Followers

Sunday, January 3, 2010

Ala omak kawenkan aku

Salam,

Untuk post kali ni, aku nak cerita sikit pasal kahwin. Sempena sepanjang cuti ramai orang yang naik jinjang pelamin, so aku nak berceloteh sikit la pasal kahwin.


Kahwin, kenapa kita perlu kahwin? Kahwin adalah satu tuntutan agama di mana ianya menghalalkan sebuah perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Ianya juga merapatkan silaturrahim antara kedua belah keluarga yang mana ianya merupakan perkara yang baik. Selain dari itu, kahwin juga merupakan permulaan untuk membentuk sebuah keluarga yang sihat dan melahirkan generasi baru yang bakal menerajui Islam kelak.

Tapi adakah kahwin ini wajib? Setau aku, kahwin adalah sunnah Rasulullah S.A.W. yang menuntut agar umatnya turut berbuat demikian. Tapi dengan permodenan zaman, semakin banyak pihak yang menentang perkahwinan dan ada juga yang mencacatkan erti perkahwinan itu sendiri di mana pasangan itu sesama jantina.

Ada juga golongan yang tak berkahwin dan memberikan alasan tiada jodoh. Bagi aku istilah tiada jodoh adalah setelah diusahakan untuk mencari jodoh, tetapi terdapat halangan dan rintangan yang tidak membenarkan proses perkahwinan itu berlaku. Tapi kalau hanya duduk berdiam diri, tidak usaha pun mencari teman hidup, malah mempunyai prinsip anti lelaki atau perempuan, masakan jodoh mahu tiba? Jadi carilah siapa teman hidup anda.

Ada yang tidak mahu berumah tangga hanya kerana tidak mahu komitmen, mahu bebas, tidak percaya akan konsep kahwin dan macam-macam lagi.

Ada juga yang terlalu cepat ingin berumah tangga. Bagus memang bagus cuma kahwin pada waktu yang terlalu muda (kurang matang) mudah menimbulkan konflik rumah tangga, masalah kewangan, masalah sikap dan lain-lain. Kahwinlah apabila kewangan sudah stabil, sudah boleh berfikir secara matang dan sudah boleh dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu komitmen.

Akhir kata, apabila sudah cukup syarat, maka kahwinlah. Jangan kahwin kalau anda tidak layak (tidak mampu) sebab kahwin bukan seks semata-mata. Banyak benda yang perlu diambil kira selepas perkahwinan, so fikir dan buat keputusan baik-baik. Dan jangan lupa kalau kahwin, jemputlah aku hehe

No comments: