Followers

Showing posts with label Diari seorang lelaki. Show all posts
Showing posts with label Diari seorang lelaki. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

Diari seorang lelaki IV


9hb Februari 2010,

Hari ni total blur nak masak apa untuk lunch tengahari. Projek satay ayam aku tak jalan-jalan lagi. Nak masak pun ayam tengah beku, boleh masak tapi tak sedap la sebab tak perap lama. So tunda, masak la ayam goreng dengan ikan goreng. Goreng gak ikan pekasam.

Selongkar almari mak jumpa la fucuk dengan suhun. Tengok banyak je mesti mak nak sambal sambal tempe. Tapi takpelah, memandangkan mak kerja pagi so aku nak masak gulai putih fucuk dengan suhun. Menu yang simple tapi best kalau makan dengan ikan pekasam atau budu.

Tapi tula sebab yakin sangat, nak masak gulai, santan keras macam batu duduk dalam freezer. Aku pun pikir-pikir ah masuk je la, kang cair gak. Dah ok cair, tapi air lak aku terbubuh banyak gila. Ni kes selalu masak sup la ni. Jadinya gulai tu cair gila dan tawar heber. Tambah malang lagi bila ikan pekasam yang aku goreng pun keras dan sangat masin. Aku prefer ikan pekasam yang kurang masin, masam dan isinya lembut seperti isi ikan talapia. So habis la menu tengahari, makan jela, udah rejeki.

Tadi, baru je aku siapkan perapan satay ayam. Lepas dah ikut resepi, rasa-rasa ala-ala satay, maka bermulalah perapan ayam sehingga esok pagi, lama tu mesti best!

Petang tadi, nak bersenam. Teringat lak headphone aku dah tak betul. Ingat nak guna phone je jadikan walkman, bateri low lak. So teringat radio, guna radio lama. Masuk kaset....................... aku kuatkan volume ............................... kaset ke radio ni rosak. Tak jadi, pergi ambil radio angah, try pasang kaset eh boleh main. Tapi radio angah mono, so bunyi tak bes sangat.

Dah habis bersenam aku ternampak cover-cover kaset lama aku time sekolah dulu. Hohoho agak perit sebenarnya bila duit sekolah yang disimpan tu last-last burn beli kaset. Time dulu-dulu pun kaset agak mahal, sekarang harga macam nak beli air je. Lawa-lawa lagi covernya dan pelbagai corak. Ni antara yang sempat aku geledah, banyak lagi sebab dah berhabuk aku ambil mana yang dan dulu. 


Haha seperti yang korang boleh tengok, aku ni dulu-dulu lebih ke arah metal/rock. Lagu metal pertama yang aku suka adalah Metallica, walaupun time tu mereka dah jauh terkenal. Aku baru nak kenal. Dan hasilnya album pertama yang dibeli adalah 'The Black Album.' Antara lagu popular 'Enter Sandman', 'The unforgiven', dan 'Nothing else matters'. Album lain aku beli gak macam 'Load', 'Reload', 'Master of puppets', 'S&M'.
Ok, lepastu di zaman yang lebih kurang sama, aku melebarkan sayap dengan meminati muzik industrial metal iaitu Korn. Album yang paling aku suka 'Follow the leader', yang lain-lain tu aku beli nak dengar, ada yang best ada yang kureng.


Dan siapa masih ingat di waktu kebanjiran bebudak hip hop, dan naiknya era Limp Bizkit, ramai la yang layan BBoy, seluar beggy, full cap, snow cap. Hahah aku manusia yang tidak terlepas, tapi aku suka fusion beggy dengan baju-baju metal macam slayer, skid row, guns & roses. Hehe, biasala aku nak unik sikit dari orang lain. Ada sesapa yang perasan mana satu cover yang non edited dan edited content hehe? Satu aku punya beli sebelum kerajaan banned dan tukarkan yang edited content yang dibeli oleh kakakku. Bunyi edited content memang tak best sebab kalau lagu Chocolate Starfish tu hampir 80% ayatnya dipotong kerana Fred menyebut F***.

Band di bawah ni pernah popular dulu time sezaman gak dengan naiknya Limp Bizkit, tapi mereka membawakan konsep hiphop. Terdiri dari krew yang agak ramai, mempunyai 2 vokalis seperti Linkin park. Merupakan cover paling lawa pernah aku jumpa (maybe sebab gambar perempuan tengah jilat lolipop?)
Hohoho jangan ingat aku tak beli kaset orang malaysia, ni antaranya iaitu XPDC. Ni band faveret terutama untuk budak-budak asrama. Aku sebab rajin lepak dengan bebudak asrama, last-last lekat gak beli kaset ni. Too phat lak time diorang tengah naik, walaupun aku tak join hiphop tapi sebab lagu diorang bes, aku pun beli gak la. Anak la ayam ewahh~~


Ni lak antara cover paling sempoi pernah aku jumpa. 2 page je cukup buat cover album. Da la design 'Steal this album' hahaha siot tol. Tapi aku tabik spring sama SOAD sebab lagu mereka memang banyak lagu politik dan sketsa dunia. Dan yang paling aku minat band ni banyak gabungkan bunyi-bunyian tradisional mereka dengan moden. Bassist jaggut panjang lak tu sampai ke pusat huahah~~

Banyak lagi cover album yang aku nak cari lagi. Dulu aku selalu gunting dan letak dekat bag, bahagian yang boleh dinampak. Pernah berhajat nak luminate kan atau keraskan jadikan keychain boleh lekat dekat bag, kunci or mana-mana la. Design old skool beb, mana nak cari dah sekarang ni. Sekarang orang sibuk dengan CD je~~

Yang penat berceloteh,

Monday, February 8, 2010

Diari seorang lelaki III

8hb Februari 2010,


Hari ni demam aku sudah betul-betul kebah, tapi batuk masih ada. Lelangit pecah dek kepat vitamin C kerajaan, lidah aku tah tergigit camna tah. So sedikit sebanyak mengganggu proses permakanan aku yang sebelum ni agak lancar. Sekarang ni nak habiskan sepinggan nasi pun susah, rasa macam nak keluar balik.

Beberapa hari yang sudah, aku kena demam kuat, naik turun naik turun suhu badan. Dekat 3 hari aku dok telan paracetamol. Ingatkan ok, rupanya demam tu boleh sembunyi-sembunyi lak. Last-last mak ajak gi farmasi beli antibiotik, vitamin C 1000mg, dan ubat batuk. So aku telan suma sekali, akhirnya jadilah orang yang pening kepala macam mat pet tarik dadah.

Hasrat nak buat lemon honey ais tak kesampaian, nak bakar ayam satay pun tak kesampaian. Tengoklah kalau aku daya esok, aku akan ikhtiarkan.

Hari ni just masak sambal sotong sama ikan tenggiri goreng. Oh, aku baru teringat aku tak masak sayur. Ala best gak apa?

Tengah hari tadi tengok history channel, diorang selongkar rahsia submarine jepun time WWII. Aku pun layan habis tengok benda-benda alah macam ni. Malam ni lak pukul 10 kalau tak silap ada cerita pasal AK-47, senjata terhebat yang tiada tolok banding.

Argghh pen habis dakwat (kes menipu), sambung nanti.......

Yang baru elok demam,

Friday, February 5, 2010

Diari seorang lelaki II (18SG)

5hb Februari 2010,

Aku terpaksa menulis juga untuk post entry kali ini walaupun aku meluat tengok sikap sesetengah manusia yang berlagak tak sudah-sudah. Maaf, kali ni kalau ada insan yang terasa, pedulikkan, jangan kau ingat kau hebat sangatlah.

Aku malas nak ambil tahu dan sebar apa-apa tapi lebih kepada meluahkan rasa tak puas hati aku.

Adalah seorang insan ni yang entahla aku pun tak tahu nak labelkan dia ni hape. Maybe tak pernah serik? Maybe? Atau insan yang tak pernah belajar dari kesilapan yang lepas-lepas.

Pelik memang pelik, untuk apa entah dia buat macam tu? comparing? hello manusia bukan barang untuk dicompare? yang dah jadi history, tak usahlah nak dibangga-bangga atau dikutuk-kutuk. Aku pun pernah ada history dengan orang, tapi tak perlulah nak hebah-hebah satu dunia. Daaaa! orang BODOH je buat macam tu, berbangga aku dan dia ada history dan hebahkan satu dunia biar tahu. So kembang kempis la hidung aku sombong aku ni hebat.

Tapi maaf cakapla, hebat macam mana pun kalau jadi batu api untuk orang lain tu namanya HANJING! Maaf cakapla kalau kau dah ada someone special, kenapa sibuk nak buat orang lain hamba kau? Hanjing betul! kenapa kau tak suro je manusia BANGANG tu jadi hamba kau? Dan lepas tu mulut cibai kau tu tak pernah reti nak senyap. Semua benda kau nak beritahu orang dan akibatnya bukan kau yang kena, balik-balik aku juga! Hanjenggg!

Dan di saat kau ditipu, semorang ingat kau akan berubah, tapi tu lah manusia ni pelik, nak kata bodoh sangat kau dah masuk universiti, masih nak perasan kau hebat, pirahhh mabuk! 

Aku rasa orang buta pun nampak la benda yang hidden, tapi kau yang mata elok sah-sah buta mata dan buta hati dari nak tengok benda-benda realiti ni. Come on la beb, pernah dengar pepatah bagai pinang dibelah dua? kalau kau rasa kau pinang, agak-agak kalau belah, berapa kerat yang dapat? Bodoh hanjing!

Akhir kata, orang lain pun ada someone special tapi takdela nak over macam kau. Menyalak kuat macam hanjing, last-last bila kau jatuh, macam muka kena sembam dalam lubang najis, SENYAP!

Andai kau baca, dan kau terasa, sila marah dan sila jerit Hanjing! Memang padan dengan kau! Belajar-belajar la dari history beb, supaya banana dont fruit two time derr!! Jangan belajar tinggi-tinggi tapi bebal nak hidup, grow up! 

Yang bengang,

Diari seorang lelaki


5hb Februari 2010,

Hari ni menu sangat simple tapi best. Mak masak ayam dan ikan goreng, sambal belacan, sayo taugeh + kucai + tahu. Dan oh ya mak beli petai jeruk dari Mak Mok (mak angkatku). Makan lepas solat jumaat sebab aku dah biasa macam tu (kes takut tidur time dengar khutbah).

Petang tadi ingat nak main game, main kejap je Left 4 Dead 2 tapi ada  problem lak. Asyik error je, last-last aku off kan komputer. Tarik bantal, dan kapal cruise pun berlalu bersama serombong tidak berasap tapi berbunyi kroh kroh kroh kata mak.

Bangun petang, kepala dah berat, aku terasa sejuk. Aku tengah lalok-lalok nampak mak tengah kira-kira buku akaun wadnya. Aku cakap merapu tah apa tah, lepas tu sambung baring atas lantai tidak bertilam. Sejuk! kataku, dan mak kata memang la sejuk hari hujan. Tapi aku dapat rasa lain macam, sebab selalunya sesejuk mana pun aku jarang mengkerekot (ala-ala udang atas kuali). Dan bila bangun tekak dah semacam, suara dah kalah Michael Buble, sah aku nak DEMAM. Solat dan terus ambil limau kecik-kecik dekat peti ais. Tengok air sejuk, aaaa aku dah kene kuarantin air sejuk dan ais.

Takpelah, esok pesan dekat mak tolong belikan lemon, lengkuas dan kicap. Aku nak bakar ayam ala-ala satay punya rasa. Lemon tu nak wat honey lemon tapi madunya tak beli haha.

Tadi nak makan paracetamol, mak kate makan something alas perut. So makan la nasi macam orang tak demam haha, dah tu telan la. Ni dah panas sikit, tapi aku tahu demam aku ni jenis panas membara semangat waja. So apa-apa hal get ready je la tuala basah malam ni, dengan gebar tebal kipas pasang no 1 atau tak pasang langsung, get ready to be wet la this night. Hohoho, dan malam ni maam dah suruh tidur awal, jangan berjaga katanya. Entahla, aku ni makin susah nak tidur awal. Tidur lewat tapi bangun awal, mana tak demam.


Masa nak kunci pintu tadi, tak sedar jari aku dekat daun pintu kayu. Apa lagi, menjerit dalam hati, Tuhan je yang tahu betapa sakitnya terapit jari.

Dan oh, aku nak makan limau tahun baru cina!!!!

Ditulis pada

10.22 malam... sambil tengok TV3