Followers

Wednesday, March 17, 2010

Insan-insan yang ku gelar kawan,sahabat, rakan

Salam,

Aku agak mesti korang masuk blog aku sebab nak tengok cerpen Jessa du freak tu aku dah sambung belum kan? Aku minta maaf banyak-banyak, sebab malam semalam ingat memang nak tulis, tapi atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa batalkan. Minta maaf sekali lagi.


Mesin kira-kira dekat blog aku ni dah menunjukkan angka 1000, satu benda yang aku tak pernah mimpi pun orang akan sentiasa masuk. Sebab dulu-dulu tujuan aku tulis blog ni pun semata-mata hanya ingin jadikan blog ini sebagai salah sebuah diari yang boleh aku kongsi bersama kisah suka, duka, nasihat, berita, karya-karya aku. Tapi itulah berkat dorongan kawan-kawan yang senantiasa rajin buka blog aku yang agak tunggang langgang ni la tercapainya angka yang ribu itu. 

Dulu aku suka buka blog yang simple seperti sesetengah kawan-kawan aku hasilkan. Aku cuba untuk adaptasi tapi apabila aku mula menulis, ayat-ayatku semuanya panjang-panjang. Bukan jenis simple words yang akan end dalam kurang dari sepuluh patah.  Ayat-ayat yang menyerupai karangan ni lah yang membuat aku terpanggil untuk menulis cerpen, memandangkan zaman sekolah menengah dulu aku ada terbitkan sebuah cerpen. Tapi zaman itu, aku tulis di komputer dan print out lalu aku tampalkan ianya ke dalam sebuah buku log. Buat teman-teman satu sekolah dengan aku dulu mungkin masih ingat time aku tengah kemaruk syok seorang gadis ni. Dari satu puisi ke satu puisi yang lain, lantas ke sebuah cerita ringkas dan diteruskan dengan sebuah cerpen. Namun cerpen itu aku hentikan setelah kes cinta ditolak hehe.

Dalam penulisan aku tidak menghadapi masalah untuk menghuraikan suatu perkataan, cuma yang menjadi masalah adalah ayat sambungan di antara satu ayat ke ayat yang lain. Dan satu masalah lagi adalah susunan ayat aku yang agak lintang pukang. So diharapkan korang boleh menerima bentuk tulisan yang tidak baik ini sebagai bahan bacaan korang. Kalau cikgu BM aku tahu, sure aku kena palu haha.

Terima kasih banyak-banyak buat insan-insan yang aku panggil kawan, teman, sahabat, rakan. Usah risau, biarpun orang mengatakan bahawa setiap perkataan itu berlainan makna, tapi bagi aku semuanya adalah sama, kerana terma di atas bukanlah kekasih, bukanlah ahli keluarga tapi insan yang kita kenal samada di sekolah, di sebuah organisasi, persatuan, secara kebetulan atau di mana-mana yang berkongsi ideologi dan minat yang lebih kurang sama.

Tanpa pengorbanan kalian, blog ini tidak membawa apa makna sekalipun. Dan aku akan cuba untuk teruskan cerpen yang banyak terbengkalai, paling tidak Jessa du freak/ Andai kau tahu/ Apabila syaitan menangis akan ku siapkan jua untuk kalian semua, sekian terima kasih

(macam tulis surat rasmi lak haha)

2 comments:

Cik N said...

Aku suke apabila syaitan menangis! Haha...tulis r syuk. Dnt wory kalau xbest aku kutuk jer..haha

shukjessa said...

hohoho nak tulis kene wat bes ler weh