Followers

Friday, December 31, 2010

Kata terakhir


Selamat Tahun Baru 2011 yang beberapa jam je lagi nak tiba. So farewell 2010 bersama kenangan terindah, terpahit, termasam, terkelat dan lain-lain. Semoga itu semua dapat membuatkan diri kita lebih matang dan menjadi orang lebih berguna dan berwawasan.

Dan dengan itu, blog aku akan lebih dipenuhi dengan segala macam entry pasal "Travel" and "Livings" macam dalam astro TLC tu. Akan lebih banyak event yang insyaAllah aku joint, aku umumkan, lebih banyak review-review apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan kurangkan gosip-gosip tak berfaedah ni.

Sorrylah aku takkan kejar traffic, aku takkan kejar followers beriban. Cukup kalau ada yang sudi baca, sudah memadai untuk aku menyebarkan apa yang aku tahu.

Maaf buat yang terasa atas segala posting lepas-lepas yang aku akui agak daring bahasanya. Tapi tu teguran secara general, so sedikit kasar tidak mengapa. Semoga korang masih sudi baca penulisan aku untuk tahun 2011 nanti. 

Cerpen? Uhh aku cuba untuk sambung balik, so minta maaf banyak-banyak buat yang masih tertunggu sambungan-sambungan sesetengah cerpen. Kena lebih rajin tahun 2011 nak menulis =P

Terima kasih banyak-banyak buat yang sudi datang, yang baca, dan yang tukang komen. Korang tahu siapa korang =)

1 comment:

cEro said...

kami mahu cerpen!
kami mahu cerpen!