Baru-baru ni kedengaran cadangan penggubalan akta supaya hukuman bunuh dikenakan ke atas pembuang bayi yakni mak ayahnya yang perangai macam syaitan (maaf bukan binatang, sebab binatang tak buang anak, kalau yang buang pun jenis yang anaknya ribu-ribu macam katak).
Seperti biasa ada yang setuju ada yang tak setuju.
Yang setuju biasanya pemikiran lebih ke arah Islamik kerana hukuman membunuh adalah bunuh, mengikut Islam. Namun yang tak setuju berfikiran mereka ni perlu diberi peluang dan harus dikenakan tindakan yang lebih mesra alam seperti nasihat, bimbingan dan lain-lain.
Pada hemat aku, membuang bayi adalah kategori membunuh dengan niat or tanpa niat. Kenapa? Sebab, kalau dilihat dari berita yang menyiarkan bayi mati dibuang, di mana tempat jumpanya bayi itu? Adakah di atas katil empuk? Adakah di dalam sebuah inkubator dengan alat bantuan pernafasan, selimut dan pelbagai alat keselamatan? Atau paling tidak adakah ianya dibuang bersama dengan botol susu yang mana diharapkan orang yang jumpainya boleh menyusukan?
Masalahnya bayi itu dibuang di tempat pembuangan sampah, di dalam longkang, di dalam sungai, di tanam, dibungkus dengan beg plastik dan macam-macam lagi. Apakah persamaannya? Sungguh kejam dan hina bayi ini diperlakukan. Walaupun bayi ini dipanggil anak haram dalam istilah melayu atau anak luar nikah dari sudut agama, namun mereka tetap suci dari sebarang dosa. Yang berdosa adalah mak dan ayahnya yang patut dihukum bunuh atas kekejaman yang mereka buat.
Tiada istilah buang bayi tanpa niat membunuh sedangkan tempat yang mereka letak tu tersangatlah hina dan kotor. Jadi apa perlunya berlembut dengan manusia seperti ini?
Mungkin ada yang mengatakan 'alah remaja, manusia pun buat silap inikan pula mereka'. Betul manusia buat silap, tapi adakah setiap benda tu perlu dilakukan kesilapan berulang kali? Manusia belajar dari kesilapan! Betul, manusia belajar dari kesilapan. Persoalannya adakah kita mahu anak-anak kita mengikuti langkah yang sama, di mana kita mendapat cucu percuma tanpa nikah? Jadi apakah gunanya Islam itu sebagai cara hidup? Apakah gunanya nasihat dan larangan dalam Islam? Apakah gunanya undang-undang Islam yang diketahui memang terbukti dapat mencegah manusia dari melakukan kemungkaran.
Kita jangan terlalu terpengaruh dengan cara barat yang membiarkan sahaja anak-anak mereka terbiasa dengan melakukan kesalahan. Dengan itu, nilai moral mereka semakin jatuh apabila membiarkan saja anak-anak bebas melakukan seks dengan sesiapa, yang penting jangan dapat AIDS. Adakah itu yang kita mahu ajarkan kepada anak-anak kita?
Kalau dilihat dari sudut bimbingan dan kaunseling serta nasihat, ya ia memang berkesan. Tetapi untuk siapa? Untuk yang dah terlanjur melakukan kesilapan. Tapi tiada pengajaran untuk yang masih hingusan dan punya semangat ingin tahu. Kalau mereka tahu pun, apa nak takut? "Buang bayi, paling teruk pun masuk rumah pemulihan je". Dan kes buang bayi bukan melibatkan remaja je, orang tua pun ada, cuma mereka ni lebih pandai.
Satu je la yang aku kesal bila bab-bab melibatkan undang-undang Islam, ramai yang campur tangan sehinggakan hukuman yang sepatutnya dikenakan boleh dilonggarkan atas nama manusia. Siapa yang lebih berkuasa sebenarnya? Allah atau kita? Dan dek kerana ini, masalah sosial tiada penghujungnya bila remaja memandang enteng hukuman yang bakal dikenakan.
Mudah-mudahan di bulan yang mulia ini, ramai yang menerima hidayah daripada-Nya untuk berubah, amin...
4 comments:
isu ni memang rumit..
nak mengajar nilai2 kemanusiaan pada orang-orang yang tak berperikemanusiaan(orang yang buang bayi) bukan 1 benda yang mudah dan kadang2 xberbaloi...
aku sebagai perempuan hanya mampu berdoa tak buat kesilapan mcm tu..
aku harap perempuan2 kat luar sane tu tolongla bear in mind..
"kalau dah murah hati sgt nak bagi sesuatu sebagai bukti cinta pada kekasih hati tu..bagi la benda lain..duit ke..kete ke..jangan la bagi 'benda' yang xsepatutnya sampai jadi kes2 buang bayi mcm ni.."
aku pun sokong
at least bila dah buat macam nih remaja fikir banyak kali nak buat seks sebelum kahwin
jadi leh kurangkan kes2 macam nih
P/S : Header Baru H.P.B Blog
ada dua golongan yang aku nampak, satu pemikiran Islamik yakni mahu banteras sampai ke akar umbi iaitu 'No sex b4 marriage, the birth is the results of playing adultery.'.
Satu pihak lagi, banyak pengaruh barat. 'Learn from the mistakes itself'. Golongan seperti ini memperjuangkan hak-hak asasi manusia tanpa sedar mereka sebenarnya menggalakkan seks sebelum kahwen cuma with proper protection such as condoms, pils and so on.
Yang dirisaukan adalah muda-mudi Islam, sebab kita mencegah sebelum mengubati, bukan repair bila rosak. Wallahualam...
stju ngan cha cha...
;)
Post a Comment