Followers

Tuesday, March 16, 2010

2 perkara yang berbeza

Salam

Semalam adalah hari semalam,
Hari ini adalah hari ini,
Semalam kau kata begitu,
Hari ini kau kata begini,
Semalam hati kita masih menyatu,
Hari ini hidup masing-masing,
Semalam kau berjanji sehidup semati,
Hari ini kau-kau, aku-aku, kubur masing-masing,
Semalam kau berdusta,
Hari ini pun kau masih berdusta,
Semalam kau kata Im sorry,
Tidak ada bezanya hari ini,
Semalam kau sedih atas perkara ini,
Hari ini kau dah tak peduli lagi,
Semalam aku adalah kekasihmu,
Hari ini siapa kau siapa aku,
Semalam ku masih mengharap,
Dan hari ini ku masih mengharap,
Semalam ku masih menunggu,
Hari ini kau bilang usah menunggu,
Semalam kau masih mampu untuk bertegur sapa,
Hari ini kau dah makin lupa,
Semalam adalah menyakitkan jiwa,
Hari ini apa bezanya,
Semalam terlalu lama,
Hari ini ku boleh jadi gila,
Semalam ku harap kau datang,
Hari ini kau tak datang apatah lagi bayang-bayang,
Semalam aku masih menyintaimu,
Hari ini pun aku masih begitu...,
Semalam dan dulu-dulu ku harap kau bisa menuliskan sesuatu di sini,
Hari ini ku tetap hampa yang menulis bukanmu tetapi kawan-kawanku...,

Semalam, kelmarin dan dulu-dulu, hari ini, esok, lusa, dan tulat aku masih di sini menantikan sebuah jawapan seikhlas hati... usah permainkan sekeping hati yang kian hancur.

3 comments:

cEro said...

berapi org len kata org len kejam..
tp diorg tak sedar, yg paling kejam adalah buat org len tertunggu2 tanpa jawapan..
penantian satu penyeksaan...

Cik N said...

Woooo syuk lex r ari2 emo...huhuuu

shukjessa said...

ape nak buat... takdir hidup aku untuk menunggu orang...menunggu jawapan hohoho