Followers

Thursday, February 4, 2010

Celoteh celota

Salam,

Sori sangat-sangat buat yang masih menunggu cerpen-cerpen aku. Betul-betul takde mood dan idea nak menulis. Cuma sekarang ni aku lebih banyak benda nak berceloteh.

Mula-mula aku nak celoteh sikit pasal orang yang selalu tulis dekat status, tapi lepastu die akan tekan butang like, tanpa apa-apa komen dari sesiapa. Bukan nak sibuk apa, tapi sedikit ganjil di situ. Kalau ada orang komen dan ramai yang like, takpe la juga kan. Ni macam SS je, hoho takpelah tu hak masing-masing, cuma aku dok perhati ramai yang tulis lepastu macam SS dengan status sendiri. Heheh kes angkat bakul kot?

Ni aku nak cerita pasal kes orang dok membunuh orang di sana sini, tapi lepas tu die menyesal dan meminta maaf. Dan kes terbaru pasal orang tu kata ada bisikan suruh membunuh. Tapi pada aku la yang selalu gak lalok, tak pernah lagi la dengar bisikan macamtu. Dan kalau betul la bisikan macamtu ada, datangnya dari diri kita sendiri ataupun bisikan syaitan. So pandai-pandai la jaga diri sebelum kena bisikan pelik-pelik ni. 

Yang ni buat sesiapa yang baca, harap maklum ini hanya pendapat aku, dan tolong baca sehingga habis dan tolong fahamkan ayat-ayat aku. Jangan judge aku bila mana korang baca hanya sekerat jalan. TOLONG YE!

Ni berhubung kes penggunaan nama Allah, walaupun masih dalam siasatan, tapi di sini ingin aku bertanya kepada semua, kenapa bila isu semacam ini timbul, kita terlalu sensitif? Kenapa kita terlalu mengecam sehinggakan ada pihak-pihak yang terlalu mengikut perasaan memaki hamun, mencerca dan menghina agama lain. 

Dan kalau kita lihat ramai yang berduyun-duyun turun padang membuat perhimpunan untuk membantah penggunaan kalimah ini. Tak terkecuali dengan blog-blog yang turut mengecam, facebook turut menjadi medan perbualan malah medan berkelahi antara agama. 

Aku bukan menidakkan usaha-usaha dan niat murni mereka ini. Cuma, cara mereka ada sesetengahnya tidak betul. Dan ada sesetengahnya hanya mengikut-ikut sahaja orang hendak berdemonstrasi. Konon-konon jangan mencabar orang Islam. Betul jangan cabar orang Islam tapi tahukah kamu dengan membuat demonstrasi dan perhimpunan seperti itu, orang-orang kafir tidak pernah gentar pun. Mereka juga boleh berbuat perkara yang sama, cuma di sini mereka minoriti.

Mengapa aku kata perhimpunan itu banyak yang kosong dari niat sebenarnya? Kerana ada di kalangan mereka berhimpun sambil merokok, merokok itu haram bukan dari segi agama? Mencaci dan menghina walau siapa pun adalah bukan ajaran Islam, adakah itu yang kita hendak tunjukkan kepada semua? Walaupun kita marah, tetapi menghamburkan kata-kata kesat seperti 'babi' 'pukimak' dan macam-macam lagi, adakah ianya akan memberi apa-apa erti?

Itu belum lagi diperhalusi lagi, kita yang kononnya membenci Israel, sangat tidak boleh berenggang dengan produk-produk mereka di pasaran walaupun sebahagian besar produk tersebut ada pegantinya oleh syarikat Islam. 

Aku pernah mendengar suatu ceramah yang mengatakan 'Tidak akan gentar orang-orang Yahudi sehinggalah muslimin dan muslimat mengerjakan subuh berjemaah' yang bermaksud orang-orang Yahudi tidak akan sedikit pun rasa takut dengan sebarang ancaman yang ditunjukkan oleh orang Islam sehinggalah mereka (Islam) kembali bersatu (mengerjakan solat subuh secara berjemaah).

Itu belum lagi kalau aku katakan saban hari makin ramai anak-anak melayu Islam murtad, menjadi free thinker, menjadi anti-Islam dan macam-macam lagi. Nah, di mana sensitiviti kita orang Islam apabila melihat bangsa kita sendiri hancur tapi berapa kerat sahaja yang betul-betul nak membanterasnya?

Kita menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal...tapi siapa yang berbunyi? Siapa yang melaung-laungkan Allahu akbar? Siapa yang membela tika alim ulama dikutuk, dicerca, dihina, disekat rezekinya oleh sebangsa, seagamanya dengannya?

Dan kini kita jadi bahan gelak tawa oleh musuh-musuh Islam, adakah kita masih tidak sedar dan nampak akan itu?


2 comments:

Nur Hadirah said...

i like this
btw,free thinker tu cm ne mksud die

Shukjessa said...

free thinker = bebas berfikir tanpa batasan. biasanya berfikir dengan apa yang boleh difikirkan otak kerana judging mereka based on brain only dan bukan kepercayaan atau iman terhadap Tuhan. bagi aku mereka ini lebih bahaya sebab dengan adanya Tuhan yang memberikan kita guidance antara apa yang boleh dan tidak boleh kerana bukan semuanya boleh difikirkan akal