Followers

Showing posts with label Kasih si anak emak. Show all posts
Showing posts with label Kasih si anak emak. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Kasih si anak emak III

Sedar tidak sedar bulan ramadhan kian menjelang, ramai siswa/siswi kini sedang menikmati makan siang mereka kerana selepas ini sebulan mereka akan berpuasa. Suasana sudah bertukar rupa, kain rentang menunjukkan iklan sewa tapak untuk bazaar ramadhan semakin rancak. Bau ramadhan juga semakin dekat. Di surau-surau dan masjid banyak mengadakan ceramah perihal manfaat bulan Ramadhan.

Setelah hampir 2 minggu berpuasa, Feez dan Lyena kini turut sama-sama menunaikan ibadah ini. Namun pada hari ini terdapat kelas malam, maka mereka terpaksa memendekkan waktu berbuka dan terus bersolat dan ke kelas semula.

Dengan hanya berbuka dengan lauk yang simple sahaja, mereka bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat menikmati makanan yang enak tanpa masalah seperti peperangan, kedaifan dan lain-lain. Dan mereka berbuka bersama 2 orang lagi teman sekuliah.


"Jom kita solat di PI (Pusat Islam) sajalah" seorang teman bernama Zali mencadangkan pendapat. "Bagus juga, kelas start lambat lagi kan?" Feez menambah. Dan oleh kerana masing-masing telah bersetuju, maka mereka pun pergi ke PI dengan kereta Zali.

"Awak, tolong pegangkan handphone saya boleh tak?" Lyena menghulurkan handphone nya kepada Feez. "Awak pegang je la, awak takde poket ke?" Feez bertanya kembali. "Seluan jeans..." kata Lyena sambil menunjukkan seluar jeans yang agak ketat di poket. Malas ingin bergaduh, Feez mengambil handphone dari tangan Lyena.

Sesudah solat maghrib, Feez memeriksa handphone nya takut-takut ada msg atau call. Tiba-tiba terdetik di hatinya untuk melihat isi kandungan handphone milik kekasihnya itu. Lalu dia lihat pada inbox, kebanyakan msg adalah dari dia sendiri. Dia beralih kepada 'Msg send'. Sedang dia meneliti bait-bait ayat itu, sekali dia terpandang nama penerima yang agak familiar di fikirannya. "Takkanlah..." getus Feez.

Lantas dia pun membuka satu persatu msg-msg yang telah dihantar oleh kekasihnya itu kepada seorang lelaki yang juga adalah bekas kekasihnya dulu. Dalam kesamaran lampu jalan itu, Feez menahan sabar walaupun tika itu sedang berbual bersama Zali.

Sesampai kekasihnya, dia lantas memberikan semula handphone itu tanpa apa-apa bicara. Setibanya di kelas, Feez terus keluar dari kereta dan tidak menunggu kekasihnya untuk menahan segala amarah yang kini ingin meletus keluar. Tersedar yang Feez telah membaca msgnya, Lyena lantas terus mengejar sambil memanggil nama Feez.

"Feez, tunggu dulu...Feez jangan macam ni, please..." rayu Lyena. Feez tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Lyena, malah meneruskan langkah kakinya yang terasa berat dan longlai menaiki tangga.

"Awak kata, awak dah takde apa-apa dengan dia. Tapi apa ni? Rindu? Hensem? Apa ni? Nak gambar? Awak nak bagi gambar dekat dia?" ujar Feez sambil menahan marah yang amat sangat. "Tapi kami kawan je..." rayu Lyena sambil menangis. "Kawan? Kawan apa macam tu? Kalau awak single, nak tulis macam tu saya tak akan pernah peduli pun. Habis saya ni sebagai apa? Tunggul?" marah Feez tidak tertahan lagi, lantas dia turut sama berjuraian air mata sedih dengan sikap kekasihnya itu yang diibaratkan menjejaki langkah-langkah kecurangan.

"Dulu masa saya tak bagi awak kawan dah dengan dia, awak marah saya balik. Awak kata saya ni kuat cemburu. Ok fine, saya mengalah dan saya cuba adapt benda tu, saya bertolak ansur sebab lepas tu pun awak still msg dengan dia lagi, saya tahu, tapi saya tak marah. Tapi bila awak cuba membunuh kepercayaan saya dengan ayat-ayat awak tu, buat saya cukup sedih" luah Feez sepenuh hati. "Dulu awak kata dialah punca segalanya, tapi awak still nak sayangkan dia? Walaupun awak bersama dengan saya?" luah Feez lagi.

Konflik drama ini berhenti di situ saja kerana lecturer memanggil mereka masuk kerana kelas akan bermula sejurus selepas itu.

Dia menyangkakan bahawa panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Pada satu hari yang sangat mendung suasananya, pergaduhan antara mereka berdua tidak dapat dibendung lagi. Puncanya? Benda yang sama seperti dulu, Feez menasihati Lyena supaya tidak melayan sangat lelaki-lelaki lain yang bukan kawan rapat. Sekadar ingin bertanya khabar ok la tetapi apabila tugasan Feez sebagai seorang BF telah diambil alih orang lain dan kekasihnya pun melayan, Feez naik angin.

"Bukan saya tak bagi awak berkawan dengan lelaki, tapi awak kena faham apa yang lelaki lihat awak. Takkan terus tengok dah nak berkawan? Saya risaukan awak sebab tu saya bising-bising, banyak membebel taknak awak yang susah nanti. Lagipun saya ni BF awak, kalo saya nasihat pun awak nak melenting, habis siapa yang layak tegur awak?" suara Feez makin meninggi.

"Awak ni suka lah kan meninggikan suara, suka lah kan supaya semua orang dengar? Benci! Saya benci awak!" Lyena mengangkat kaki dan terus kembali ke biliknya membiarkan Feez terkulat-kulat seorang diri.

Satu SMS diterima Feez berbunyi "Pergilah balik, saya takkan jumpa awak dah lepas ni". Feez hanya diam membelek-belek handphone miliknya itu dan membalas pendek "Saya takkan balik, kita settlekan terus benda ni hari ni juga". Hati Feez sayu, kerana bila cakap elok-elok, kekasihnya meninggikan suara. Bila dia meninggikan suara, dia pula dituduh suka marah-marah. Habis bagaimana mahu berbincang?

15 minit berlalu dan akhirnya Lyena turun kembali bersama muka kelatnya. "Hah cepatlah, nak bincang apa lagi?" jerkah Lyena.

"Lyena, awak kena faham kenapa saya tak bagi awak rapat dengan lelaki lain. Bukan saya tak bagi awak kawan dengan lelaki. Kalau saya tak bagi, saya dah deletekan semua nama-nama lelaki dalam handphone awak. Tapi saya tak berbuat demikian kan?" Feez cuba untuk bercakap sehabis baik.

"Tapi bukan saya yang msg diorang pun" Lyena membalas dengan muka mencuka. "Yelah, tapi awak rajin melayan, kalau tidak masakan diorang boleh lagi rajin nak SMS awak walau sekadar nak tanya dah makan? dah mandi? Tiap-tiap malam SMS awak, awak layan. Tapi bila saya SMS awak, awak kata awak nak stadi, awak nak spent time dengan kawan-kawan awak. So?" kata Feez semula.

"Awak tu memang kuat cemburu!" cebik Lyena. "Awak, kalau saya kuat cemburu, saya takkan bagi awak berkawan dengan mana-mana lelaki pun hatta ex awak tu" balas Feez yang sedikit geram. "Saya kawan je la dengan dia, msg hari tu pun kawan biasa je" luah Lyena selamba.

"Kawan apa macamtu? Awak masih nak deny msg hari tu? Kalau awak bagi dekat mana-mana lelaki pun diorang mesti marah punya la" tersinggung akan kata-kata Lyena yang ambil mudah kes hari itu.

"Ala, awak memang nak menang semua benda, so benda-benda cani awak akan perbesarkan la, saya rimas la" kata Lyena lagi. "Apa yang saya nak perbesarkan? Semua benda awak anggap remeh, hal hari itu pun awak anggap remeh, siapa saya ni di mata awak?" Feez sedikit tercabar.

"Yela, remeh la padahal benda ni takde masalah pun bagi saya. Awak yang terlebih react, bukannya saya ni playgirl ke apa ke" kata Lyena selamba. "Tapi saya tak buat pun benda yang sama awak buat, adil ke macamni?" pinta Feez.

"Bosan la dengan awak ni, balik-balik dengan masalah yang sama, kalau awak rasa saya ni jahat sangat, nah ambil balik cincin awak ni!" kata Lyena lantas membaling cincin tanda ikatan mereka berdua ke muka Feez dan terus berlalu pergi.

Seperti mau luruh jantung Feez melihat sikap kekasihnya seperti itu...

to be continued...

Thursday, April 22, 2010

Kasih si anak emak II

*sorry lupa nak letak to be continue dekat part I

"Awak ni call la saya, asyik SMS je" rungut si Lyena. "Bukan saya taknak, tapi kredit saya tinggal seringgit je ni, mana cukup nak call awak" Feez menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Top up la" balas Lyena ringkas. "Awak dah 2 hari tak call saya tau, awak tak rindukan saya eh? Ke awak dah ada makwe lain?". 

"Takdela, saya ada awak je pun. Nantilah saya top up, sementara tu SMS je la dulu ok?" sambil mengeluh Feez membalas.

"Ok, tapi cepatlah sikit ye" suara manis itu masih berbunyi.

"Mak, nak mintak top up boleh?" Feez berat mulut ingin meminta. "Aik, bukan baru 2 minggu sudah mak top up kan RM100?" balas si ibunya. "Em dah nak habis..." kata Feez sambil memandang lantai.

"Hai cepat betul habisnya, nak bermakwe pun janganlah membazir sangat kredit telefon tu" tegur sang ibu sambil menghulurkan dua keping duit kertas RM50 dan memberikan kepada Feez. "Terima kasih mak..." Feez masih tidak berani memandang mata ibunya.

Malam itu, Feez menghantar SMS kepada kekasihnya untuk mengatakan yang dia sudah top up kredit telefon. Selang 15 minit kemudian dia menerima sebuah SMS dari kekasihnya tetapi bunyi mesejnya lain dari yang diharapkan.

"Awak ni nakal la, suka-suka je kata saya ni cantik, tapi saya memang cute pun". Hairan dengan mesej kekasihnya itu, lantas dia menghantar satu lagi SMS menanyakan SMS siapa tu.

"Saya silap hantar, nak hantar dekat kawan saya" balas Lyena dengan nada ceria. "Kawan lelaki ke perempuan?" Feez tidak senang duduk. "Eh awak dah top up? Call la saya" balas Lyena seolah-olah tidak mendengar soalan kekasihnya itu. "Saya tanya, kawan lelaki ke perempuan?"Feez menghantar SMS kepada kekasihnya itu. Senyap tanpa balasan selama 10 minit.

Feez mengambil keputusan untuk menelefon Lyena, namun sesudah 3-4 kali call baru dijawap panggilannya. "Awak pergi mana? Saya hantar SMS awak tak balas? Saya call awak tak angkat?" nada Feez sedikit naik.

"Saya tengah surf internet" jawapnya pendek. "SMS tadi tu awak hantar pada kawan lelaki ke perempuan?" tanya Feez. "Kawanlah, yang awak tanya kenapa?". "Yelah, kawan tu lelaki ke perempuan?" balas Feez tidak puas hati. "Lelaki ke perempuan ke kenapa? Salah ke kalau saya nak berkawan?" Lyena mula meninggikan suaranya.

"Salah tu tidak tapi mesej awak tu kalau boyfriend lain tengok pun diorang akan tanya benda yang sama, faham?!" Feez membalas. "Saya kawan je la dengan dia, kami takde apa-apa pun, awak janganlah nak jealous sangat, bosan la saya dengan sikap awak ni!" Tuttt!!!...  Lyena mematikan panggilan. 

Seperti mahu menjerit dan dihempasnya handphone itu, Feez cuba bersabar. Walaupun dia sangat pantang dengan orang yang suka mematikan panggilan secara tiba-tiba, tapi demi kekasih dia perlu bersabar. Namun ini bukan kali yang pertama baginya. Dahulu begitu juga, dia ditinggalkan begitu sahaja di talian ibarat orang bodoh, lantas dia menelefon balik kekasihnya itu dan bergaduh besarlah mereka sampai Feez meninggikan suara memberi peringatan tolong respek dirinya. Kerana Feez beranggapan ianya tidak adil kerana dia tidak pernah pun berbuat demikian walaupun marahkan kekasihnya itu. Tetapi ianya tidak berhenti di situ, kerana kekasihnya makin menjadi-jadi bahkan menuduh dirinya panas baran dan suka meninggikan suara.

Bermula dari situ, dia cuba untuk mengawal marahnya dan tidak meninggikan suara untuk mengelakkan sebarang pergaduhan yang lebih panjang dan teruk. Tapi kadang-kadang terlepas jua, yelah nama pun manusia, sabar mana pun pasti ada hadnya.

Kini sudah beberapa hari handphone Feez sunyi sepi dari sebarang SMS mahupun call dari kekasihnya itu. Dia pun hanya menunggu dan menunggu adakah kekasihnya itu akan menghubunginya semula? Tiba-tiba dia mendapat satu SMS dari kekasihnya.

"Awk xnak pujuk sy ke? Awk dah xsygkn sy lg ye?". "Ai, dia yang hang up telefon, aku pula yang kena pujuk?" getus hati Feez. "Ok, im sorry k syg?" balas Feez. Tutt tutt... "Mcm x ikhlas je" SMS dari Lyena. "X la, ikhlas la 2" balas Feez semula, namun jauh di sudut hatinya terasa hambar. "Dah la 2 merajuknya k?" Feez membalas lagi. 10 minit kemudian...

"Call me..." SMS terakhir Feez terima malam itu. Dan dia terpaksa akur untuk menelefon semula kekasihnya dan mereka berbual sejam lebih sehingga panas telinga. Perasaan tidak puas hati Feez tempoh hari berkubur begitu saja. Feez menekan *124# di handphonenya dan tertera 

Baki 013*******: RM 70. 25, sah sehingga 12/12/2008

Cuti semester hampir tamat, dan kini semua mahawasisa/siswi bersiap sedia untuk pulang semula ke kehidupan sebagai seorang penuntut universiti.

Feez mendapat panggilan daripada kekasihnya yang meminta pertolongan dia untuk mengambilnya di airport. "Tolongla ye awak? Plzzzz~~!!" kata Lyena. "Awak tak boleh naik cab or limo airport je ke?" Feez cuba untuk menolak secara baik. "Emm takpelah, saya naik cab sorang-sorang je, awak tak perlu nak risaukan pasal saya lepas ni. Ok bye" panggilan diletakkan. "Janglah mac... hello? hello? Arghhhh damn!!!" Feez tersentak lagi.

Selepas setengah jam berlalu, Lyena mendapat satu SMS dari Feez "Ok, sy jemput awak". Dengan wajah ceria Lyena lantas membalas "Thanx syg, beli bunga tau =)" dan SMS dihantar ke hp Feez.

"Aduh kopak aku, kena pinjam kereta mak lagi, duit tol lagi, makan, bunga lak..." getus Feez seorang diri. Malam itu sekali lagi dia terbeban dengan memikirkan apa alasan yang perlu diberi kepada ibunya untuk meminjam kereta dan meminta sedikit wang sebagai belanja nanti. Seorang insan yang lena diulit mimpi dan seorang lagi yang resah dan gelisah memikirkan perihal love lifenya yang kian rumit.

to be continue...

Wednesday, April 21, 2010

Kasih si anak emak

"Mak...kalau tak keberatan, saya nak pinjam kereta boleh? Nak ambil barang sikit di rumah sewa" berat mulut Feez ingin berkata. "Oh boleh je, guna la tapi bawa kereta elok-elok" balas sang ibu dengan wajah yang ceria. "Mak kerja apa esok?" tanya Fareez kepada ibunya.

"Mak kerja malam tapi takpelah, mak boleh pergi kerja naik teksi" balas ibunya lagi. Terkedu mendengar jawapan ibunya, Feez serba salah. Diluah mati mak, ditelan mati bapa. Kekasihnya meminta supaya menghantarnya ke airport keesokan harinya. Tapi Feez jadi berat hati bila mengenangkan yang ibunya terpaksa menaiki teksi untuk pergi kerja. 

Malam itu seperti satu batu yang menghimpit dadanya. Situasi yang cukup membelenggukan dirinya apabila memikirkan perihal kereta itu.

Keesokan paginya, sebelum bertolak, ibu Fareez bertanyakan kepada dia "Bawa kereta elok-elok, duit ada?". Sekali lagi Feez berat hati nak menjawap tapi dia memang kekeringan. "Ni mak bagi RM100, jangan membazir pula. Minyak mak dah isi full tank tu" balas ibunya sambil menghulurkan dua keping not RM50 kepada Feez. Bertambah sayu Feez untuk menerima duit pemberian ibunya itu tetapi dia pun terpaksa.

Sesampainya di kolej, kekasihnya bersungut "kenapa lambat? Tau tak dah lama tunggu ni. Mana sempat nak pergi jalan-jalan dan shopping macam ni". 

"Yelah, takkan la saya nak blah awal-awal, sian la dekat mak saya masak breakfast, tak makan kecik hati orang tua tu. Awak tak boleh bersabar sedikit?" kesal Feez akan sikap kekasihnya itu.

Lyena memuncungkan diri dan seolah-olah tidak peduli akan penerangan Feez, makin Feez berkata makin dia membuat perangai. Feez hanya menggeleng-gelengkan kepalanya pening dengan sikap kekasihnya yang telah dikenali lebih dari 2 tahun itu.

Sampainya di pusat membeli belah, Lyena hanya diam dan berjalan menonong sahaja keluar dari kereta tanpa sedikit pun menunggu Feez. Bukan baru sekali tapi dah acap kali diberitahu kepadanya, tolong jangan tinggalkan dia begitu sahaja, perbuatan itu seperti biadap namun tidak pernah diendahkan kekasihnya.

Last-last Feez terpaksa mengalah setelah banyak bersabar "Ok look, Im sorry ok, but please jangan buat macam ni boleh tak?". 

"Baru nak say sorry? Tadi tak cakap pun, asyik membebel je. Nak pujuk orang bagilah bunga" Lyena berkata tapi tidak memandang Feez. "Ok, Ok I'll buy you a flower" balas Feez. "A flower? A rosette would do!".

"Ok, fine" keluh Feez. Lantas dia pergi ke kedai bunga untuk mencari sejambak bunga. "Berapa harga ni miss?" tanya Feez. "RM45 je encik". Hampir nak pengsan tengok harga bunga 4-5 kuntum dengan wrapping semahal itu. Dibelek-belek walletnya, hanya ada RM110 sahaja. Puas dicongak-congak matematik mudah, akhirnya dia akur untuk mengeluaran note RM50 untuk membeli 'sorry' yang akhirnya layu dan dibuang ke tong sampah jua.

"For you my princess, are you happy now?" sindir Feez. "Macam ni la baru la orang sayang, tak merajuk dah" balas kekasihnya itu.

"Jom makan, saya lapar la" kata Lyena sambil menarik tangan Feez.

"Awak nak makan apa?" tanya Feez sambil tersenyum. "Kita makan pizza hut nak?" Lyena membalas senyuman Feez. "Pizza hut? Erkk..." Feez agak risau kerana duitnya tidaklah berapa sangat. "Jomla, kita kongsi duit ok?" Lyena terus menarik tangan Feez tanpa sempat dia membalas.

"Ish awak order macam-macam ni, habis ke? Nanti saya juga yang kena habiskan" ujar Feez. "Sebab tu la gunanya ada BF macam awak, saya tak habis, awak boleh habiskan kan sayang" kata Lyena sambil mencubit lengan Feez. "Pandailah awak, awak makin slim, saya juga makin berisi" Feez mencubit geram hidung mancung Lyena. "Saya memang pandai pun hehe" balas Lyena sambil memeluk erat lengan Feez.

"Saya dah cakap dah tadi kan, tak habis punya. Awak mana makan banyak pun. Saya juga jadi mangsa kena habiskan" rungut Feez. "Ala, awak makankan untuk saya hehe" balas Lyena. Selepas membayar, mereka berdua bertolak ke airport.

"Bye awak, jumpa lagi next sem. Jangan nakal-nakal tau saya takde ni. Saya dapat tau nahas awak!" kata Lyena. "Saya manalah nak nakal, risau awak je. Awakkan banyak sangat kawan lelaki. Tiap-tiap hari ada je lelaki sms awak dan awak pun rajin melayan" nada Feez sedikit tersinggung.

"Awak, mereka tu kawan je ok?" jawap Lyena. "Haah, kawan je, nak take over tugas saya la eh hantar sms tiap-tiap hari tiap-tiap masa, Hi buat apa? Hi dah makan ke? Hi dah mandi ke? Saya pun takdelah nak SMS awak macam tu sekali, saya pun bagi awak ruang dan masa untuk awak buat benda lain" terang Feez. "Kawan je, awak ni. Don't worry ok?" balas Lyena.

Dan dua insan ini terpisah oleh pintu gerbang pelepasan yang membawa diri masing-masing bersama perasaan yang bercampur baur. Terutamanya Feez, dia kini membelek walletnya yang hanya tinggal RM5. Terfikir di fikirannya, "Cukup ke duit ni aku nak bayar tol nanti?"