Followers

Tuesday, March 9, 2010

Permulaan dan kesepian...

Salam,

Hari ni merupakan hari di mana aku akan pergi jauh dari sisi mak. Hari ini juga merupakan hari di mana aku akan pergi menempuhi cabaran baru untuk memulakan episod kehidupan aku sendiri. Dan hari ini juga merupakan hari yang paling berat untuk aku melangkah pergi meninggalkan rumah peninggalan abah ini... Berat untuk aku meninggalkan mak seorang diri di rumah.

Ya seorang diri. Siapa yang dalam hidupnya pernah merasa hidup seorang diri? Pergi kerja, balik rumah sunyi tanpa manusia, hari-hari dan setiap minggu, hanya dalam sebulan mungkin sekali sekala ada penghiburannya iaitu manusia yang disayangi.

Dulu mak pernah beritahu, untuk apa beli rumah besar-besar jika akhirnya seorang diri, akan lebih terasa kosong dan kesunyian. Dan sekarang aku faham makna kesunyian itu. Sekurang-kurangnya aku pernah keseorangan hanya beberapa hari tidak terlawan dengan kesunyian seorang ibu yang menempuhi hari-harinya keseorangan.

Pagi ini buat sekian lama, air mata ku mengalir tatkala mak berpesan padaku "jangan tinggal solat, cari kerja elok-elok" dan ku lihat air matanya gugur. Ku hanya dapat bertahan seketika namun berjuraian ketika solat subuh yang kurasakan "Ya Allah betapa hambamu telah banyak mengabaikanmu, betapa aku telah banyak menyakiti ibuku, ampunkan aku Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan rahmatmu untuk ku tempuhi cabaran mendatang ini". 

Sebak, aku terasa sangat sebak. Cukuplah sekali aku membusukkan nama keluarga, kali ini aku harus bangkit untuk menunjukkan yang aku pasti berjaya kelak. Aku akan pastikan aku akan pulang semula ke bandar kelahiranku untuk terus berbakti di sini kerna di sinilah jua pusara abah dan juga along. Merantau memang seronok untuk dicari pengalaman tapi apalah gunanya kita duduk di negara orang sedangkan kita lupa pusara ibubapa kita, kita lupa ibubapa yang merindui kepulangan anak-anak dan juga kasih dan sayang mereka terhadap kita.

Buat yang masih tidak mengerti, satu hari kalian pasti mengerti kerana ketika kepulangan kalian pasti disambut meriah dengan curahan kasih sayang. Sayangilah mereka seadanya walaupun kita sedar akan sikap mereka yang sesetengahnya agak menjengkelkan tapi ampunkanlah mereka kerana tanpa mereka siapalah kita?

Kalau boleh ditunaikan satu permintaan, aku hendak meminta agar mak senantiasa bahagia bersama kami anak-anaknya. Terasa besarnya kuasa Tuhan yang menyedarkan aku dari terus hanyut dengan arus dunia. Terasa betapa hebatnya kasih si ibu yang tak boleh ku balas dengan apa pun hatta duit setinggi gunung. Terasa betapa syahdunya dan kumerasakan bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu...

Mak, aku akan senantiasa pulang melawatimu walaupun sesibuk mana diriku. Aku rela hilang kekasih dan segalanya seandainya itu adalah penghalang buat diriku untuk selalu pulang melawatimu. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menggantikan tempatmu selaku wanita yang pertama aku letakkan di dalam takhta hatiku ini, ku menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf, halalkan makan dan minum, segala duit-duit yang sering kau beri dan ku minta, berkatilah sepanjang perjalanan aku membesar dari sejak ku dilahirkan. Dan ingin ku ucapkan jutaan terima kasih kerana tanpa putus-putus doamu kepadaku.

InsyaAllah mak, saya akan jadi orang berjaya dan saya akan pulang menemani mak sehingga akhir hayat. Terima kasih kerana membesarkan dan menjaga saya dengan baiknya selama ini. Akhir kata, saya sayang mak!

3 comments:

Cik N said...

Nak merantau ke mane syuk? huuhuuuu sedey2 ;-(

shukjessa said...

tak kemane, s.alam je skarang ni, mungkin sok luse jauh lak tp yg pasti aku akn balik smule ke bandar aku lahir. byk kenangan dkt sana, byk harta tak ternilai di sane

Cik N said...

owh...mmg la org kate tempat jatuh lg dikenang..;)