Followers

Thursday, September 2, 2010

Kad raya obsolete

Di zaman teknologi yang semakin canggih ni, apa saja benda yang dah agak tak praktikal sudah makin lama makin pupus.

Contoh paling senang, kad raya.

Sorilah, aku takde pose kontrol macho, sume sengal je gambar haha

Korang ada lagi ke beli dan hantar kad raya? Untuk yang ada kekasih konfirm kena beli punya, yang paling besar, ada music dan yang paling romantik dan bla bla bla.

Tapi untuk kawan-kawan yang lain? Untuk yang single tu?

Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku dapat dan aku hantar kad raya dekat orang. Dulu time sekolah rajin la juga, walaupun isinya tetap sama.

"Dah buat baju raya?"
"Baju raya berapa pasang?"
"Puasa penuh?"
"Jemputla ke rumah"

Lepas tu pantun yang tak asing lagi...

"Pecah kaca pecah gelas, 
Sudah baca harap balas."


Tapi lately or sejak dah masuk zaman canngih ni, bila orang dah tahu apa itu editing, boleh upload gambar lak tu, so orang just buat kad raye sendiri je. Yelah jimat kos, boleh letak gambar macam-macam termasuk diri dan boleh tag untuk ramai-ramai kawan, jimat dan efektif. Nak ucap selamat hari raya dan maaf zahir batin je pun. 

Sekarang dah facebook pun dah tengah perang kad raya muka sendiri-sendiri hahah termasuk la aku.

p.s: Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin dari blog Shukjessa @ Shukran, mohon ampun dan maaf andai ada artikel di sini yang mengguris mana-mana pihak, 0-0 ok. Nak buat rumah terbuka beritahu la, boleh aku datang hehe.


6 comments:

Whoda said...

hohoho~ nak wat jugak lah =p

Shukjessa said...

sile2, bulan yg mulia ni, bagus buat kad ghayo mintak maap kek sumo oghang

cEro said...

believe it or not,
aku ada hantar 10 kad raya utk kawan2 aku yg aku ada alamat..
best oo feeling tulis kad raya..
bukan slalu rasa beb..

Shukjessa said...

haha aku tak tau nak tulis bende atas kad raye dah.

sbb kalo tgk orang dewasa (abang or mak ayah) tulis mesti pendek je,

"Maaf zahir batin, jemput ke rumah"

tu je la hahah

theSkycrapper said...

since aku dh ada kawan dari luar daerah aku hantar kad raya tiap tahun..kawan aku ckp aku sentimental..ye kot..haha..tapi 2, 3 tahun ni aku dah hntr dkt 4,5 org yg aku betul2 rapat je..sebab yg 4,5 org tu je la yg rajin balas balik..hahahahahaha

Shukjessa said...

hehe bagusla kalo masih rajin menghanto.

aku ni malas sikit haha.

kalo tahun lepas dpt la gak kad raye tidak bersetem sebab masih berpunye, ni dah single mingle ni hahaha, habuk pun tarak.

p.s: jgn jadi mcm mr bean udah ler, anto dekat diri sendiri wakakakak