Goatie paling sempoi
Jason Newsted, ex bassist Metallica
Serj Tankian, vocalist SOAD (bubar)
Craig David
Johnny Depp a.k.a Captain Jack Sparrow, janggut paling aku adore (boleh tocang dua)
Brad Pitt, antara yg versatile, can be with or without facial hair
Robert Downey Jr a.k.a Tony Stark a.k.a Iron Man

Dan ramai lagi, kalau nak list semua, tak cukup satu entry. Apa-apa pun, aku tak berapa sangat dengan misai yang tebal, nipis nampak sikit-sikit oklah, sebab pada aku janggut itu lebih menawan sebab bentuk nya seperti  mulut yang sedang tersenyum, so apabila lelaki tu tersenyum, ia akan kelihatan 2 kali menawan. Dan orang kata, janggut tu pemanis wajah, banyak malaikat gantung dekat situ. Ye ke? Wallahualam, yang aku tahu berjanggut ni salah satu dari sunnah Rasulullah, tak salah ikut pun kan, cuma jangalah serabai, kasi kemas dan smart la, baru orang tak pandang slack.


p.s: tak ramai perempuan suka lelaki ada facial hair, apatah lagi yang berjambang macam aku ni. Aku dulu pernah kena suruh shave janggut just kerana ex tak suka, hai ape la nasib badan =|

4 comments:

EmanCloud said...

style lelaki besi!

hans said...

aku pun simpan goatee sebab memang style

P/S : Nasiblah Ekau Menang Tony Fernandes! Kalau Tidak Memang Fobia Den Nak Naik Kapal Terbang!

P/S : Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!

cEro said...

dari dulu aku nkkan jambang, tp dok berjanggut n misai je...
ko takde tips nk tumbuh jambang ke???

Shukjessa said...

hans: hehe goatie senang jage.

cero: kalo jambang ni biase genetik jenis hairy. tatau la kalo ade ubat boleh tumbuh bulu lak. tapi aku rasa ade krim pelebat rambut, boleh try guna tapi hati2 takut jadi lain macam lak.

kot tak pun try shave bahagian tulang dagu slow2, mane tau lame2 bulu roma makin lebat???