Followers

Tuesday, August 3, 2010

Bila rasaku ini rasamu


Tiga tahun dah berlalu, semuanya kini hanya seperti satu detik ke alam kematian. Kata-katanya itu membuatkan nafasku sesak, seperti orang sakit jantung yang tidak keruan degupannya. Memaksa suasana sekeliling bertukar rupa dari hari yang ceria kepada hari yang diselubungi kegelapan dan kedukaan.

"Kenapa?" aku hanya mampu bertanya itu sahaja setelah mendengar kata putus darinya.
"Saya rasa biarlah kita masing-masing berfikir dan berehat dahulu. Mungkin dalam tempoh perpisahan kita ni kita dapat belajar sesuatu, yang dapat mematangkan diri kita" jawapnya.
"Tapi perlukah? Setelah 3 tahun kita bersama, kenapa perlu adanya sekarang?" aku masih mahu mencuba nasib.
"Kita berpisah sementara je awak, untuk mencari diri, menggapai cita-cita dan mematangkan diri" balasnya lagi.
"Em...oklah kalau itu yang awak mahukan...saya tak dapat buat apa-apa" ku tahan perasaan sedih.
"Saya sayangkan awak selalu...".
"Em..." aku makin blur.

Beberapa bulan sudah berlalu. Kami jarang berkomunikasi. Aku tak mahu kacau rutin hariannya yang sibuk dengan kerja. Itu prinsip hidupku, kerja adalah kerja tidak boleh dicampuri dengan urusan peribadi melainkan penting. Ada juga aku cuba SMS nya ketika malam, namun jarang dapat balasan. Aku hanya diamkan saja, mungkin dia penat bekerja.

Suatu malam, ketika aku tengah online, dia menghantar mesej melalui YM. 
"Hai awak, buat apa?"
"Takde buat apa, update blog, tulis cerpen macam biasa" balasku.
"Ooo baguslah awak minat menulis, ada juga mengisi kelapangan waktu" dia membalas.
"Tulis memang best, tapi tak guna juga kalau takde orang baca, seolah-olah tulis syok sendiri".
"Saya selalu baca blog awak...".
"Ye ke? Tak nampak pun awak komen tentang cerpen saya" aku bertanya.
"Saya...tak sampai hati nak komen..."
"Kenapa tak sampai hati? Dari dulu sampai sekarang, awak jarang sangat nak komen hasil penulisan saya. Kadang-kadang saya fikir kenapa eh dia ni? Blog orang lain dia punya rajin komen, tapi blog saya awak tak pernah nak komen pun" sedikit nada kekesalan di situ.
"Takpelah, awak bz, saya tidur dulu, dah penat esok nak kerja, bye".

Dan pada satu malam, ketika YM menghubungkan kami.
"Awak sayangkan saya?" dia memulakan bicara.
"Eh kenapa tanya tiba-tiba macam tu?"
"Takde pape...awak...kita macam dulu semula nak?"
"Macam dulu?" aku keliru dengan ayatnya.
"Bersama semula macam dulu" katanya.
"Kenapa? Bukankah dulu awak yang meminta perpisahan ini?" sindirku.
"Em takpelah, ok bye".

Selang beberapa malam kemudia, dia menghantar mesej kepadaku lagi, cuma kali ini dengan cerita dia berkawan dengan lelaki di tempat kerjanya. Dia kata lelaki tersebut baik dan bla bla bla bla, aku malas nak ambil kisah sangat. Untuk apa ceritakan padaku? Sekadar untuk menyakitkan hati? Aku hanya melayan acuh tak acuh, bosan dengan sikap berkawannya yang tak pernah nak habis.

Tapi lain ceritanya selepas sebulan, dia menghantar mesej kepadaku dengan nada yang agak berlainan pula.
"Awak still sayangkan saya?" masih lagi dengan ayat yang sama.
"Kenapanya?" aku ingin menduga. Diam...
"Awak...kita macam dulu semula nak?" dia bertanya lagi.
"Kenapanya? Dulu awak dah tanya soalan yang sama".
"Saya perlukan awak..."

Malam berikutnya, sebuah panggilan diterima di handphoneku.
Kedengaran dia menangis teresak-esak, aku jadi cuak! Aish kenapa lak ni? Parents dia sakit ke? Ke, ada problem besar?
"Awak... dia tengking saya..." dia masih tersedu sedan menangis. Aku tengah blur, 'dia tengking? dia siapa?'.
"Dia marah saya... dia kata kenapa layan lelaki lain selain dia". Kali ni aku dapat tangkap siapa dia, mesti lelaki yang dia berkawan dulu yang dia cakap baik tu. Aku dah agak dah benda ni akan terjadi, tapi sebab dia nak berkawan juga, aku tak halang sebab status aku hanya sebagai kawan saje.
"Dia kata saya perempuan teruk, dia tengking saya dalam kereta". Aku hanya mendengar, separuh hati aku kasihankan dia, tapi separuh hati lagi mengatakan padan muka, aku dah pesan dah dulu, lelaki nak berkawan tak semuanya jujur, time nak berkawan semua nampak baik.
"Dah la, jangan nangis lagi. Dia memang tak patut pun buat awak macam tu. Saya pun tak pernah tengking awak time awak berkawan dengan lelaki lain. Tu saya sebagai boyfriend awak dulu, dia siapa?". Panas gak hati dengan mamat bedebah ni, kalau ikut hati aku nak je patahkan gigi dia tu biar tak jadi playboy dah.
"Takpelah, saya ada. Selagi saya ada, saya akan jaga awak, lindungi awak sebab saya sayangkan awak" aku cuba memujuk.
"Betul ke?".
"Iye, saya akan sentiasa temankan awak" pujukku lagi.

Kalau anda merasakan aku adalah insan yang bertuah, anda silap. Beberapa minggu selepas kejadian itu, aku cuba untuk menjadi diriku seperti dulu, senantiasa rajin menghantarkan SMS bertanyakan khabar dirinya walaupun jarang dapat balasan, namun aku fahami keadaannya. Namun apabila selepas satu kes yang membuatkan aku tertanya-tanya akhirnya aku mendapat khabar berita yang kurang menyenangkan.

"Eh kita bukan dah together balik ke?" aku bertanya kekeliruan.
"Tak, manada. Saya ingatkan awak saja je". Bait kata-katanya itu sungguh menghiris perasaan aku ketika itu.
"Em takpelah kalau camtu, yang ni lupa kan jela, saya halalkan je. Penat-penat je saya cuba hidupkan perasaan, tapi hanya bertepuk sebelah tangan" aku meluahkan ketidakpuasan hatiku.

Sebulan berlalu, statusnya di laman sesawang Facebook telah bertukar ganti. Pada mulanya aku beranggapan dia hanya main-main. Tapi lama kelamaan apabila munculnya ayat-ayat dari kawan-kawan yang mengucapkan tahniah atas perhubungan yang baru, aku jadi curiga dan aku mula bertanyakan kepadanya.

Pada mulanya dia menidakkan dan hanya berdiam diri. Namun setelah aku agak mengamuk dengan caranya yang sebegitu rupa, dia pun memberikan penjelasan. Apa yang aku dapati, dia dah mula rapat dengan lelaki tu  saat aku mula nak sayang dia balik. Dia sikit pun tak beritahu apa-apa. Pelikkan? Time dia berkawan dengan lelaki di tempat kerjanya dulu, boleh pula beritahu aku, tapi yang ni senyap je. Tahu-tahu dah kapel? Dah la time aku cuba hidupkan balik perasaan tu. Terasa sangat dikhianati walaupun kami tak declare apa-apa.

Katanya mudah, dia sayangkan aku tetap hatinya telah dicuri jejaka keparat ni. What the FUCK?! Bagaimana dalam dunia ni kita boleh sayang dan cintakan orang dalam waktu yang sama untuk status yang satu iaitu kekasih? Segala-gala baginya adalah takdir, takdir yang membuatkan dia terjatuh cinta, takdir yang menyuruh aku menerima ini denga hati terbuka, takdir yang menyuruh aku jadi matang.

Adalah beberapa hari aku menangis sedih yang teramat sangat. Tambah pula time ni setan banyak mendorong untuk membuat dendam kesumat. Memang dendam habis-habisan. Masakan tidak, dia boleh gembira keluar dating dengan boyfriend baru, sedangkan aku terperuk di dalam bilik menangis dan bersedih seorang diri. Adilkah itu?

Namun time ni aku rasakan ramai kawan-kawan yang sudi membantu untuk memberikan kata-kata semangat untuk aku terus berdiri tanpanya. Dan paling penting, aku cuba hapuskan segala dendam yang aku ada padanya, biarlah, andai ini jalan yang dia pilih, aku redha. Aku pilih satu hari di mana aku luahkan segalanya tentang isi hati aku padanya supaya dia tahu cinta aku bukan mainan perasaan. Tatkala dia bebas untuk berkawan dengan sesiapa sepanjang tempoh kami 'berpisah sementara', aku memilih untuk tidak. Sebab aku khuatir jika di dalam tempoh ini aku akan cenderung untuk rapat dengan seseorang lantas jatuh cinta, akan apakah ertinya perpisahan ini? Tatkala dia mula rapat dengan lelaki, aku pilih untuk keluar sendirian ke mana saja, makan? tengok wayang? berjalan-jalan? Dan tatkala dia punyai teman untuk berkongsi masalah dan cerita, aku hanya punya blog yang ku tatapi dengan titisan air mata berhari-hari mengenangkan sakitnya hati tiada yang mahu memahami.

Dan tatkala dia sibuk keluar dengan teman-teman kerja, aku di sini masih menantikan janji-janjinya yang mahu keluar bersama dan bersenam bersama ti kala tempoh kami bergelar 'sahabat' dan bukan kekasih.

Allah itu Maha Berkuasa, bukan aku doakan begitu, bukan aku yang menyebabkannya jadi begitu, tapi tahu-tahu saja ianya telah terjadi. Bukan aku nak gembira bila dengar dia sudah berpisah, tapi aku sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan sikapnya yang masih hendak tunjuk lagak 'im cool, WTH I dun care' kerana nampak baginya cinta itu main-main. Aku yang mengeluarkan air mata sekali lagi apabila tahu dia ditinggalkan, kenapa? Sedangkan aku redha pemergian dirinya disusuli dengan sebuah doa, andainya dia pilihamu, aku anggap dia adalah lebih baik dariku, tapi nampaknya bukan begitu.

Dan di kala ini, ayat yang sama masih lagi keluar dari mulutnya
"Awak masih sayangkan saya?"
"Biarlah ianya rahsia, luka di hati ini masih belum sembuh pun lagi" balasku.

No comments: