Followers

Friday, March 12, 2010

Mitos dan realiti (khas utk wanita)

Salam,

Utk posting kali ni aku terpanggil untuk menulis sedikit mitos dan realiti yang kadang-kadang perempuan sering campur adukkan dan jadi cacamarba. So untuk pembaca wanita, sila buka mata besar-besar dan face it, ini realiti

Mitos mengatakan saiz payudara akan memberi kesan tarikan kepada si lelaki. Makin besar makin popular dan vice versa.
Realitinya, lelaki yang baik tidak pernah kisah akan saiz payudara wanita yang akan dijadikan teman hidupnya, kerana pada mereka, itu bukanlah sesuatu yang mereka pentingkan sangat. So jangan terlalu obses untuk menonjolkan payudara kecuali nak menarik perhatian si jejaka buaya atau peraba bersiri.
 Mitos mengatakan makin kurus wanita itu, makin lawalah ia.
Well bukan semua lelaki sukakan wanita yang kurus dan terlalu kurus seperti berpenyakit tak cukup nutrisi. Jika korang tergolong dalam BMI yang ideal, kekalkan saja saiz itu dan lakukan senaman untuk keanjalan otot-otot bukan berpantang macam orang sakit dan telan pelbagai jenis pil kurus. Obses nak jadi kurus ramping gila ni sangat tidak digalakkan oleh kebanyakan pakar-pakar kesihatan. Dan lelaki tidak lah mahu keluar dengan wanita yang terlalu nak berdiet sampai nak ajak makan rumah familynya pun tolak sebab "Maaf saye on diet".
 Mitos mengatakan lelaki inginkan wanita yang PANDAI memasak
Dalam dunia si lelaki yang baik, istilah memasak adalah adakah si isteri sanggup belajar dan SANGGUP memasak untuk si suami? Kerana pada waktu lapang hendak juga merasa masakan isteri setelah hari biasa masing-masing sibuk dengan kerjaya. Biar masak tak sedap tapi rajin mencuba dari masak sedap tapi PEMALAS.
 Mitos mengatakan wanita bujang yang berumur 30 an tidak laku
Tidak juga kerana lelaki kebanyakan akan kawen sedikit lewat, Ada yang mencari gadis lebih  muda ada juga yang mencari sebaya dan se tahun ie: 30's. Lelaki sukakan wanita yang matang kerana bagi mereka perempuan sebegini senang untuk dibawa berbincang.
 Mitos mengatakan wanita berkulit sedikit tann susah mencari jodoh
Ini bukanlah mitos sebenarnya tapi lebih kepada sindiran iklan-iklan pencerahan kulit. Harus diketahui semakin cerah kulit semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser kulit memandangkan sinar matahari kian terik dari hari ke hari. Siapa kata perempuan berkulit gelap tidak menawan? Kalo tak menawan masakan ada orang yang sanggup mengahwini mereka? Tak perlu nak putihkan kulit, preserve yang semula jadi.
  Mitos mengatakan yang lawa dan cantik itu baik
Tak semestinya, kerana jangan menilai sesuatu dari luaran sahaja. Ada yang cantik rupa tapi hati busuk, so mmg busuk orang takkan dekat apetah lagi lelaki baik.
 Ni je la dulu yg dpt pkir, kalo ade tambah lagi...

2 comments:

Cik N said...

Tapi berdasarkan pemerhatian aku la...majority lelaki lebih senang tertarik dgn wanita yg berkulit cerah, kurus, sexy dan gedix..huhuuu
Wanita yg ade pakej tu lbh sng nak menarik minat lelaki. Tp x dinafikan luaran tu sekadar utk menjamu mata je...dalaman tu yg penting ;)

shukjessa said...

lelaki yg baik utk dijadikan calon suami bukan nak cari bende tu N. tu orang kate stok geli, stok main-main, dah puas tinggal cari yg lain.

sbb lelaki yg baik tidak akan pinta seorang wanita yg dia syg utk berubah fizikal, melainkan jika ianya memudaratkan