Followers

Saturday, August 7, 2010

Event ooh event

Esok sepatutnya hari yang bakal merakamkan gambar-gambar gembira aku dan rakan-rakan ke genting highlands.

Tapi itu semuanya kita yang rancang, tapi Allah menentukan. Aku redha... trip kena cancel aku tak boleh nak cakap apa dah. Aku terima je lah. Aku paham sikap manusia ni susah nak bersatu kalau masih lagi berfikiran sempit. Hanya kerana orang itu tiada, or kawan yang tu tak join, so tak jadi nak join dan berilah alasan yang munasabah.

Dulu aku dah cancelkan trip ke Melaka sebaliknya aku pergi sendiri (dek kerana marah). Tapi lepas tu aku fikir balik, marah pun tak guna. Takkan mengubah apa-apa terutamanya sikap manusia. Dan untuk trip yang kali ni, aku malas nak fikir dan marah sebaliknya sabar je la. Tunggu je la sampai ada manusia yang bersuara hendak ianya dilaksanakan. Kalau tak, malas dah aku nak bangkitkan.

Coming soon punya event iaitu majlis berbuka puasa beramai-ramai aku dah cadangkan. Bukanlah aku ni gila nak jadi ketua dalam setiap event, cuma aku bertindak sebagai cadangan dan pencetus je. Kalau ada sesiapa yang sudi nak lead the event, aku persilakan je. Tapi kalau takde orang, aku volunteer la diri.

Tapi tulah, belum apa-apa, baru minta cadangan tempat, tarikh dan lain-lain dah ada negatif feedback. Aku pun tak paham la. Apa susah benar ke nak jumpa kawan-kawan dan berbuka sekali dalam sehari dari 30 hari berpuasa?

Penat melayan kerenah manusia yang mengaku kawan dan menggelarkan mereka sebagai ex clasmet tapi banyak sangat excuse dari cadangan. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini untuk berdepan dengan manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka kawan. Semoga Kau sentiasa padamkan api kemarahan apabila melayan karenah mereka ini.

Dan aku mendapat suatu SMS yang sekadar ingin bertanyakan perihal genting...

4 comments:

hans said...

masing2 ada urusan dan hal masing2
bagi aku memang susah kalau nak kumpulkan semua orang pada waktu2 macam nih
senang cakap buat jer antara siapa yang datang
nak tunggu semua memang susah
hari majlis perkahwinan pun belum tentu semua rakan2 dapat datang

P/S : Video Klip Terbaru Wonder 'Girls' - Nobody Meletup

Shukjessa said...

kalau umum hari ni, event lagi 5 hari mmg la, aku pun tak kisah beb.

tapi kalau dok tanya event dah dekat 2-3 bulan punya plan, apa cer la kan?

bagi aku kalau nak, sacrifice la something, kalau taknak bagi alasan mmg dah cukup memadai.

boleh je kalau nak buat kan, kalau tak event2 besar takkan ade orang pergi pun kalo masing2 tak sacrifice something

hans said...

benda kita rancang Allah menentukan
bagi aku xpayah tunggu semua orang
pergi jer walaupun yang join 2-3 orang
tapi kalau setiap event dan masalah yang sama juga terjadi
faham2 jer lah
pergi jer lah sendiri
sebab aku pun pernah mengalami situasi macam tu

P/S : Review Novel/Buku : Naskhah Natrah Karya Fatini Yaacob Wajib Dibeli Dan Dibaca!

Shukjessa said...

bley je gi 2-3 orang. tp kalo namenye reunion, 2-3 orang utk ape pergi jauh2 kan? dlm tentative program pun bergambr beramai2, kalo 2-3 orang (sesama lelaki je lak tu) nak wat pe.

aku pernah je pergi sendiri, bukan tak boleh nak pergi sendiri setiap event. tp utk ape? pegang kamera tp tiada subjek, tiada senyuman. matlamat aku utk kumpul kenangan bersama kawan2, bukan gambar sorang2. kalo stakat sorang2 blambak derrrr. tiap2 minggu aku jalan sorang2 jek.

btol la kate pakcik, orang melayu susah nak bersatu hati time tengah senang. mereka akan jadi sebangsat-bangsat bangsa yang melupakan siapa mereka sebenarnya