Followers

Friday, January 1, 2010

Key Ell Part 2 (18SX)

(sebelum korang baca, sila ambil perhatian bahawa terdapat penggunaan bahasa-bahasa yang agak sensitif bagi sesetengah orang terutamanya wanita, so kalau korang narrow minded tidak digalakkan memabaca unless korang open)


Salam,


Malam tadi dah pun berlalu sambutan tahun baru. Seperti biasa, aku tak sambut pun dah aku dah terlelap lebih awal dek kerana penat pergi berjalan ke KL sebelah siang harinya.


Tak tahan! Serius aku tak tahan kalau pergi KL. Kalau setakat kesibukan kota, cuaca panas dan dengan orang yang ramai tu ok la lagi. Tapi satu yang aku tak tahan kalau di KL adalah perempuannya. Pelik? Ya, bunyi memang macam pelik tapi itulah hakikatnya pun. Dekat mana lagi nak tengok dressing yang pelik-pelik dan over exposed oleh insan-insan yang bergelar perempuan ni kalau tak di KL. Mungkin ada di tempat lain tapi pada aku di sini kebebasannya adalah lebih.


Kalau chinese aku tak kisah sangat sebab mereka memang suka pakai sexy dan stylo tapi bagi anak-anak melayu yang terkinja-kinja nak jadi seperti mereka, dengarlah cakap aku. LUPAKAN JE LA! ingat-ingatla sikit maruah bangsa dan paling penting maruah agama. Kadang-kadang aku pun pelik kenapa la anak gadis melayu senang sangat terikut-ikut dalam berfesyen? Tak salah berfesyen cuma kena tahu gaya dan batas-batasnya.


Ada yang pakai bajunya sangat ketat dan aku tak tahulah apa motifnya berbuat demikian. Ada yang pakai siap tunjuk lurah dendam. Nak tunjuk my boobs is big and round? Plz look at them? (maaf, telah ku nyatakan dahulu, penulisan adalah berdasarkan observasi, dan telah ku nyatakan juga 18+, so diharap berfikiran terbuka). Dan aku tahu juga ada anak gadis melayu yang sanggup cari push bra semata-mata nak nampak 'boobies' mereka ni lebih menonjol. Oh please don't treat man like that. It's not that we are so desperate to find a gf or wife with such assets. Dan tolong jangan kata aku ni lucah ke apa ke. Nak pakai push up bra, wired bra terpulang masing-masing cuma tak perlulah nak tunjuk dekat orang ramai terutama lelaki. Mau besar ka mau kicik ka, sendiri punya hal tapi 'diam-diam' sudah la kan. Untuk apa korang nak tunjuk pun. 


Ada yang pakai baju yang kontra sangat dengan warna bra. Ni pun pelik, sebab macam lah takde warna bra yang senada dengan baju. Contoh, baju putih, pakai la bra putih ke pakai anak baju ke. Tapi ada la yang pakai warna hitam supaya lelaki akan perasan Wow, bra hitam. Lepas tu lelaki tu pun mula la tercari-cari model apa. Triumph? apa-apa je la, tu je satu aku ingat nama bra.


Ada yang pula pakai baju tapi orang panggil baby T. Salah ke pakai baju baby T? Tak salah kalau korang duduk tak nampak lurah bottom korang. Tapi aku rasa kalau tak nampak lurah tu bukan namanya baby T (betulkan kalau aku salah). Baby T memang comel sebab baju tu akan jadi fit sedikit dan tak labuh sebab betul-betul sampai dekat pinggang. Tu belum lagi kalau gabungkan dengan seluar jenis low cut (korang tau sendiri kan, aku malas nak explain).


Ada yang jenis pakai skirt. Skirt ok kalau appropriate tapi kalau mini skirt, skirt ketat, skirt yang sekali dengan baju (maxi ke orang panggil?) tu sebenarnya lebih banyak mengundang bahaya je. Dan tak terlupa juga seluar slack dan lagging. Mintak maaf cakap aku pernah ternampak sorang malay girl pakai lagging macam tak pakai panties (u'll know what i mean). Pelik pun pelik tapi tu la hakikat... Aku hanya mampu menggeleng-geleng kepala je.


Dan semua ini kalau di KL tidaklah mustahil pun. Malah kalau anda rajin stay di KL pukul 2-3 pagi, sila la jenguk-jenguk (jenguk je) ke pusat-pusat hiburan seperti di Jln P. Ramlee. Dress up yang lagi ganas dan panas pun ada, cuma tak larat dan tak sanggup nak tengok sebab pemakainya anak-anak melayu.


And kalau korang perasan, aku tak mention pasal free hair. Sebab benda ni jarang dan faktor penyumbangnya hanyalah sedikit berbanding dengan apa yang akan aku huraikan lagi. Faktor apa? Akan disambung dalam next post...

2 comments:

cEro said...

..dan sbb tuh laa tiap2 hari paper musti ade berita rogol...
...bila tanye responden sape salah, laki kena tuding jari, sdgkan laki bukan 100% salah (tp ade gak percentnnye...)
...laki zaman skang kena ade perisai, dinamakan IMAN!!

Shukjessa said...

hohoh good mr. lily. tu sehabagaian dari tujuan post aku. tp kalo nak ikutkan keadilan betul2, aku still akan slhkan perempuan sedikit. mcm kes paling baru dulu, konon nak lari dari rumah tinggal dengan kawan lelaki. HAMPIR-HAMPIR jadi 'lauk' kawan sendiri. so fikirkan. Kucing depan mata nampak ikan, sama la mcm lelaki nampak perempuan seperti yg aku nyatakan di atas. Yang bezanya? Lelaki pemalu mcm aku hanya lihat dan mengeluh bukan simpan niat nak dekat nak 'rasa'