Followers

Sunday, August 29, 2010

Tawa dalam tangisan (ini bukan cerpen)

Semalam aku kuatkan juga langkah kaki menuju ke KL walaupun aku tahu takkan ada siapa nak join aku. Yelah, masing-masing ada hal sendiri, takkan nak ikut rentak aku di KL. Terpulang, aku tak paksa, dan aku tak organize apa-apa, nak ikut sila, tak nak takpe. 

Pukul 3 lebih aku pecut motor ke Asia Jaya dan bersama-sama kamera dan tripod, aku berjalan menuju ke arah tempat tunggu tren. Macam biasalah, hanya MP3 yang menemani aku sepanjang perjalanan ke destinasi pertama aku iaitu Plaza Low Yat.

Agak bengang dengan sikap orang Malaysia ni especially sorang perempuan muda ni, tau orang nak keluar tapi dia tetap nak masuk juga. Nyaris gak la aku nak sebut 'Bodoh' kuat-kuat, tapi kenangkan puasa, aku sebut dalam hati je. Turun tangga je aku ternampak satu group remaja lelaki, salah sorang darinya pegang kamera tapi tiada bag. Aku terpikir dia ni memang nak ambil gambar ke atau mahu kelihatan poyo ada kamera?

Sebab kalau seorang photog, aku tak rasa dia akan berjalan-jalan tanpa sebuah bag yang paling tidak boleh isi body kameranya atau lens. Tu kalau jatuh or calar tu, mau nangis so sendiri mau ingat la ye.

Aku biarkan je sebab haluan kami berbeza. Aku ke low yat mereka ke Sg Wang mungkin. Kuak pintu Low Yat je orang punya la ramai macam dekat baazar ramadhan. Punya la best aku melihat sana-sini ada tulis SALE!!. Wah, time aku tengah kering ni la korang buat sale yee.

Naik 2nd floor yakni floor untuk jual kamera, aku terpempan dengan satu iklan kamera.  Nikon D3000 RM1499. Wah, gila murah. Normal price biasanya paling murah RM1.9k. Tengok abangnye lak D5000 RM2299 wauuu murah tu. Bapak dia pula D90 RM3299, ok la murah la gak. 2-3 kali aku pusing sini tengok macam-macam, tapi sebab takde duit aku blah naik tingkat atas nak beli AV untuk akak aku.

Keluar dari LY, aku ke monorail semula. OTW naik escalator, di hadapan aku sepasang gadis melayu fesyen ala chibi gothic, skirt hitam kembang tapi singkat. Aku telan air liur je dan pandang tempat lain. Bulan puasa di KL sangat mencabar iman.

Naik monorail yang tersangat padat, dengan ada group Chinese ni si leng loi ni asyik gerak-gerak je. Aku risau je tersentuh dia, kang cakap aku meraba lak. Turun dekat-dekat area Maju Junction, aku berjalan kaki sampai ke area Jalan Tar.


Di sini sangat heaven untuk membeli belah. Tapi orangnya terlalu ramai, so kena banyak bersabor dan untuk lelaki tangan jangan nak kembang-kembang nanti teraba, padan muka. Aku sendiri pun banyak ternoda sebab situ perempuannya ramai nak mampus. Dengan macam-macam fesyen yang menggugat iman. Takpelah aku tengok sekali imbas je, kurang sikit pahala tapi nak buat macamna. Lebih kurang 20 minit nak berjalan sampai depan Semua House, barulah aku boleh keluarkan kamera. Dan bermulalah episod mengambil gambar mana yang best (awek tak la, satu sebab pose satu lagi tak sanggup).



Jalan-jalan ternampak la satu gerai menjual biskut raya, punyalah banyak. Tertarik dengan warna dan kemeriahan, so snap la. Jalan lagi, jumpa gerai jual bunga snap lagi. Perjalanan diteruskan lagi sampai ke kawasan baazar Masjid Jamek. Dekat sini aku tengok orang dok kerumun depan masjid tu. Rupanya ada sorang pakcik ni mengajar matematik. Dan dia menjual buku apa tah dengan harga RM5. Mula-mula aku ingatkan orang gila, tapi takkan orang gila terer mengajar? Tengok je la dia mengajar sipir 9. Katanya 9 x 1 bukan 9 tapi 09. Sebab apa? Korang pikir la sendiri.


"Saya jumpa Dato' Najib"

Jalan depan sikit nampak lagi orang kerumun. Kali ni lagi ramai photog dengan kamera gedabak-gedabak. Yes, diorang pun buat outing ramadhan, bezanya diorang ni ramai-ramai, aku ni solo je hehe. Ada orang emas jadi patung. Salut habis, so aku snap la mane yang patut.

Tengok jam, dem dah pukul 6. Ada sorang member nak berbuka sama dengan aku, alhamdulillah ada gak la teman. Nak harapkan orang tu, tah la sampai bila pun aku tak tahu. Agaknya kalau aku mati baru la nak datang jenguk aku gamaknya.


Time ni putra masjid jamek sangat sesak. Lagi sardin dari monorail. Dan aku masuk-masuk je dapat port paling tak best. Terpaksa mengadap ketiak mat salleh ni. Suwei betul tapi nak buat cane, tren dah padat tak boleh nak gerak pun. Tahan je la sampai KLCC.


Sampai KLCC aku terus ke Centre Court sebab janji dengan member tunggu situ. Sesambil layan ambil gambar orang tengah main muzik Morocco. Nampak gak la ada foreigner terkinja-kinja menari (orang sana la kot, hepi sangat dengar lagu). Tengah syok ambil gambar member ni pun sampai. Berbual-bual jap pastu terus blah beli KFC tapau je sebab dalam dah full.

Siap tapau, terus blah keluar cari port lepak sambil tunggu maghrib. Duduk la depan air terjun. Ingat nak lepak depan air pancut tapi macam tak berapa menarik sangat untuk makan-makan. Sesambil tu tengok la orang lalu lalang. Macam biasa la, kalau di Jalan Tar pun dah menduga iman, KLCC?


Tengah dok tunggu sambil borak, aku try ambil gambar air terjun konkrit belakang aku guna slow shutter. Nak ambil gambar KLCC tak berapa menarik lagi time ni.



Dengar azan je berbuka la apa lagi. Siap makan, aku terus ambil gambar KLCC yang tengah bermandikan lampunya. Jalan-jalan sekitar belah ke jambatan, aku ambil lagi. Kali ni set up tripod sebab aku nak guna slow shutter dalam 10 saat.

Selesai ambil gambar, member aku pun kena balik, aku dah tak tahu nak pergi mana. Ingat nak layan gi kampung baru or chow kit. Tapi tula sorang-sorang lak, takpelah next time je la aku gi balik semula.

OTW balik, aku singgah KLSentral jap nak beli air, tekak haus gila. Tengok aiskrim McD sedap je, tapi fikir balik, nak makan aiskrim kena suasana damai baru best. Kalau nak cepat, tak rasa nikmat pun. Last-last aku chow je la sampai Asia Jaya. Naik motor, pasang MP3 dan sepanjang perjalanan balik, aku melalak kuat-kuat lepas tension. Sampai area Shah Alam aku pergi merayau cari slurpee pengganti aiskrim yang aku nak tadi.

Sebenarnya aku sedih gak la. Aku tolak pelawaan akak aku berbuka dengan diorang sebab aku ingat ramai la yang akan join (ramai = lebih dari 1). Tapi takpelah, aku faham sebab ni aku invite je bukan benda yang diorganize. Lagi satu sedih sebab aku lebih mengharapkan seseorang tu akan turut hadir. Tapi aku tunggu sampai sekarang pun masih tiada satu apa-apa melainkan hanya satu call yang aku tak sempat angkat. Takpelah, mungkin aku ni nobody dalam hidup sesiapa, teringat babak dalam novel Katerina bila orang dah tak pedulikan diri ini lagi.

Malam tadi ada sorang kawan ni ajak aku tengok wayang. Aku nak explain dekat dia, aku terharu orang asing ajak aku keluar, tapi kawan yang dah lama kenal aku tak pernah nak ajak aku keluar even pergi lepak-lepak pun. Tapi dia salah faham, dia ingat aku taknak pergi, terus je dia blah. Hai nasib-nasib...

Takpelah, janji aku dapat tunaikan hajat aku sendiri...nak tunggu or harapkan orang sampai aku mati pun belum tentu boleh dapat...


Trimas banyak-banyak untuk sorang member aku ni coz sudi berbuka bersama. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dalam erti persahabatan, jangan sekadar melaung saja tapi tak pernah ada. Tak pernah nak cuba untuk ada di sisi mereka, tapi kita mencari mereka bila kita derita.

No comments: