Followers

Thursday, January 28, 2010

Andai kau tahu

Andai kau tahu...


Itulah ungkapan yang sering dan acapkali bermain-main di mindaku ketika setiap kali aku memandangmu. Berat mulut ini bagaikan menanggung beban bertan-tan. Ketat mulutku ini bagaikan telah di seal oleh gam super gajah. Alangkah bagusnya andai mulutku ringan berkata-kata, pasti hasrat di hati ini telah ku sampaikan kepadamu.


Oh Nur, kenapalah kau yang bertahta di hati? Kenapa bukan Atrisya yang seksi itu? Kenapa bukan si Salmi yang bersopan-santun tu? Pelik betul aku boleh jatuh hati pada minah rock seperti kau. "Hoi Bu, ko buat apa tu? Skodeng awek ke? Skodeng tak ajak aku, apa la kau ni. Jom ah pergi makan, ni tengah waktu rehat ni" kata kawanku, Paan. 


"Aku tak lapar la, kau pergilah dengan budak-budak lain. Aku nak lepak dekat kelas je", kataku. "Hai selalu tak pernah-pernah kau kenyang, tiba-tiba hari ni lak kau tak lapar? Ni mesti ada udang sebalik batu ni", katanya kepadaku. Aku hanya senyum, dan Paan berlalu pergi faham dengan perangaiku yang tidak suka dipaksa-paksa.


Aku kembali ke mejaku. Ku lihat keliling, semua rakan-rakan kelas telah turun ke kantin untuk makan termasuklah Nur. 


Nur, ya namanya berputar-putar lagi di segenap ruang kepala. Bagaikan hollowgram yang memancar keluar dari mataku dan membentuk raut wajahnya. Dan bagaikan mesin waktu memutar kembali kenangan bagaimana aku mengenali Nur, bukan di dalam kelas ini. Tapi ketika dia baru bertukar sekolah dari sekolah lamanya.


"Tumpang tanya brader, dekat mana pejabat Pengetua?". Suaranya manis tapi lagaknya seperti jantan. "Jalan terus, belok kiri, turun tangga lepas tu terus belok kanan. Pejabat dia dekat tepi tu je. Kalau sesat boleh roger saya balik hehe", kataku. Dia hanya senyum sambil menjelirkan lidahnya padaku.


Aku ingat itulah kali pertama dan terakhir jumpa dia, tapi entah takdir atau kebetulan kami rupanya di kelas yang sama. Agak terlopong juga la mulut aku tengok dia. Dia pun macam terkejut tapi masing-masing kontrol kehenseman masing-masing.


Dan dari situ la permulaan perkenalan kami. Tapi aku je kot yang syok dekat dia. Dia aku tengok kawan je dengan semua budak lelaki kelas aku. Yelah ganas, so jenis yang tak kisah sangat berkawan. Cuma aku jela tah macamne boleh lekat lak dekat si minah ni.


Nur ni jenis friendly, aku ni jenis yg pemalu nak berkawan dengan perempuan. So kebanyakan masa aku di sekolah banyak dihabiskan dengan member-member seperjuanganku. Habis sekolah, aku balik, makan, tidur, buat kerja sekolah, petang pulak padang joging. Kalau tidak aku ajak Paan pergi waterfall dekat belakang sekolah aku. Bukan nak skodeng orang mandi atau buat projek, kami selalu ambil gambar dekat situ sebab pemandangan yang agak menarik.


Satu petang tu, aku ajak Paan pergi waterfall nak ambil gambar air terjun dengan low shutter speed. Sampai dekat dengan area sekolah tu tiba-tiba aku terdengar ada suara ganas tapi manja memanggil nama kami. 
"Bu! Paan! Weh korang nak pergi mana? Nak ikut boleh tak?", Nur menjerit-jerit. Membontotinya di belakang adalah Ecah yang juga sekepala dengannya. "Korang nak ikut? Bahaya la wei, korang kan perempuan..." belum sempat Paan habiskan kata-kata Ecah mencelah "Kalau perempuan kenapa? Ala kitorang tak susahkan korang la, ingat kitorang lembik sangat ke?". "Ikut suka korang la", balas Paan dan kami berempat berlalu menuju ke air terjun yang jaraknya lebih kurang sekilometer lebih saja dari sekolah.


Rupa-rupanya Nur berminat dengan kamera dan alam fotografi. Memandangkan aku bawak D90 aku, aku ajar la dia sedikit sebanyak tentang kamera dan cara-cara mengambil gambar landscape dan air terjun. Macam biasa la dia punya celoteh memang tak ingat. Keletah mereka bertiga dah cukup menggamatkan suasana. Aku hanya diam dan sesekali tersenyum melihat keriuhan mereka berlawak dan bercerita. Memang gamat suasana.


Dan lamunan aku dihentikan dengan soalan dari Nur "Kau ok ke Bu? Kenapa aku tengok kau ni diam aje? Sepatah aku cakap, sepatah tu juga la kau cakap". "Dia tu pemalu cik Nur oi, mana reti nak bercakap dengan perempuan, lain la aku ni ha haha", kata Paan. "La pemalu, mengalahkan perempuan la kau ni Bu, malu je lah. Apa la kau nak malukan dengan kami, kami kan kawan kau jugak. Kadang-kadang tengok kau diam buat aku susah hati kau tau tak?" tambah Nur lagi. "Haah la Bu, Nur ni kalau dekat dorm asyik-asyik mengigau nama kau je, asek sebut nama kau je sampai nak muntah aku dengar kau tau tak!" kata Ecah pula. "Dengarla sangat cakap Ecah tu, memang mati hidup-hidup je la kau kene tipu" balas Nur. Ye aku memang kenal Ecah, dia memang suka berlawak. Dari 10 kata-katanya mungkin hanya 3 je yang boleh pakai. Tapi terdetik juga di hati, kalau betul la apa yang Ecah cakap, alangkah bertuahnya aku. Petang tu sebelum balik, sempat la juga aku menjeling sebelum Nur hilang dari pandanganku...


Hatiku dah semakin rancak dan berbunga-bunga selepas aktiviti petang tadi. Nur, Nur andainya kau tahu...cinta monyetku dah berevolusi heeee~~


...to be continue...

No comments: