Followers

Wednesday, March 24, 2010

Kemarahan Dante

Hari ini di paper Metro menunjukkan gambar besar satu permainan game konsol PS3 dan Xbox360. Game yang selalu aku sebut-sebut dan pernah keluar pun jadi game dekat FB.


Dikatakan game ini memesongkan akidah orang yang bermainnya. Aku tak de la nak bangkang sangat sebab dari sudut agamanya ya, memang betul. Tapi dari segi realiti hidup yang aku pernah main game seakan-akan ini, tidaklah pula aku hendak terpengaruh yang keadaan akhirat or benda-benda ghaib ni begitu rupanya. Sebab kita dah diajar, benda-benda ghaib ni tidak dapat divisualkan melalui minda yang waras.

Tapi mungkin kandungan game ini yang cover game pun sudah melambang pahlawan perang salib bersama senjata grim reapernya yang berbentuk salib yang menggusarkan sesetengah pihak. So mereka sarankan banned benda ni. Tapi banned pun tak boleh nak buat apa dah. Kedai game suma pun bukannya berdaftar, so ia boleh dibeli di mana-mana selagi ada orang jual game. Lainla di kedai Sony atau kedai game ori (tu pun kalo diorang nak jual balik benda ni).

Sentuh pasal hiburan yang memaparkan adegan or jalan cerita yang boleh memesongkan, aku rasa banyak dah benda-benda camni yang orang terlepas pandang. Contoh macam siri Supernatural di AXN, aku dah jarang tengok sebab aku tengok jalan cerita dah bukan supernatural lagi dah. Ni dah sampai bab-bab keagamaan lebih bila dah ada angel, ada prophet, ada demon bernama Lilith (dikatakan sebagai isteri kepada demon). Mungkin ada sesetengah translation patut dibiarkan dlm English or tukar kepada wording lain, sebab kalau digunapakai dalam bahasa melayu yang digunakan hari-hari takut lagi yang terpesong. 

Macam cerita wayang Legion, pasal angel dan fallen angel, cerita Da Vinci Code, dan beberapa lagi kisah-kisah yang benda ni sepatutnya diberi perhatian. Boleh tengok atau tidak, itu kena tanya minda kita adakah kita tengok untuk terpengaruh?

Hehe yang lawaknya game yang aku minat main, God of War takde la pulak dalam listing diorang banned. Padahal game ni ganas nak mampus, lucah, dan ada juga scene dekat neraka, underworld, cuma mungkin ini berdasarkan mitos ketuhanan Greek, so orang tak kisah sangat?


Well semuanya bergantung pada diri sendiri sebab dalam dunia yang serba moden ni, macam-macam dugaan akan datang

2 comments:

cEro said...

setgh org rase mereka sudah hebat dgn dpt detect satu mende yg kecil..

Pasal Dante's tu, mende tu (bg aku) hanya seciput dr ape yg ada disekeliling kita..

kalo nk ikutkan, main mafia wars n pet society pon boleh pesong akidah jugak!!

mcam ko kata, bergantung pada diri sndri..
kalo dh jahil, dgr ceramah agama pun boleh terpesong akidah jugak..

shukjessa said...

hahaha tabley nak wat ape aaa, sbb bende ni jadi head line paper metro, hehehe tah la, setau aku budak2 dekat malaysia tak pernah lagi terikut2 lak ape yg diorg mainkan...tak macam di US sana tu...