Followers

Thursday, August 19, 2010

Rindu tak bersebab

"I miss you...".
Sampai sekarang ianya masih menjadi tanda tanya dan tiada sebarang jawapan yang bisa melancarkan sebuah roket ke bulan. Kenapa? Salah ke aku mengucapkannya?


"Saya tak tahu kenapa, tapi saya rindukan dia. Salahkah saya merindui dia? Adakah rindu itu perlu diiringi dengan sebab?" bibirku berhenti berbicara dan mengambil udara malam yang kian menyejuk.
"Kenapa awak rindukan dia?" Gina masih sibuk menghirup slurpee apple yang dibelinya tadi.
"Tengok, awak pun bertanyakan sebab..." aku gelengkan kepala.
"Yelah, sesuatu terjadi mesti bersebabkan?".
"Ye saya tahu, tapi tidak untuk kali ini. Tiada sebab kenapa saya merindukannya, saya hanya rindu, terkenang, itu saja" perlahan ku merenung bulan.
"Dia tak balas?". Aku gelengkan kepala.
"Tapi dia ada menulis sesuatu pada statusnya di Facebook, seperti semuanya tidak akan kembali seperti dulu. Saya tak pasti adakah ianya ditujukan kepada saya atau siapa...".
"Dan awak masih berharap dia balas?" Gina merenungku.
"Entahlah. Saya manusia yang sukakan jawapan, ya atau tidak terpulang saya tidak pernah ambil hati".
"So awak nak buat apa lepas ni?" kakinya dilipatkan ke atas kerusi, sejuk mungkin.
"Tunggu dan lihat je lah, itu je pun yang saya buat untuk tempoh dekat setahun ni" aku membalas.

Takdir aku untuk berjumpa dengan bekas rakan sekelasku ketika sama-sama belajar dulu di sebuah pusat membeli belah.
"Eh, Jid ko buat apa dekat sini?" aku menghulurkan tangan.
"Pet, makan. Haha beli barang la sengal! Takkan aku nak merompak lak. Eh ko sorang je ke? Ina mana?".
"Emm... kitorang dah berpisah...".
"Laaa... bila? Aku tak dengar cerita pun? Ko buat lawak ke?" Jid garu kepala.
"Time habis final tu, tengah cuti, mana orang nak tahu. Takkan la kitorang break nak beritahu satu dunia" balasku.
"Oh ye ke? Takdelah, dulu korang antara pasangan paling ideal dalam kampus. Sampai lecturer pun tahu korang couple. Aku pun naik jeles sebab time tu aku single. Camne boleh putus ni?".
"Masing-masing nak tumpukan hala tuju masing-masing".
"Eh, tapi hari tu aku ada dengar Ina baru breakup, korang rujuk balik pastu break balik ke?".
"Bukan, dengan orang lain. Dia couple dengan orang lain, tapi lepas tu break".
"Laa ye ke? Asal lak boleh break?" Jid masih lagi bertanya.
"Mamat tu rujuk balik dengan ex dia" aku berkata perlahan.
"Ooo ada can la ko nak tekel dia balik?" tersenyum lebar Jid.
"Ada, tapi aku tak nak...".
"Laa, kenapa pula. Kan bagus kalau korang together balik. Nanti buat reunion senang la nak huha dengan korang. Kalau masing-masing dah terasing ni, aku pun berbelah bahagi nak borak dengan korang".
Aku hanya tersenyum tawar. Together balik?

Bukan aku tak mahu together balik, kalau tanya sesiapa pun pasti ramai yang mahu. Tapi mengenangkan banyak perkara, takpelah aku berserah je, andai ada jodoh aku dan dia, pasti bertemu. Cuma kadang-kadang bila berjalan-jalan seorang diri, terasa sunyi tanpa teman, bila harianku tidak lagi seperti dulu sibuk dengan call, paling tidak SMS, bila tiada lagi insan yang nak ambil kesah hal harian aku, aku terasa inginkan seseorang menemani aku.

Tapi realiti seperti yang pernah diajar pensyarahku mengenai pentingnya untuk menyimpan tenaga di dalam dunia haiwan. Aku masih ingat intipati ilmu yang disampaikannya "In every animal's action have the needs to conserve energy so that every unit of energy is not wasteful'. Ianya boleh dipraktikkan juga di dalam dunia manusia. Tak faham?

Ambil contoh 'bercinta'. Bercinta perlukan daya usaha. Daya usaha itu adalah term dari segi tenaga nak approach, berkenalan, berkawan sampai lah terjadinya cinta itu sendiri. Cinta juga perlukan pelaburan dari segi masa dan wang ringgit yang juga kalau dilihat secara general adalah sumber tenaga yang perlu disumbangkan untuk mendapatkan cinta. Cuba bandingkan, kos yang diperlukan untuk rujuk dengan cari yang baru, mana lebih consuming? Rujuk lebih jimat kos sebab perasaan itu sudah ada, yang perlu adalah membuka pintu hati untuk menerima semula. Cuma tak semua perkara itu boleh dirujuk terutama apabila hati sudah tertutup atau masih terluka.

"Hi, buat pe?" satu SMS menjenguk skrin handphoneku.
"Xde wat pe, saje on9" balasku pendek.
"X keluar ke mane2?".
"Xde orang ajak, xde la kot...".
"Awk xnak ajak orang tu, mane la die nak tau" dia membalas.
"Sy bley je ajk, tp orang tu kan bz. Sy xnak la kaco die".
"Oh... em awk dah lunch?".
"Dah, lauk simple je, awk?" balasku.
"X lunch, diet".
"Diet? Masih berdiet?" tanyaku.
"Kena la, nak kurus" mesej terakhirnya sebelum masing-masing tiada idea untuk berbual perihal apa lagi.

Tertanya pula diriku, diet tak makan? Istilah yang salah untuk penggunaan diet. Diet dari segi pemahaman aku adalah mengawal kuantiti makanan dan memilih makanan yang betul-betul memberikan khasiat bukan tidak makan langsung. Itu bunuh diri namanya! Tapi bila teringatkan aku pernah menasihatinya dulu, dan kini aku hanya seorang sahabat, siapalah aku nak tegur caranya lagi. Biarlah, mungkin dengan cara itu dia lebih bahagia. Dan untuk apa nak kurus, kalau tak sihat? Untuk apa nak kurus semata-mata ingin menarik perhatian lelaki? Adakah kita ingin seseorang menyintai kita hanya time kurus? Time tengah lawa? Time tengah gagah?

Aku akhiri kisah ini dengan sebuah pertanyaan, kenapa kita perlu nampak cantik/lawa/hensem? Adakah untuk keyakinan diri semata-mata? Atau untuk menarik perhatian orang lain semata-mata? Atau untuk berbangga bila dipuji orang semata-mata? Perlukah kita ubah ciptaan Tuhan untuk nampak cantik? Wallahualam...

2 comments:

senandung semalam said...

kadang2 sesuatu bnde or perasaan tu xperlu ade sebab...
;)

Shukjessa said...

sebab? haha