Followers

Friday, March 12, 2010

Apabila Syaitan Menangis IV


*maaf buat yang menunggu sambungan siri ini, seperti yang telah aku nyatakan pembuatan cerpen ini adalah berdasarkan feel dan idea yang datang. Walau apa apun selamat membaca =)
Pagi tu hujan mula mencurah-curah di ASPURA. Mereka berlima sudah pun bangun awal pagi selepas solat subuh. Namun takdir menentukan lebih kurang pukul 7 pagi, hujan mula membasahi bumi. Mula-mula sekadar renyai namun lama-lama semakin lebat dan lebat. Awan hitam mula mengisi kekosongan setiap genap ruang langit di situ.

"Macamna ni Mat? Hujan lebat ni, kuyup kita" Pet bersuara. "Takpe, kita tunggu kejap lagi, hujan kan rahmat Allah, jom ajak budak-budak ni kita sambung zikir dan istighfar sementara nak tunggu hujan reda. Maka kelima-kelima sahabat ini memulakan zikir, tasbih, istighfar dan doa agar perjalanan yang bakal mereka tempuhi dapat dipermudahkan dan sampai ke sana dengan selamat. Kuasa Allah tak siapa dapat melawannya, hujan mulai reda dan sinar matahari menampakkan mukanya.

Perjalanan mereka bermula setelah menaiki bas lompat-lompat kerana kampung Mat jarang bas masuk. Cara yang paling murah dan mudah adalah dengan menaiki bas lompat-lompat. Kampung Mat bernama kampung Tebok Jin* yang terletak jauh di utara Pahang di dalam daerah Jerantut.

Bas berhenti di perhentian bas pekan Tebok Jin. Pekan itu kelihatan usang dan lengang. "Takde orang ke dekat kampung nenek kau ni Mat?" Jijoi bertanya. "Biasalah Joi, pekan kecil je, yang muda banyak berhijrah ke bandar-bandar besar, yang tinggal ada la beberapa kerat je, yang lain kebanyakannya orang tua" Mat menerangkan. "Nampak menyeramkan la pekan ni Mat.. Aku terasa macam ada mata yang memandang di sebalik bangunan usang ni" Rambo pula bersuara. "Tu bangunan zaman British dulu, banyak sangat orang take over tapi last-last banyak yang mati bunuh diri" Mat menambah. "Ish, jangan cerita la, seram bulu tengkuk aku" Ojet pula menambah.

"So macamna nak ke rumah nenek kau ni?" Pet bertanya sambil memandang sekeliling. Pekan itu seperti pekan berhantu, kedai ada la beberapa buah je yang masih beroperasi. Stesen minyaknya sangat kecil dan usang. "Selalu ada bas, tapi dalam sehari 3 kali je masuk ke dalam kampung ni" sambung Mat. "Teksi takde ke Mat?" Ojet bertanya. "Teksi takde, tapi kalau prebet sapu tu ade la tu pun macam bas juga, tak kerap. Kita tunggu sikit lagi, kalau takde juga kita jalan kaki je la, rumah nenek aku lagi 2-3 kilometer je" ujar Mat.

Lama mereka menunggu dah akhirnya mereka membuat keputusan untuk berjalan kaki memandangkan tak kelihatan pun sebarang bayang kenderaan besar, hanya kelihatan motor dan basikal yang mundar mandir. "Kampung nenek aku ni kecik je tapi yang besnya air terjun dia lawa dan sejuk. Tu yang aku rajin balik sini" ujar Mat lagi.

"Assalamualaikum. Anak-anak ni dari mana? Tak pernah pula pakcik nampak dekat kampung ni" seorang lelaki tua memberi salam. "Waalaikumsalam, kami ni dari jauh. Saya ni cucu Uwan Jah, mereka ni kawan-kawan saya" kata Mat sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun salamnya tidak disambut dan pakcik tua itu berlalu pergi sambil sesekali menjeling dan menjegilkan mata ke arah mereka. "Kenapa dengan pakcik tu Mat? Kau kenal ke dia?" Rambo bertanya untuk kepastian. "Aku rasa tu Pakcik Merah Kelana, tapi..." Mat terhenti berkata. "Tapi apa Mat?" Pet ingin tahu. "Tapi kalau tak silap nenek aku beritahu Pak Merah Kelana dah meninggal seminggu lepas..." Mat kebingungan. "Habis yang tadi tu siapa?" Jijoi dah tak sedap hati. "Hish takkan lah hantu petang-petang ni" Pet ingin tenangkan keadaan. "Petang hape, dah nak maghrib la weh. Dah jom jom lekas sikit jalan" Ojet menyuruh rakan-rakannya bergerak pantas.

"Alhamdulillah kamu selamat sampai, risau hati uwan tengok jam kamu tak sampai-sampai lagi. Mat pergi bawak masuk kawan-kawan kamu masuk bilik, pergi mandi, tak lama nak maghrib dah ni" perintah neneknya pada Mat. "Baik uwan, jom weh mandi" Mat mengajak kawan-kawannya mandi.

"Jom mandi ramai-ramai" ajak Mat. "Gila kau, gay hapa?" Rambo menyampuk. "Bukanlah, pakai la seluar pendek ke kain ke ape ke. Toilet rumah nenek aku ni dekat luar, kalau kau berani mandi sorang-sorang silakan lah" Mat menambah. "Ok, ok aku ikut" balas Rambo pendek. "Orang dulu-dulu buat bilik mandi di luar atau keluar sedikit dari rumah. Dan kedudukannya mesti tidak mengadap kiblat" jelas Mat. "Tapi diorang tak seram sejuk ke mandi dekat luar ni?" Pet bertanya. "Dah sebati, benda-benda yang kita alami ni diorang tak kesah sangat pun" tambah Mat lagi.

Terasa segar selepas mereka mandi kerana airnya sejuk dan dingin. Selepas siap solat maghrib, mereka dipanggil turun ke dapur untuk menjamu selera. "Wah banyaknya lauk uwan masak" Jijoi rambang mata. "Takdelah cu, lauk biasa je ni, lauk kampung. Biasa makan ikan sungai?" tanya Uwan Jah. "Diorang ni tak pernah makan uwan, tapi apa lauk diorang sebat je" kata Mat sambil yang lain ketawa. Malam tu mereka makan ibarat tak makan seminggu maklumlah makanan di asrama tidaklah sesedap masakan ibu atau nenek. "Nenek kau memang pandai masak Mat, aku tak pernah lagi makan makanan se simple dan sesedap ni" kata Ojet. "Betul, betul, betul" sampuk Jijoi sambil yang lain turut ketawa bersama.

Dari jauh kelihatan cahaya yang makin lama makin terang suluhannya. Nampak seperti kereta, tapi kereta siapa pula yang singgah ke rumah nenek Mat malam-malam ni? "Assalamualaikum mak, eh Mat bila balik?" kata seorang lelaki dari pintu kereta.

"Baru je sampai maghrib tadi ayah su. Irfan mana?" Mat bertanyakan kepada ayah saudaranya itu. "Ada dekat belakang tu Mat, tengah tidur. Nanti tolong angkatkan dia eh" Mak su nya pula membalas. Belum sempat pun perbualan mereka diteruskan, terdengar sebuah hon  dari belakang kereta. 

"Eh ayah dan cik ngah. Ni semua balik ni ada kenduri apa-apa ke?" Mat masih keliru. "Eh, Uwan kau tak beritahu ke? Esok malam nak buat kenduri aqiqah anak bongsu ayah su kau tu. Ayah kau tak balik Mat?" tanya ayah saudaranya yang digelar Ayah ngah itu. "Tak la ayah ngah, abah masih di oversea uruskan syarikatnya" sayu Mat bersuara. "Em dahla, tak usah sedih-sedih, ni Cik ngah ada bawak kan ikan terubuk masin yang Mat suka tu" kata ibu saudaranya pula.

Inilah realiti kehidupan yang terpaksa ditempuhi oleh Mat, sejak kematian ibunya, ayahnya semakin sibuk dengan urusan syarikatnya dan jarang hendak bertanyakan khabar kepada anaknya itu. Dan disebabkan itu juga yang menyebabkan Mat sering balik kampung neneknya dan lebih rapat dengan ayah dan ibu saudaranya sendiri.

"Eh Uwan kau mana Mat? Dari tadi ayah ngah tak nampak pun dia?". "Dia pergi ke rumah orang sakit, ada yang minta uwan tolong ubatkan" jelas Mat. "Sakit biasa ke mistik ni?" perlahan ayah ngah bersuara. "Macam biasa" jawap Mat simple.

Hampir tengah malam, barulah nampak neneknya pulang dari mengubati orang. Mereka semua ternanti-nantikan kepulangan wanita ini. "Siapa yang sakit mak?" ayah su bertanya. "Leman koboi. Lepas balik memancing maghrib tadi, dok meracau-racau kata nak balik, nak balik. Tu yang diorang panggil mak tu. Alhamdulillah dengan izin Allah, jin tu dapat dikeluarkan" terang uwannya. "Moh moh masuk tidur, hari dah lewat malam ni, tak baik berjaga" tambah uwannya lagi. "Mat tolong tutupkan semua tingkap tu ye" ujar uwannya. "Baik uwan, weh korang tutup yang belah sana" Mat mengarahkan kawan-kawannya supaya menutup jendela. 

"Kalau nampak apa-apa dekat luar jendela tu biarkan saja. Baca ayat al-qursi banyak-banyak ye cucu-cucu semua" pesan uwan Mat dari jauh.
Kedengaran dari jauh suara uwannya seperti bercakap dengan seseorang. Sayup-sayup mereka mendengar "Aku tahu siapa yang hantar kamu, aku tahu asal usulmu, dan aku tahu tujuan kamu. Namun bukanlah kau yang berkuasa di sini, tetapi Allah S.W.T. Tanpa izin-Nya kamu tidak akan dapat sentuh dan apa-apakan kami. Pergilah pulang ke tempat asalmu, dan jangan kembali lagi. Awas, tiada peringatan kali ke 2" neneknya berkeras. Serentak dengan itu kedengaran seperti hilaian yang mula-mula kuat kini semakin beransur hilang.

"Seram gila kampung kau ni. Aku ingatkan seram dekat asrama je. Nenek kau tu bomoh ke Mat?" Jijoi bertanya. "Ish takdelah, nenek aku tolong ubati je, dulu arwah atuk aku pengubat tradisional Islam, so kalau ada apa-apa yang diperlukan, nenek aku selalu ikut sekali. Tapi sekarang ni tinggal dia sorang je la" tutur Mat. "Wei, tidurlah, aku dah seram sejuk ni" Rambo berkata sambil menyelimuti kepalanya.

Pukul 2 pagi, kedengaran suara bayi menangis. Makin lama makin kuat. Semua orang bingkas bangun termasuk mereka berlima. "Mat, ajak kawan-kawan kau pergi duduk dekat ruang tamu lekas" arah ayah su nya. "Baik ayah su, jom wei" ajak Mat. "Bidin!! cepat sikit" tempik nenek Mat. "Bawak isteri kau dengan Irfan keluar dulu Musa, biar mak handle di sini". "Bang, anak kita" Mak su menangis. "Takpe Ti, mak ada tu, Ti duduk dekat budak-budak tu, jage Irfan ye, abang nak tolong mak" bergegas lari ayah su masuk semula ke bilik. 

"Ku sudah pesan tadi bahawa jangan apa-apakan kami, malang sekali kalian tidak menurut perintah. Dengan izin Allah, aku akan bunuh kalian sekiranya kalian masih berdegil dan mahu mengganggu kami" kata nenek Mat. "Kami tidak takut malah kami taat setia pada tuan kami, kami rela dibinasakan kerana memang itu tugas kami. Dan kami akan membawa bayi ini bersama-sama" kedengaran satu suara ghaib muncul. "Tunjukilah rupamu dan jangan jadi pengecut!" suara nenek Mat meninggi. Tiba-tiba kelihatan sebuah lembaga berkain putih dari jendela yang terbuka. "Kau dan keluarga kau akan kami hancurkan" kata lembaga putih itu.

Terkumat kamit mulut nenek Mat membacakan ayat-ayat ruqyah untuk menghalau jin itu keluar, manakala Bidin pula sedang membaling garam dan lada hitam sambil membaca surah ruqyah. Manakala Musa melafazkan azan. "Oleh kerana kalian berjaya kami tangkap dan kalian masih berdegil untuk  bertaubat, maka dengan izin Allah wajar bagi kami untuk membunuh kamu agar tidak lagi mengganggu sesiapa" kata nenek Mat sambil memulakan ayat-ayat ruqyah.

Segalanya telah selesai untuk hari ini. Tapi dia pasti kembali menghantar bala tentera yang lebih kuat lagi. Sementara itu, mereka semua kembali tidur dengan aman sehingga subuh menjelang tiba.

*kampung tebok jin ni wujud dan kalo tak silap berada di perlis, bukan di jerantut pahang. aku ubah sikit tempat tu heheh

1 comment:

Nur Hadirah said...

scary siot nme kg tu jessaa