Untuk korang yang ada facebook ni aku nasihatkan berhati-hati bila nak berkata-kata atau nak menyebarkan sesuatu. Kadang-kadang kita rasa benda itu elok tapi kita tak pasti kesahihannya, buatnya benda tu ada orang ambil tindakan, tak ke kita termasuk sekali dalam orang yang menyebarkan?
Beberapa minggu yang lepas, ada video dan gambar yang tah sapa-sapa dok sebarkan dekat youtube dengan facebook. Katanya dapat merakam kelibat malaikat?
Aku tengok title pun pelik, malaikat? Ada sesiapa ke manusia yang pernah melihatnya? Setahu aku, Rasulullah je yang pernah tengok malaikat ni. Mungkin ada lagi sesetengah nabi dan para rasul. Tapi boleh ke mata kita melihat makhluk Allah yang paling taat ni? Boleh ke kita rakamkan kelibat malaikat hatta kita di tanah suci sekalipun? Tak pernah dengar lagi orang berjumpa malaikat, kalau jin tu banyak juga ceritanya.
Selang beberapa hari lepas ada la kawan dalam friend list aku yang sebarkan pula video menangkis dakwaan itu. Disertakan sekali ulasan seorang ustaz yang menidakkan bahawa benda yang terakam dan dilihat adalah malaikat. Kata beliau, manusia biasa tidak pernah lagi melihat malaikat, bagaimana terlihat sesuatu terus kita mengatakan malaikat? Seperti yang kita tahu, malaikat ni bukan makhluk yang kecil.
Tu satu. Yang ni pun satu hal. Rakaman radio tah mane punya tah. Kes pasal sorang mamat ni yang tunangnya nak minta putus atas alasan dia hanya jual burger. Yang ni pada aku lebih menunjukkan betapa lemahnya masyarakat kita. Pada aku ketiga-tiganya bongok @ bahlol. Yang paling bongok, si lelaki tu. Ada masalah, bukan dekat radio kita kena luahkan pun. Patut cari jalan lain untuk settlekan hal ni. Ni bila dah perempuan tu dok hina, kita nak marah? Untuk apa? Dah tahu dia ada lelaki lain, so be it. Cari je la perempuan lain, dah tahu perempuan tu macam sial ke hapa ke, still terhegeh-hegeh nak buat apa? Bodoh la namanya. Yang kedua si dj atau si otak yang buat rancangan tu. Buat rancangan sekadar untuk apa? Dengar dari mulut dj tu pun bukan nak bantu tapi lebih nak jirus minyak atas api supaya lagi marak. Tu bodoh la namanya. Yang terakhir si perempuan tu. Aku tak salahkan sangat si perempuan sebab hak dia untuk memilih. Mungkin ada betulnya cakap si perempuan tu, cuma yang aku nak kata dia bodoh sebab menghina orang tu je la.
Pelik, memang pelik dunia sekarang ni, apa nak jadi pun tak tahu lah. Dulu ada kes pasal sorang minah yang kutuk negeri orang lain hanya kerana kedai biskut? Lepas tu ada sorang mamat yang kutuk agama dan bulan puasa. Then ada sorang perempuan yang gambar profilenya pegang botol arak sambil dengan bangga kata itu hal dia nak minum ke hapa ke. Dan semua ni adalah tontonan belia-belia melayu muslim...
Hari tu plak, ada aku sharekan satu video tentang dosa 24jam di facebook pasal gadis "ala janji tutup aurat". Dengar khabarnya si pembuat video tu dah kena kecam dan ada pula yang komen nak tunjuk pandai tapi menunjukkan betapa jahilnya dia. Dia komen suruh tunjukkan dalil yang menyuruh wanita menutup aurat, dan dia kata lagi dia pun mengaji al-quran tetapi tak pernah jumpa dalil tu, katanya dengan bongkak. Entahlah apa nak jadi, bila ada seorang insan menegur, ramai pula yang menentang, tapi sungguh video tu pada aku ada kebenarannya. Macam yang aku pernah ceritakan dulu pasal ada orang yang curi gambar perempuan "bertudung" yang 'mantap' posenya. Buat yang tak baca lagi boleh baca dekat SINI
Sekali lagi aku ingin berpesan, hati-hati guna teknologi. Kalau dulu orang cari hard copy, sekarang ni softcopy pun dah memadai untuk memfitnah orang lain. Yang malunya adalah agama kita, Islam, untuk renungan semua.
3 comments:
aku selalu menganggap dlm dunia ni ada satu kumpulan yg jahil tapi perasan pandai dan berilmu..
org2 yg ko sebutkan tu, adalah tergolong kpd org2 ni laa...
menunjukkan tahap ilmu seseorg...
yg haq dibathilkan,
yg salah dibetulkan...
memalukan...
byk yg nak tunjuk pandai tp ilmu kurang, terutama bab2 agama. bila berbicara nampak sangat jahil.
lebih baik diam dan belajar sesuatu sebelum melontarkan something.
ada yang terlalu jujur sehingga menunjukkan betapa jahilnya dengan agama malah sanggup hina agama sendiri.
sejahil-jahil aku, hendak hina Islam jauh sekaliii...
Thanks bro pasal kempen tu so harap lepas ni dpt war2kan kepada kawn2 lain ok semoga kemerdekaan kita lebih meriah ok selamat berpuasa and selamat hari kemerdekaan...
Post a Comment