Dalam posting kali ni aku nak share sikit la cara aku edit time malas since aku guna Photoscape. Ni pun sebab aku baru tahu guna print screen hahaha (nampak gila teruk). Well cara aku ni newbie je, bukan pro sebab orang pro akan guna photoshop. Apa yang aku tunjukkan dekat sini adalah cara biasa yang aku gunakan untuk edit sebarang jenis gambar. Biasanya style aku adalah jenis vibrant, sharp dan detail, ada juga jenis bloom untuk effect moody.
1. Buka Photoscape, dan buka folder file yang korang nak edit. Oh ya, buat yang tak tahu atau tak perasan, Photoscape ni support RAW files yang korang boleh edit dan convert kemudian kepada JPEG atau format lain.
2. Antara yang aku suka guna adalah Contrast Enhancement. Dekat sini korang boleh pilih low, middle atau high. Lebih high lebih kontra (gambar lebih detail).
3. Yang lain aku suka guna adalah Deepen. Tools ni untuk menaikkan mood (gelapkan shadow atau bahagian yang ada unsur-unsur gelap serta menaikkan sedikit warna).
4. Sharpen untuk gambar yang lebih detail. Aku pernah terbaca dalam satu magz mengatakan, jangan sangka gambar kita adalah sharp, so kena sharpkan time editing.
5. Ok yang ni adalah optional. Masih ingat Deepen yang aku suka guna tu? Jika gambar tu korang rasakan underexpossed (gelap) boleh la guna Backlight ni. Sila perhatikan yang atas dengan yang bawah tu functionnya berbeza walaupun nampak sama. Jangan terlalu banyak, nanti gambar nampak pelik.
6. Yang ni untuk lebih feel dan dramatik, korang boleh gunakan Bloom. Aku suka gunakan Deep mode sebab lebih nampak mood dengan warna yang lebih strong. Nak guna tekan dekat perkataan bloom bukan dekat scroll down tu.
7. Yang ni satu lagi benda penting. Watermark. Ini bukan watermark yang betul tapi ala-ala menunjukkan gambar yang korang ambil tu hak korang supaya takde la orang nak cilok sesuka hati je. Later kalau naik court pun at least gambar korang tu ade bukti soheh.
8. Beza antara gambar yang dah siap diedit (atas) dengan yang original (bawah). Mungkin ada yang kata gambar ori dah lawa, tapi pada aku gambar tu kelihatan sedikit dull sebab colournya. Apa-apa pun terpulang pada masing-masing sebab apa yang korang hasilkan adalah karya korang. Mungkin tidak sesuai dengan orang lain, tapi jika sedap di mata kita peduli apa la kan?
9. Ni satu lagi function yang selalu orang terlepas pandang. Film effect ni orang gunakan untuk buatkan tona warna menjadi pelbagai. Boleh try untuk mencari sesuatu yang luarbiasa.
Kalau korang sangka ni editing paling malas, nanti aku tunjuk editing guna Lightroom, lagi malas hahaha
11 comments:
hahahaha..
gua pun slalu edit gmbr kt photoscape gak...
sbb photoshop xda..hehe
hehe byk lagi editing software selain photoshop, cume utk editing yg hebat memerlukan paling tidak adobe elements, photoshop sudah tentu cuma leceh sedikit la sebab perlu bermain dengan brush dan layer. huhuhuhu main 3-4 layer pun pening dah
pehhh..menampakkn lagi lazat lah..aku mmg xreti bende2 ni tapo boleh la nk blaja bnde2 simple dlu kn
hehe yg ni simple je bro, mcm click and match je. tak ok, undo jer.
kalo gune lightroom dan ade presets lagi sonang. tungguuuu, nanti aku postkan editing guna lightroom bagi yg tak pernah guna.
ko sje je kan nk wat aku terliur..
hahahhahhaaa
haha terliur ke? actually tu gambar hantaran time kazen aku kawen awal bulan januari dulu.
haha dah name pun diskaberi trebel en libing, makanan adalah part dari living ape hehe
aku x de photoscape..x pernah guna..ada photoshop.tapi tu pun tau guna sikit2 je..mana yg best nak guna ya?
photoscape selalunya utk editing ringkas, mcm yg aku postkan tu, setakat nak naik warna, jadikan gambar ala2 HDR fake, nak tukar tona warna, nak letak gambar, nak letak tulisan yang ada outline, nak letak frame, nak gabungkan gambar dari banyak2 menjadi satu gambar besar.
photoshop adalah heavy editing yakni kita boleh create suatu gambar yang baru dari pelbagai jenis gambar. ini memerlukan layer yang banyak dan kecekapan dan pemahaman dalam fungsi blend dan brush.
kedua-dua bagi aku best guna, sbb kalo ko tanye aku software ape yang aku guna, aku ada banyak koleksi software dari photoscape, adobe elements, adobe lightroom, adobe photoshop 7, CS masih tak berjaye install dan kalo jumpe Darkroom pun aku nak try guna.
tapi editing ni ikut kepandaian dan mood. aku suka gune semua, since aku masih newbie dlm photoshop, so aku byk gune photoscape. Tp photoscape kadang2 hasilnya agak mengecewakan sebab dia takde layering dan brush mahupun tools utk kawal light dan warna sangat.
kalo rajin, bley guna photoshop. kalo malas sgt guna photoscape atau lightroom.
p.s: photoscape freeware je =)
Best lah bro nice pic edit nampak selera mudah jer guna photoscape aku pernah dgr tapi tak tahu mcm mane guna heheheheheh
Bro best lah nice editing pic tu nampak menyelerakan lah aku suka...
aku pernah dgr photoscape tapi tak pernah guna hehehehe..
hehe ble try guna, freeware ni, kalo malas edit bley guna benda alah ni. ok utk kebanyakan gambar kecuali gambar yang ade melibatkan awan dan sunlight direct, ade problem sikit dengan clarity
Post a Comment