Followers

Tuesday, September 28, 2010

Adakah korang perasan?


Pernah tak korang masuk satu kedai, lepas tu ada orang ikut dari belakang, dok tengok je korang buat apa? Apa perasaan? Korang mula-mula buat tak kisah kan tapi lama-lama mesti rasa rimas. Nak tengok tu tak senang, nak belek ni tak senang, nak sentuh pun orang dok tenung je.

Then bila dah keluar, korang mesti nak menyumpah kan?

@#$%$%@%!!!! BODOH!


Then sekali lagi aku bertanya, pernah tak korang pergi jalan-jalan shopping complex, tiba-tiba ada orang tahan. Pot pet pot pet promosi benda yang korang tak nak. Sibuk bercakap non stop suruh langgan la, ambil la apa la seperti kad kredit dan sebagainya sehingga sanggup dok ikut korang jauh meninggalkan booth diorang?

Mula-mula manusia akan tolak secara baik, tapi bila dok hinggap lagi macam langau, mesti annoyed kan? Mesti rasa nak keluar semua ayat dan jenis bahasa suruh diorang paham "AKU TAKNAK LA BODOH!".

Ada gak tu, sama macam yang kes awalan tadi tapi yang ni lagi annoying sebab, ikut satu hal. Dok tenung tambah lagi dok bising-bising suruh beli. Pantang usik sikit, beli la beli la. Baru nak bincang dengan family or suami, isteri, kekasih, dan-dan diorang ni menyampuk suruh beli. Rasa nak lempang kan?


Yang ni lain sikit. Kita datang masuk, dia still dekat reception desk. Kita nak tengok barang yang dalam laci berkunci or barangan yang tinggi, still diorang ni dekat reception desk. Kita berdehem-dehem or batuk kuat pun diorang still dekat reception desk. Last-last, buat yang tak sabar either blah atau sindir terus je...

"NAK BERNIAGA KE TAK NAK? KALAU TAK NAK SILA TUTUP KEDAI"

Yang ni aku dah pernah kena. Rasa bukan nak lempang je, tapi nak buat uppercut sekali dengan siku libas tomoi bagi mampus. Korang tengah jalan-jalan, lepas tu dari jauh diorang dah tarik korang ke booth. Sebab korang baik hati, dengar la kejap kan sebab ayat pemula dia 
"Takpe bang, dengar je dulu, tak nak beli takpe, sila bagi saya 5 minit".

Dan korang pun dengar la dan angguk je la tanda setuju. Tapi bila 5 minit dah berakhir, korang mula memberikan alasan untuk tidak membeli produk mereka dan menolak secara baik. TAPI...
Si bahalol ni pula macam dok paksa-paksa beli barang, mula kerut-kerut muka. Dan kalau korang ni baik hati or lurus bendul macam aku beli je la sebab tak nak gaduh. Tapi kalau korang ni jenis baran, memang dah tergolek dog dah si bahalol itu.

Samada korang perasan atau tidak, setiap kedai or produk ada cara untuk mempromosikan hasil mereka. Ada yang sangat aktif dan ada yang sangat pasif. Ada yang terlebih protektif sampaikan pelanggan rimas nak masuk kedai. Pernah dengar istilah CCTV? Pernah lihat pengesan tag yang tidak dimatikan? Aku rasa itu lebih mesra alam dari dok membontoti pelanggan.

Kalau kedai makanan, selain makanan dan kebersihan, servis juga memainkan peranan untuk mempromosikan kedai dan makanan tersebut. Kalau makanan sedap tapi servis lembap nak mampus, orang akan datang tapi dengan perasaan yang marah dan suasana kedai akan sentiasa tegang.

p.s: customers always right!

10 comments:

Mah@mahu said...

Betul2 aku pernah kena mcm tu siap aku tenung dia blk and aku angkat kening kat dia dari jauh sajo... Kalau yg nak jual product tu aku senyum dan angkat tangan tanda tidak mahu hehehehe....

KERAK NASI said...

kalau masuk kedai baju,
angkat la baju yg dah berlipat tu utk tgok.
pastu tak berkenan letak balik.
cpt2 pekerja dtg lipat dengan muka mcm taik.
kdg2 usik, tersenget sikit pun dia dtg betulkan.
gila annoying.

Unknown said...

ahaha. same ah. gile semak.

Anonymous said...

Aku ni lembut ati. Ksian kt promoter yg men kejar2 org tu so ckp la baik2 tanak..tp bile die x reti bahasa mmg bengang r. Org duk pk psl die..die x pk pun perasaan org lain. Hampeh jek

Shukjessa said...

kui kui kui ramai yg terkena gak eh. tulah pentingnya belajor marketing dlm idup anda =)

cEro said...

haha, semua situasi tu aku pnah kena...
siot je..
tak suka bile folo macam laa kita nak mencuri..
nk jugak laa belek2 dulu ke hape..

yg tahan kat jalan tu mmg hampeh..
aku tak pnah bg peluang..
aku akan wat dek je..

yg tak layan pon apakah??
pnah nk beli baju ni, nk tanya saiz, tp sbb tak layan aku, aku tunggu, aku fed up, aku blah...
aku carut..
aku dosa..

Shukjessa said...

sume tu tak paham konsep la tu. kalo paham konsep, kena ramah tapi beragak dan bersopan la.

kenapa tak boleh just say "hi selamat datang, boleh saya bantu?"

kalo orang taknak, cakap jela "ok, kalau ada apa2 boleh tanya or panggil saya"

kan lebih mesra alam, customer suka, kita pun tak perlu nak jadi org yg menyakitkan hati

princessfrogy said...

cik frogy pernah kena gak..tapi yg terbaru ni lagilah sakit..huhu
kitorang dah lama tak contact..satu hari tu, dia call cf dan cakap nak jumpa.. dah la datang lambat. katanya nak terang sikit pasal nak buat bisness. Cf dengar jela. ambik hatikan. kan kata tak hormat orang tua plak.. pastu suruh masuk business tu. pasksa2 masuk.. dah la yurannya rm600.. macam Cf ni kerja plak.. kan.. memang haru la..

Shukjessa said...

suro masuk bisnes? mlm ke? nak bisnes jgn pakse orang. kalo bisnes tu mmg ada tarikan dan jujur, orang akan cari kita

princessfrogy said...

lebih kurang macam mlm la..huhu..