Followers

Monday, March 29, 2010

Saya bukan Ahlong, saya kaki pukul!

Salam,

Aku ada story nak cerita dekat korang. Benda ni aku dah tepek dekat FB aku tapi secara general saja la. Mungkin tidak detail sangat. Ni aku nak cerita untuk pengajaran bersama dan buat manusia-manusia yang liat nak membayar hutang.


1st of all, kenali adab-adab untuk meminjam duit dari seorang insan yang kita gelar rakan, sahabat, kawan or apa-apa je la BFF? Define gelaran tu, kalau anda benar-benar paham maksudnya, barulah boleh proceed untuk meminjam.

Ok, pastu sila khatamkan bab berhutang cara Islam. Tolong khatamkan juga bab BERJANJI, dan juga bab KAWAN MAKAN KAWAN.

Dah khatam? Faham? Ok tu maknanya memang untuk meminjam. Tapi kalau awal-awal lagi pun tak paham, STOP! Tolong jangan menyusahkan orang lain dengan sikap najis tu. Tau tak najis tu busuk? Dalam mana-mana agama pun takde siapa nak approve benda alah ni. So STOP BEING SHIT!

OK back to the story...

Kisah nya begini. Seorang sahabat meminta pertolongan dariku untuk meminjam duit kerana dia tengah kekeringan sebab dek sahabatnya yang juga meminjam darinya. Atas dasar aku percayakan dia, so aku memang takde masalah nak bagi pinjam sebab amountnya pun tak banyak sangat. Dia pun dah cakap akan bayar ASAP if member dia ni bayar balik hutangnya.

So tarikh keramat yang deal pun berlalu, aku pun heran la takde bunyi pun. Tapi aku bagi masa sebab aku tahu orang bekerja memang agak bz. So takpelah aku tunggu. Tapi sebab duit aku pun makin kering, so aku terpaksa la berbunyi sikit sebab TERPAKSA. Kalau kewangan ok, aku takde la nak bising pun, malas nak bising-bising pasal duit dengan sahabat je pun. 

So last-last still takde cerita. Yang ada cerita, sahabat aku ni pun still tengah tunggu duit dia dari sahabatnya itu. Dia try kontek tapi tak dapat. Dengar cerita duit yang dipinjam banyak. So, korang boleh faham sendiri la. Aku pun dah malas nak bising sebab kesian lak dekat dia. 

So aku just boleh cakap, "takpelah, dia lari, akhirat masih ada" untuk tenangkan dia. Tu aku cakap, dalam hati aku, "kalau aku dapat si najis ni, memang lunyai la aku kerjakan". Lupa lak aku nak tanya member die tu lelaki ke perempuan.

Tapi tolonglah, reti pinjam reti la bayar. Reti berjanji, reti la tepati. Kalau ye pun nak mintak tangguh at least time member tu tengah cari or call, tolong la angkat ke beritahu. Jangan nak lari-lari, ni bukan trek balapan nak berlumba lari. Tolong letak situasi anda di tempat si tukang pemberi pinjam. Anda bernasib baik sebab si tukang beri pinjam ni bukan Ahlong, tak kenakan bunga dan lebih penting takde upah kaki pukul. So tolong bertimbang rasa sikit. 

Aku memang geram dengan orang macam ni. Kalau aku kena macam dia ni, memang aku cari sampai lubang cacing. FB? Friendster? Emel? No hp? Alamat rumah? Member-member? Semua aku cari. Sorrylah aku zalim sikit. Kawan tetap kawan, tapi kalau buat najis dekat aku ko taknak basuh, tu memang GAMPANG la. Akai ada?

Dan si member aku ni pun dah serik nak kasi pinjam duit. Aku? Tak serik sebab aku ni kan kejam, orang bayar aku no hal. Tak bayar ko memang nak cari pasal!

4 comments:

theSkycrapper said...

pernah jadi dkt aku syuk..last2 aku malas nak mintak dah (sebab x banyak sgt)..tp tu la, so far tu la skali jadi..harap2 lepas ni x la jadi dkt aku, kau, dgn semua2..amin..

Shukjessa said...

heheh stakat seratus dua ok la beb. tapi kalo dekat setengah ribu (rm500) banyak tu...

lain la kalo kite ni tokei gula kan, tokei genting ke, kire burn je la.

tapi kite baru nak memacakkan tiang, belum bubuh konkrit lagi dah orang wat taik.

hahaha berlaku dkt korg, hallo-hallo aku, ble gak tolong jadi Ahlong wakakak~!

Anonymous said...

akupun penah kene. lg best die dah pjm gn ramai org n x byr. masing2 x story cz nk jg nama baik c peminjam. tp bila rahsia terbongkar sekelip mata nama die busuk. haish x pk panjang betul la...

Shukjessa said...

hehehe bawak kasi balai ah muahahah tak pun ikat dekat pokok kerengge kasi lebam sikit huahahah