Followers

Thursday, January 7, 2010

Sandle buayaku

Salam,


Petang tadi aku ke Subang Parade, setelah selesai membeli barang dapur bersama-sama mak, angah dan anak saudaraku cauddin. Cauddin makin berat tapi aku tengok makin kurus, dan makin banyak peel. Dah laju merangkak, boleh duduk dan ghairah nak berdiri walaupun usia baru 9 bulan. Ingatkan dia dah tak ingat dah ayah saudaranya ni tapi tadi dengan cepat panjat ke badanku menandakan budak busuk ni ingat lagi aku rupanya.


Oklah lupakan pasal si busuk tu, cerita aku kali ini adalah pasal sandle buaya ku atau nama komersialnya Crocs. Sandle pertama aku dapat time hadiah hari jadi dan dibelikan angah. Namanya aku tak ingat tapi jenis yang ada macam baldu dekat depan dan harga time tu RM240+ tapi sebab ada diskaun so dapatla RM150+. Tapi sedih sebab sandle tu dah hilang dicuri malaun mana tah. Bukan sayang apa sangat cuma sandle tu sedap dipakai cuma tapaknya dah haus, tapi orang curi jugak. Pelik sungguh manusia.



So tadi ikut angah nak beli sandle untuk husbandnya. Angah nak beli Crocs Band yang macam kasut sekolah tu. Tapi tengok-tengok macam simple sangat. Aku pula saja-saja melihat-lihat jenis lain. Dan aku ternampak satu jenis yang ala-ala kasut kulit. Memang lawa dan harga pun lawa. Aku suggestkan ke angah. Lama gak dia pikir and last-last dia pun beli dengan warna khakis hijau. Aku pula bodek mak, dan beli yang warna hitam.


So kiranya sekarang ni aku ada dua pasang sandle Crocs. Yang dulu beli time sandle lama dah haus sangat.


Tujuan aku tulis ni bukanlah nak berlagak aku ada sandle Crocs. Aku tak pernah kisah pun kalau orang nak kata aku bodoh beli yang mahal-mahal sedangkan ada orang jual tiruan yang murah. Bukan aku taknak beli yang tiruan, tapi bila aku try yang tiruan semuanya sakit kaki (getahnya keras). Yang ori ni kalau pakai sedap di kaki. Sebab aku pernah sakit kaki dulu, tapi bila pakai yang orinya sakit tu tak terasa sangat sebab dia serap hentakan.


Aku bukan kisah pun kalau orang nak kata sandle aku tiruan. Lantaklah, yang aku tau aku pakai selesa. Bukan aku nak tunjuk pun dekat orang ramai aku yang beli ori. Kalau yang tiruannya selesa, aku beli yang tiruan. Sebab selipar atau kasut orang beli untuk selesa berjalan, bukan nak tunjuk-tunjuk pun. Kalau selipar jepun tu selesa, aku beli je lagi murah.

3 comments:

cEro said...

aku pon mcam berminat dgn crocs...
tp camne aku nk beza ori n bukan ori bg first timer cam aku nih???

Shukjessa said...

bagi aku, sandle crocs ko kene rasa. pakai dalam beberapa minit. kalo ko tak puas hati gak, try pakai 2-2 belah dan jenjalan jap. Terdapat perbezaan antara tiruan dan original. Sama seperti baju tiruan which jersey. Orang boleh tiru luaran tapi orang tak boleh nak tiru kualiti bahan.

Mcm crocs kan ada bahan tersendiri, so mustahil nak tiru exact bahan unless resipi tu dah spread out (pada aku mustahil). So mereka just boleh imitate luaran dan paling hebat pun getah tu ala-ala tapi feel die tak sama. Crocs sgt bagus utk org yg sakit kaki

Nur Hadirah said...

klo crocs bukn bli dkt kedai die je ke? sure ori kn