Followers

Tuesday, February 9, 2010

Diari seorang lelaki IV


9hb Februari 2010,

Hari ni total blur nak masak apa untuk lunch tengahari. Projek satay ayam aku tak jalan-jalan lagi. Nak masak pun ayam tengah beku, boleh masak tapi tak sedap la sebab tak perap lama. So tunda, masak la ayam goreng dengan ikan goreng. Goreng gak ikan pekasam.

Selongkar almari mak jumpa la fucuk dengan suhun. Tengok banyak je mesti mak nak sambal sambal tempe. Tapi takpelah, memandangkan mak kerja pagi so aku nak masak gulai putih fucuk dengan suhun. Menu yang simple tapi best kalau makan dengan ikan pekasam atau budu.

Tapi tula sebab yakin sangat, nak masak gulai, santan keras macam batu duduk dalam freezer. Aku pun pikir-pikir ah masuk je la, kang cair gak. Dah ok cair, tapi air lak aku terbubuh banyak gila. Ni kes selalu masak sup la ni. Jadinya gulai tu cair gila dan tawar heber. Tambah malang lagi bila ikan pekasam yang aku goreng pun keras dan sangat masin. Aku prefer ikan pekasam yang kurang masin, masam dan isinya lembut seperti isi ikan talapia. So habis la menu tengahari, makan jela, udah rejeki.

Tadi, baru je aku siapkan perapan satay ayam. Lepas dah ikut resepi, rasa-rasa ala-ala satay, maka bermulalah perapan ayam sehingga esok pagi, lama tu mesti best!

Petang tadi, nak bersenam. Teringat lak headphone aku dah tak betul. Ingat nak guna phone je jadikan walkman, bateri low lak. So teringat radio, guna radio lama. Masuk kaset....................... aku kuatkan volume ............................... kaset ke radio ni rosak. Tak jadi, pergi ambil radio angah, try pasang kaset eh boleh main. Tapi radio angah mono, so bunyi tak bes sangat.

Dah habis bersenam aku ternampak cover-cover kaset lama aku time sekolah dulu. Hohoho agak perit sebenarnya bila duit sekolah yang disimpan tu last-last burn beli kaset. Time dulu-dulu pun kaset agak mahal, sekarang harga macam nak beli air je. Lawa-lawa lagi covernya dan pelbagai corak. Ni antara yang sempat aku geledah, banyak lagi sebab dah berhabuk aku ambil mana yang dan dulu. 


Haha seperti yang korang boleh tengok, aku ni dulu-dulu lebih ke arah metal/rock. Lagu metal pertama yang aku suka adalah Metallica, walaupun time tu mereka dah jauh terkenal. Aku baru nak kenal. Dan hasilnya album pertama yang dibeli adalah 'The Black Album.' Antara lagu popular 'Enter Sandman', 'The unforgiven', dan 'Nothing else matters'. Album lain aku beli gak macam 'Load', 'Reload', 'Master of puppets', 'S&M'.
Ok, lepastu di zaman yang lebih kurang sama, aku melebarkan sayap dengan meminati muzik industrial metal iaitu Korn. Album yang paling aku suka 'Follow the leader', yang lain-lain tu aku beli nak dengar, ada yang best ada yang kureng.


Dan siapa masih ingat di waktu kebanjiran bebudak hip hop, dan naiknya era Limp Bizkit, ramai la yang layan BBoy, seluar beggy, full cap, snow cap. Hahah aku manusia yang tidak terlepas, tapi aku suka fusion beggy dengan baju-baju metal macam slayer, skid row, guns & roses. Hehe, biasala aku nak unik sikit dari orang lain. Ada sesapa yang perasan mana satu cover yang non edited dan edited content hehe? Satu aku punya beli sebelum kerajaan banned dan tukarkan yang edited content yang dibeli oleh kakakku. Bunyi edited content memang tak best sebab kalau lagu Chocolate Starfish tu hampir 80% ayatnya dipotong kerana Fred menyebut F***.

Band di bawah ni pernah popular dulu time sezaman gak dengan naiknya Limp Bizkit, tapi mereka membawakan konsep hiphop. Terdiri dari krew yang agak ramai, mempunyai 2 vokalis seperti Linkin park. Merupakan cover paling lawa pernah aku jumpa (maybe sebab gambar perempuan tengah jilat lolipop?)
Hohoho jangan ingat aku tak beli kaset orang malaysia, ni antaranya iaitu XPDC. Ni band faveret terutama untuk budak-budak asrama. Aku sebab rajin lepak dengan bebudak asrama, last-last lekat gak beli kaset ni. Too phat lak time diorang tengah naik, walaupun aku tak join hiphop tapi sebab lagu diorang bes, aku pun beli gak la. Anak la ayam ewahh~~


Ni lak antara cover paling sempoi pernah aku jumpa. 2 page je cukup buat cover album. Da la design 'Steal this album' hahaha siot tol. Tapi aku tabik spring sama SOAD sebab lagu mereka memang banyak lagu politik dan sketsa dunia. Dan yang paling aku minat band ni banyak gabungkan bunyi-bunyian tradisional mereka dengan moden. Bassist jaggut panjang lak tu sampai ke pusat huahah~~

Banyak lagi cover album yang aku nak cari lagi. Dulu aku selalu gunting dan letak dekat bag, bahagian yang boleh dinampak. Pernah berhajat nak luminate kan atau keraskan jadikan keychain boleh lekat dekat bag, kunci or mana-mana la. Design old skool beb, mana nak cari dah sekarang ni. Sekarang orang sibuk dengan CD je~~

Yang penat berceloteh,

No comments: