Followers

Showing posts with label Kamera oh kamera. Show all posts
Showing posts with label Kamera oh kamera. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Kamera oh kamera Part 20 (Saiful Nang Academy of Photography)

Assalamualaikum,

Lama gila aku tak update blog (ayat koman). Bukan takde masa, ada je cuma kadang-kadang mood tak sampai, ayat hancur, so setiap kali menulis akan jadi terbengkalai di tengah jalan. Dan titik noktah tu akan stay lama je dalam draft, tah bila nak di review balik pon taktau la.

Beberapa hari dah berlalu, namun semangat dan aura dari SNAP memang aku akui cukup membara dalam diri. Terasa macam masuk belajar balik cuma yang bezanya, kelas aku 2 hari jer. 

SNAP? Apa tu? Sejenis biskut atau sejenis permainan kad, yang bila gambarnya serupa kita "SNAP!" atau adakah ianya bunyi shutter kamera?

Buat yang tak tahu, SNAP adalah singkatan bagi Saiful Nang Academy of Photography. Nama gempak kan? Bagi fotografer wedding mesti kenal paling busuk pon pernah dengar nama SN.

"Sila bawa keluar kamera dan satu feveret lens korang" pembelajaran pertama yang aku dapat dari SN. 
Kenapa satu? Kenapa bukan 2 atau 3 atau sepuluh?

Alkisahnya kalo dipendekkan adalah untuk membiasakan diri kita dengan menggunakan lens yang sama maka kita dapat mengagak jarak, sudut dan juga hasil gambar daripada lens tersebut. Ia juga untuk membolehkan kita untuk travel light jika photoshoot menggunakan kaki seperti street outing. 

"Orang tak pergi street outing bawak backpack penuh dengan lens-lens, gila berat" dan aku akui sebab dulu pon aku pernah backpacking dan walaupun time tu hanyalah 2 biji lens + laptop 2kg lebih, aku rasa cukup azab nak berjalan sana sini.

Sekarang beg aku lebih kepada jenis holster, insyaAllah nak cari satu belt dan harness. Sistem belt ni bagus jika korang tak suka gantung something dekat bahu dan oleh kerana Allah dah jadikan tulang pelvis kita ni kuat, maka penggunaan belt sangatlah baik. Cuma masalah sistem belt ni adalah kos sebab kena beli asing-asing.

Pada street outing tempoh hari, menggelupur gak la aku nak ambil gambar sebab pada mulanya blank. Tak tahu nak ambil gambar apa since apa yang SN minta adalah lain dari cara street outing yang aku tahu. 

Dia minta untuk satu photo essay yang mengandungi jalan cerita dan juga diterapkan elemen AOS atau Art of Seeing. Kebiasaaannya untuk street outing, ramai lebih cenderung untuk guna lens tele sebab nak ambil candid shot. Tapi dalam kes sebegini lens tele tidak banyak membantu tapi lebih kepada lens prime atau zoom biasa. Sebab apa? Kerana lokasinya adalah dalam pasar Chow kit itu sendiri.

Pernah pergi Chow kit? Pernah lalu lalang dekat kawasan orang jual ayam, daging, sayur semua tu? Buat yang tak pernah, boleh try buat street dekat situ dan rasai impaknya.

Secara jujur aku beritahu, baju Lensa Malaya yang merah menyala tu lencun sebab keadaan bahang dan panas dalam pasar tu tambah lak kena cari subjek dan jalan cerita yang menarik. Tu belum perihal nak cari AOS, nak tunggu moment dan bla bla bla. 

Tambah lak bila aku pakai lens 35mm, so untuk ambil gambar kena zoom kaki. Bayangkan dalam keadaan pasar yang sangat sibuk, kita lak dok tercangkung sana sini cari angle, cari spot menarik sebab nak ambil gambar. Nak baring memang tak bolehlah sebab pasar, keadaannya basah dan kotor.


Snap, snap, snap then pergi tunjuk gambar dekat Fiq Habib, salah seorang instructor merangkap fotografer CS, banyak gambar aku yang tak ok. Ada yang ok, tapi blur. Yelah dalam pasar, cahaya malap, orang ramai, nak balance kan diri pegang kamera, orang dok langgar dan macam-macam lagi. Nak bawak keluar flash kang ada yang mati terkejut lak. So nak tak nak pakai Auto ISO je la sebab time macam ni nak setting ISO memang tak sempat jer.


"Kenapa ramai fotografer takut sangat nak boost up ISO? Kamu buat wedding shot, bukan fesyen, iklan billboard dan lain-lain. Apa masalah dengan noise pada gambar wedding?" fahaman aku mengenai noise bertukar terus. 

to be continue...

Saturday, October 15, 2011

Kamera oh kamera Part 19 (First time OP)

As salam,

Ahad lepas bermula lah detik dan saat aku menjadi OP untuk satu event engagement kawan sekolah aku dulu. Since dah beberapa kali aku asyik menolak offer dari kenalan, kali ni aku putuskan untuk cuba dulu. Orang kata ambil feel rasa dan mulakan langkah pertama. Lagipon satu langkah ke hadapan adalah lebih baik dari tak bergerak atau satu langkah ke belakang.


Tapi benda-benda baru ni buat aku cepat gemuruh. Alhamdulillah majlis ni kawan sekolah, so takdelah canggung sangat. Aku pon bukanlah jenis too friendly tapi aku bukanlah jenis sombong, cuma aku lebih suka cara pendiam aku tu. Bercakap dan bergurau bila perlu, senyap bila tak perlu. Terlebih-lebih orang menyampah, diam sangat pon orang tak suka.

Beberapa hari sebelum majlis jadi, resah gelisah macam aku yang nak bertunang. Habis aku selongkar majalah-majalah kamera aku untuk dapatkan semangat, aura dan tips berguna untuk aku keluar all out time harinya itu.

Hasilnya, ok la pada aku tak seteruk yang aku jangka dan takdelah sehebat orang yang dah memang jadikan benda ni periuk nasi diorang. 

Cuma apa yang aku kesalkan sedikit adalah halangan dari segi gear aku sendiri. 

Bukanlah nak cakap gear aku tak cukup hebat ke apa ke, cuma dari segi kelecehan tu amat memeritkan. Aku terpaksa guna kit lens (18-55) untuk ambil gambar group photo, then switch balek ke 35mm untuk dapatkan DOF yang menarik. Kit lens ok cuma DOF dia takde la menarik sangat untuk dapatkan mood dan impak yang lebih. Aku lebih prefer 35mm tu cuma bila group photo dengan lambakan barang hantaran lagi, aku tak bebas sangat nak bergerak.

Time tu la terasa sangat best jika ada satu lagi body kamera or paling tidak satu wide zoom lens f2.8 macam Nikkor 17-50 f2.8. Tapi lens ni mahal nya aduhai... so option lain adalah Tamron 17-50 f2.8. Ushar punya ushar lens ni RM1k untuk new set, kira ok la dari segi harga (kena tunda dulu la hasrat nak sambar Nikkor 70-300 VR).

Berpeluh gak la ambil gambar event ni, bukan sebab takut ke hapa ke tapi sebab panas. Mujur gak la ada bawak handkerchief.

Alhamdulillah, lepas ni memang nak join kursus wedding nih, nak kasi mahir baru bley cas harga mantap2. Ni skill tak seberapa nak cas ikut harga orang dah pro, haih cane?

p.s: gambar aku upload lepas kasi dekat tuannya dulu la yeh. sebab aku di upah, kalo amek free bolehlah aku upload ikut suka hati je (polisi aku lah).

Saturday, October 1, 2011

Kamera oh kamera Part 18

As salam,

Baru-baru ni aku macam biasalah join group dekat Facebook. Group ni sebenarnya tempat jual beli barangan kamera, so memang lubuk aku lah untuk melepak. Bukannya beli pon, saja ushar tengok harga barangan 2nd dan gelagat-gelagat manusia-manusia ni. Macam biasalah, ada yang dah otai ok, ada yang otai berlagak. Ada yang newbie berlagak, dan tak kurang juga yang sangat naive tentang perihal politikus dunia fotografi.

Politikus fotografi bukanlah benda asing bagi aku sebab aku dah 2 tahun kenal kamera. Sangat jauh nak pegang title pro atau otai, sedikit segan nak bergelar intermediate tapi selesa dengan title beginner atau newbie.

Benda-benda cenggini dah lama aku belajar sejak dari zaman forum Photoskool masih hidup dan wujud. Tapi atas sebab-sebab tertentu forum yang cukup popular kerana penciptanya anak melayu ni terlalu banyak sangat politikus dan agenda pihak-pihak tertentu sehingga terpaksa ditutup. Sekarang aku just melepak di Photomalaysia, tak sehappening Photoskool tapi boleh lah dari takde.

Al kisahnya, di group yang aku melepak ni adalah satu insan Allah ni bertanya perbandingan DSLR. Aku faham niatnya sekadar ingin tahu dari yang pakar. Cuma yang silapnya, kebanyakan newbie yang baru join group tak baca rules and regulation group tersebut. Aku dulu tak baca gak, tapi lepas kena sound, sendiri mau ingatlah.

Rules menyatakan group hanya membenarkan proses jual beli, tiada sebarang posting merepek samada berbual kosong atau bertanyakan perbandingan kamera. Ini kerana posting di Facebook tak melekat dan akan naik turun. Bagi pihak seller, jika terlalu banyak perbincangan iklan mereka akan jatuh ke bawah dan ini melecehkan mereka untuk cari balik dan BUMP (bring up my post).

Tapi ada juga yang tak paham, dan jenis kaw-kaw punya sikap. 

Al kisahnya juga aku bukan lah nak sokong mana-mana pihak, tapi sekadar menasihatkan agar cari platform lain untuk menimba ilmu. Tapi elok je aku komen, kena hentam lak dengan sorang mamat ni. Ayat sikit punya kurang hajo. Kalo bukan dek kerana panas hati, dah lama kot aku balas balik. Tapi kenangkan, untuk apa? Aku just balas dengan sengihan je la.

Tak salah nak cari ilmu, tak salah berkongsi ilmu tapi kena tengok tempatlah. Bak orang dulu-dulu kata "masuk kandang harimau, mengaum, masuk kandang kambing mengembek" dan respeklah dekat tuan rumah a.k.a admin yang bertugas. Bukan apa, kang kena banned marah lak.

Buat yang masih baru dalam dunia fotografi, respeklah orang lain tak kisahlah dia tu newbie ke pro ke, sebab kita takkan tahu sedalam mana ilmu yang mereka ada hanya dengan melihat gear mereka. Jangan ingat hanya kerana photog tu pakai entry level DSLR dia newbie, dan jangan sangka photog yang pakai pro level tu hebat. Don't judge the book by its cover.

Selamat berfotografi.

Friday, September 2, 2011

Kamera oh kamera Part 17

As salam,

Lama rasanya aku tak hapdet blog. Dah macam biskut, kejap ada kejap takde. Dan ayat yang paling femes mesti "lama tak hapdet", apa boleh buat... idea dan mood datang sekali sekala. Lagipun blog aku ni blog picisan je, hapdet atau tak, pengunjungnya tak ramai. Ratus-ratus pun susah, apa lagi nak riban-riban.


Tapi tak kesah, aku tulis blog bukan sebab nak dapatkan earnings duit tu, bukan sebab nak pemes, tapi aku tulis untuk kongsi pengalaman, untuk kongsi cerita untuk luahkan something. Orang baca atau tak terpulang.

Melalut lak...

So hari raya apa cerita? Best? Tak best? Banyak dapat duit raya? Banyak lebur duit raya? Ada yang cedera main mercun? Ada yang hancur diet sebab makan je?


Tak kisahlah janji korang hepi, bulan Syawal ni pun untuk bergembira (tapi ada had la). Yang aku nak sambung celoteh ni apa lagi kalo bukan perihal kamera.

Beberapa bulan yang sudah aku ada join satu group jual beli barangan kamera DSLR ni. Bila dah ramai-ramai, kadang-kadang kita baca status diorang pon nak tergelak. Yelah nampak sangat baru pegang kamera. Ada yang nak beli kamera atau aksesori tapi harga buat si penjual sesak nafas. Nak beli kamera bawah RM400? DSLR bawah RM400? Ada tu nak beli external flash bawah RM100? 


Tak lupa juga yang masih bertanyakan perihal brand war, antara Canon dengan Nikon mana yang lebih bagus. Persoalan yang pada aku wajib la untuk newbie tanya. Even aku sendiri dulu pernah tertanya-tanya, tapi selepas dah pegang kamera pada aku beli je la mana yang ok. As long tak lebih bajet dan DSLR tu dalam function yang terbaik.


Yang ni pelik sikit, sebab pada aku orang jenis ni bukan lah kaki photog sejati tetapi lebih kepada kaki gajet. Mereka ni jenis suka merasa. Bila dah bosan, diorang akan jual balik gear walaupun baru guna sebulan dua je. Rugi! Sebab beli harga tinggi, then jual terpaksa turun harga sebab saingan ramai. Seeloknya tanya dulu orang berpengalaman atau paling tidak baca review di Internet pandangan pakar tentang sesebuah model DSLR itu sendiri. Then pergi kedai dan try rasa ok ke tak di genggaman jari. Kalo rasa tak ok, survey model lain. DSLR ni lain sebab ada grip, tak semuanya muat untuk grip yang sama sebab jari kita lain-lain saiznya.


Ada juga jenis-jenis manusia yang semborono beli lens. Janji ada lens selain kit. Ni pon satu benda yang bahaya pada aku lah. Lens merupakan nyawa kedua selepas body. Tapi kalo salah beli, pon rugi. Biasa kalo photog mereka tahu racun 50mm amat kuat. Selalunya orang akan racun newbie beli lens cenggini, tapi bila diorang guna dan tak dapat hasil yang memuaskan hati diorang akan jual balik. Rugi! Aku sendiri sayang nak jual 35mm aku tu selagi tak dapat pengganti (35mm f1.4 atau 50mm f1.4). Tak kurang juga yang dok racun terus beli lens mahal, sedangkan orang tu bajetnya semput. Tak patutla, ibarat ayam cakap dengan itik, tak paham soalan, jawap lain.


Oklah, tu je la untuk kali ini. Next time aku celoteh lagi pasal dan perihal politikus photography ni. Enjoy the pictures (projek mini raya). Harap-harap dapat jadi panduan dan pengajaran untuk semua. Yang salah tolonglah tunjukkan ye.

p.s: orang selalu tanya aku, lens apa aku guna. Aku ada 3 lens je, kit lens, 35mm f1.8 dengan Sigma 70-300 DG Makro.

Wednesday, April 13, 2011

Kamera oh kamera Part 16 (Etika)

As salam,

Lamanya aku tak update blog. Idea banyak tapi tu lah malas nak kembangkan. Last-last stuck je dalam otak minta dikeluarkan.


Untuk kali ni aku nak sentuh la sikit pasal etika. Mungkin ini bukan etika secara profesional buat sesiapa yang nak join fotografi tapi pada aku ianya adalah satu kesedaran kita sendirilah kan sebagai manusia. Lebih-lebih kita dilahirkan sebagai seorang muslim.

Etika dalam fotografi pada aku takde lah kompleks sangat. Ada yang kita perlu tahu dan ikut, ada yang kita dah tahu dan laksanakan aje. Tak perlu nak berdebat panjang lebar pasal etika sebab lain orang lain cara, cuma bagi aku ini adalah etika yang baik kalo kita guna pun tak salah rasanya.

Etika paling penting dalam fotografi macam biasalah sentiasa humble dan sentiasa mencari ilmu. Hormat siapa guru korang walaupun mungkin mereka adalah dari kalangan member-member or insan yang jauh lebih muda dari korang. Jangan cepat bongkak dan sombong kalo dah berjaya. Ada gak la aku tengok photog yang seakan-akan lupa diri dan sentiasa nak berlagak hanya kerana gambarnya banyak dalam flickr, contoh. Kalo korang lihat lak photog pro yang jenis low profile or humble ni takkan mengaku hebat, dan diorang akan selalu pergi workshop or kelas-kelas photog pro yang lain. Yelah, ilmu lain-lain takkan sama caranya.

Etika yang kedua, yang penting juga ialah sayangi kamera yang korang ada dan jangan memperkecilkan kamera orang lain. Misalan lah korang hanya mampu untuk beli D3100 kerana kekangan bajet. Takpe, jangan rasa terpukul dengan racun-racun yang kata rugi lah beli, baik beli yang intermediate punya bla bla bla. Tak perlu rasa begitu sebab kamera hanyalah alat, makin mahal makin senang proses untuk menghasilkan sebuah karya yang cantik. So kalau baru mula takpelah bersusah-susah dahulu, at least korang tahu cara nak edit, korang tahu cara-cara susah yang bila later on korang beralih class kamera akan menyenangkan kerja korang sebab basic korang dah kukuh. "What doesn't kill you makes you stronger".

Etika yang ketiga adalah dari segi minat. Seperti yang korang tahu, bidang dan skop fotografi sangat luas. Malahan ada yang sampai kita tak pernah dengar pon. So choose la bidang-bidang yang korang minat AS LONG tidak bercanggah dengan rules and regulation as a MUSLIM.

Sejak akhir-akhir ni aku tengok ramai photog yang terlalu cenderung untuk join bidang-bidang potret or model. Mungkin dari segi profesionalismanya tidak salah sebab ianya digunakan atas nama kerjaya dan seni. Tapi dari satu sudut yakni agama, ianya adalah satu benda yang dilarang. Aku sendiri tak berapa minat nak ambil gambar model yang seksi sebab menyimpan gambar-gambar sebegini mengikut Islam tak jauh bezanya dengan menyimpan gambar-gambar lucah. Sebab yang diambil itu adalah perempuan yang bukan mahram yang mendedahkan aurat yang boleh menaikkan nafsu.

Tu belum yang menggunakan konsep nude art sebagai satu alasan untuk berkarya. Pernah jugalah aku melihat cara mereka berfikir dan komentar mereka, tapi pada aku lelaki dan nafsu takkan dapat dipisahkan. Apatah lagi kalo kita sebagai photog berada hanya beberapa inci dengan model yang putih gebu tanpa seurat benang. Tak naik nafsu? Unless korang gay, mati pucuk or lelaki tak normal, memang takkan naik nafsu walau sedikit cuma kalo karya itu dipertontonkan dan respon orang yang melihat adalah "wow, gebunya", "ish geram aku" dan lain-lain, bukankah itu dosa?

Ini termasuklah juga sedikit sebanyak dalam kategori street candid. Kenapa? Korang fikirlah sendiri...

Yang ni lebih kepada etika bekerja jika korang dapat job. Firstly yang paling penting adalah sikap. Customer always right ke tak ke itu terpulang pada prinsip masing-masing. Cuma yang perlu dititikberatkan adalah disiplin. Kalo bertemu janji, jangan lewat. Kalo boleh bawa ke tempat yang senang untuk berbicara dan nampak pro jika tiada studio sendiri. Penampilan terpulang cuma pada aku janganlah kusut sangat, sebab first impression sentiasa memainkan peranan yang penting. Harga? Pandai-pandai lah korang taruk. Since benda ni sentiasa diperdebatkan, letaklah harga ikut kadaran semasa skills dan pengalaman korang. Jangan terlalu rendah dan jangan lah merepek sangat harganya.

Di lokasi, kalo boleh pakailah baju yang sedikit formal. Baju tee round neck agak tak berapa sesuai jika korang nak tunjukkan profesionalisma tu. At least pakailah baju berkolar. Dan kalo cuaca panas pon, jangan bawak towel macam nak pergi outing. Bawalah sapu tangan, lebih proper. Sentiasa datang awal untuk korang observe tempat dan boleh ambil gambar yang masih kurang orang.

Jika korang OP (official photog) dan punyai anak buah or member tag along, sila pastikan yang hanya satu OP pada satu-satu tempat. So takdelah dekat atas pelamin tu ada 3-4 orang OP hanya untuk ambil gambar yang sama aje. Sentiasa amalkan ambil gambar, then berlalu pergi dengan cara yang penuh beradab. Tak kisahlah korang OP or tak. Paling penting, jangan halang orang lain punya view jika korang lambat. Biasanya orang yang tak tahu etika memang akan suka-suka je menghalang, so banyakkan bersabar. 

Kalo boleh janganlah berebut-rebut ketika nak bergambar, sebab OP ni ada special lesen untuk request pengantin repeat that scene jika terlepas. Malah OP dapat BTS punya pass untuk ambil gambar persiapan pengantin, baik lelaki mahupun perempuan. Cuma ini atas pendapat aku lah. Sekiranya korang ingin mengambil gambar pengantin wanita make up, tag alonglah dengan seorang photog wanita, itu lebih proper pada aku. Sebab kalo pengantin jenis free hair oklah, tapi yang bertudung? Kita kena faham sesetengah isu-isu yang lebih baik jika dapat digantikan...

Akhir sekali, ambil lah gambar kerana minat dan untuk menggembirakan orang lain dan bukan duit semata-mata. Sebab benda yang lahir dari hati, ianya akan nampak lebih natural dan ikhlas. Kita pun tumpang gembira.

p.s: ini hanyalah pendapat, tak semestinya perlu diikuti pon.

Monday, April 4, 2011

Kamera oh kamera Part 15 (DSLR Video)

As salam dan maaf buat yang tertanya bila la blog aku ni berhapdet. Agak bz dan takde mood nak tulis sebenarnya. Tapi dah tengah bosan-bosan tiba-tiba teringat lak, aku ada buat first projek video menggunakan D5000. First time ever gak la aku edit movie.

Hasil die not bad, tak seperti pro since aku bukan pro pon. Cuma bolehlah, better than projek video aku yang terdahulu in term of quality (video dengan gambar). Hopefully this weekend projek video kedua aku akan berjalan lebih lancar.

So harap korang boleh enjoy tengok first DSLR video aku buat sempena majlis kenduri kawen aku. Mungkin lebih menarik kalo aku dapat follow dari hari pernikahan tapi since aku bukan OP (official photog) dan aku buat projek ni atas dasar suka-suka dan sekadar kenangan, maka ini jerlah yang terhasil.

Edit pon memain je ni, tu pon dekat 5 jam menyental otak nak buat flow, susun atur, semua jadah tu. So bayangkan kalo video official untuk client yang bukan main-main... Huii...

Oh ya buat yang berminat nak belajar buat DSLR video boleh tanya sekiranya ada apa-apa yang korang musykil. Software or apa jadah yang aku boleh, aku tolongkan. Takde DSLR? Compact pon boleh, cuma hasilnya mungkin takkan sama lah sikit.


p.s: sori kalo video agak berpusing-pusing. sebab takde stabilizer dan fokus D5000 adalah manual, so agak susah nak stay belen sambil fokus sharp. name pon first trial, masih banyak yang perlu diperbaiki. Peace!!

Wednesday, March 16, 2011

Kamera oh kamera Part 14 (Lens 2)

Buat yang tak baca part 1, dinasihatkan baca dulu...


Jawapannya terpulang pada duit dalam wallet korang. Andai korang hanya mampu memiliki sebuah kit lens, itu pun sudah memadai. Andai korang mampu untuk membeli sebuah prime lens, itu satu bonus. Or korang bercadang untuk membeli sebuah lens tele bajet 2nd or third party punya lens pon silakan.


Lens terbaik adalah satu perkara subjektif pada aku sebab akhirnya kita perlukan satu formula untuk menjayakan ianya andai kita tidak mampu memiliki high end lens seperti Nikkor 70-200 F2.8 atau Nikkor 17-55 F2.8. Kenapa aku katakan formula? Sebab rahsia kejayaan orang dalam mendapatkan gambar yang menarik terletak pada formula yang diorang cari dan gunakan.

What if korang hanya ada satu lens? Kit lens lak tu, so apa formulanya?


If wedding outdoor, sila siap sedia untuk boost up ISO korang jika cuaca agak mendung. Boleh guna mode P , A or S tapi sila perhatikan setting betul-betul. Guna manual jika hanya korang mampu kendalikan setting dalam keadaan yang pantas. Kepenggunaan lens, lebih kepada 18 dan 55, so pulas je lens end to end. 18mm jika ambil group photo, 55mm jika portrait. Agak membimbangkan di sini adalah apabila gambar blur sebab pergerakan yang kita tidak dapat kontrol dan bila kita menggunakan bukaan aperture, shutter jadi slow.


So satu formula lagi, sila guna pop up flash yang ada dekat kamera body korang tu. Tapi, untuk hasil yang lebih menarik, tolonglah beli diffuser untuk pop up flash. Sekarang ni dah berlambak-lambak jenis diffuser. Ini untuk mendapatkan kesan cahaya yang lebih sekata dan lebih luas, so bayang-bayang dapat dihapuskan.


Atau jika ada duit lebih, beli je satu speedlight or external flash. Tak perlu nak beli brand Nikon pon, sebab sekarang ni brand dari China (Yong Nuo) pon dah makin banyak orang guna. Harga dalam RM300-400 je. Benda alah ni is a must jika wedding indoor (dalam dewan, dalam rumah yang kurang pencahayaan).

Jika ada multiple lens


Seeloknya jika ada multiple lens ni, korang kena ada satu jenis beg yang membolehkan korang menukar lens dengan kadar yang segera. Backpack bukanlah pilihan yang terbaik, begitu juga dengan slingbag. Waist bag, vest dengan harness adalah pilihan terbaik. Dan sebelum tu, kena la selalu berlatih tukar lens dalam keadaan yang tidak menyenangkan seperti tengah berjalan, tengah berdiri or apa-apa situasi yang sukar. Harus diingat, menukar lens dalam keadaan begini ada risikonya so berhati-hati tapi dalam situasi sebenar ianya memang perlu ada sebab sebarang moment akan berlaku tanpa kita sedari pon. 

Or cara paling mudah, cari 2nd body kamera yang ok. Yang ni perlu modal sikitlah tapi lebih senang. So satu body tu just untuk tele, dan yang satu lagi just untuk wide aje. Kalo takde modal, try la pinjam kamera member kot-kot la diorang bagi.

Namun hasil yang lebih baik datangnya dari hasil berkumpulan. Means, paling tidak satu job wedding perlu ada 2-3 orang untuk cover setiap tempat yang berasingan. So photog tak perlu nak terkejar-kejar dan berebut-rebut sangat dengan orang ramai nak ambil port menarik. Yang ni ikut la, korang nak upah or nak ajak orang lain tag along ke terpulang, tapi etika photog perlu diterangkan pada mereka-mereka yang tak tahu peraturan ni.

Yang ni lak formula bagi yang takde bajet tinggi sangat tapi nakkan satu hasil yang best la jugak selain dari kitlens. 


Kalo orang tanya aku, lens bajet apa yang best, aku akan jawap 18-105 VR (kit lens D90). Sebab antara 18-55, 18-135, 18-70 dan 18-105, lens ni memang yang antara yang paling top. Satu sebab distance. Dari 18mm sampai ke 105mm. Kenapa bukan 135? Sebab 135 dah masuk dalam range 100. Dan 100-135 takde beza sangat, korang boleh zoom kaki je. Satu lagi, 135 takde VR sedangkan 105 ada VR. Dan lens 105 ni memang laju dan sangat silent bila focus. Aku dah test on my D5000 body, sangat amaze!!

Lens ni korang tak perlu la nak cari yang baru kalo yang 2nd pon berlambak orang jual dalam kondisi yang ok dan harga yang lebih murah. Lens 18-105 VR kalo ikut pasaran 2nd, ada yang jual RM750. So kita tambahkan lak dengan harga sebiji speedlight Yong Nuo, RM300. So dengan harga lebih kurang RM1k korang dah dapat all rounder lens dengan speedlight.

Buat yang masih memandang rendah pada hasil kit lens, tu bermakna korang tak habis explore kit lens. Kalo korang tahu selok belok dan rahsia penggunaannya, dengan kit lens pon korang boleh menghasilkan gambar yang menarik. So apa yang penting sekarang ni? Lens? Salah tu... cari ilmu dulu, bila ilmu dah mantap, baru lah masanya untuk mantapkan lens korang lak.

Pepatah melayu ada menyebut, Tiada rotan, akar pun berguna. So gunalah apa yang ada dulu, dari terlalu mengejar itu dan ini tetapi ilmunya kosong, last-last kita akan jual dalam masa yang sangat singkat. Aku sendiri rasa sayang nak jual Sigma 70-300 aku tu walaupun ianya dibeli dari kesilapan aku sendiri. Walaupun takde OS (optical stabilizer) tapi aku cuba gunakan dan cari jalan untuk guna sehabis mungkin.

Untuk entry kamera oh kamera akan datang, aku akan cerita sedikit mitos bokeh yang orang tak berapa faham.

p.s: again, makin canggih suatu benda tu, semakin ia menyenangkan kita aje, no more or less.

Tuesday, March 15, 2011

Kamera oh kamera Part 14 (Lens 1)


Buat yang dah ada DSLR, or yang dah mula menjinakkan diri dengan photoshoot modeling or nak ceburkan dalam job wedding, mesti akan tanya benda ni dekat otai-otai photog. Biasa aku tengok dalam forum-forum.

Well macam biasa, aku hanya photog amatur, hobbyist yang mengambil gambar untuk keriangan dan kenangan. So apa yang aku tulis dekat dalam blog ni hanyalah pendapat peribadi aku. Mungkin ada kebenaran dan mungkin juga salah. Buat yang merasakan ianya info yang salah, tolonglah betulkan. Buat yang rasa ianya membantu, sila lakukan ujikaji dan pemerhatian korang sendiri dan korang akan tahu kebenarannya di mana.

Persoalannya...

Lens apakah yang terbaik untuk portrait? Untuk wedding?

Dan harus diingatkan jawapan aku untuk mereka-mereka yang masih under bajet untuk memiliki lens-lens mahal. Memang mesin hanya mesin, apa yang penting adalah manusia di sebaliknya...namun dengan lens yang lebih hebat dan ilmu yang kita cari, ianya akan menjadi suatu benda yang lebih baik hasilnya. Tak percaya? Sila lakukan ujikaji sendiri.


Adakah standard kit lens itu mencukupi? Ya untuk mereka yang hanya punya body kamera dan sebiji lens (18-55). Tapi kenapa ramai orang dok racun pakai lens ini len itu?

Jawapannya satu je, untuk hasil yang lebih memuaskan penggunaan high end lens memang diperlukan. Tapi tak bermakna kit lens tu useless. Silap tu. Cuba explore betul-betul kenapa mostly kit lens diberi jarak 18-55?

18mm dijatuhkan pada kategori ultra wide angle. Satu kemestian yang perlu ada jika korang hendak memuatkan gambar subjek yang ramai tapi di dalam kawasan yang terhad ruangannya. Dan juga ianya mewujudkan sedikit impak distortion yang mana perlu berhati-hati kerana setiap wide angle lens punyai level distortion yang berbeza. 

Cuba berdiri di jalan yang lurus dan putarkan lens kepada 18mm dan snap gambar. Apa yang korang dapat? Satu benda yang tidak terhasil dengan mata biasa. Itu keistimewaan 18mm pada kit lens.

50mm adalah satu nilai di mana nisbah apa yang kita nampak dengan mata kasar sama dengan apa yang kita dapat di view finder kamera. Ianya dikatakan lebih sesuai untuk portrait sebab tiada distortion. Disebabkan itu, prime lens 50mm amat popular di kalangan peminat portraiture. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah jenis-jenis lens yang ada dalam 50mm. 50mm lens murah takkan sama hasilnya dengan 50mm lens mahal sebab mungkin bokehnya menarik cuma sharpness gambar berbeza pada nilai bukaan F yang sama. So hati-hati dalam invest untuk membeli lens prime. Sebab ramai yang jual balik lens seperti ni selepas mereka tidak faham hasil dan penggunaannya. 


Then ada yang menjawap, tele lens harus ada. Dan ada yang tak setuju, kenapa nak guna lens tele sedangkan kita nak ambil event wedding tu, so nanti gambar jadi mampat. Tapi itu mungkin satu jawapan buat yang tak pernah or jarang guna lens tele dalam mengambil portrait. So jangan terkejut kalau ada photog guna lens 70-200 or 70-300 dalam ambil gambar wedding. Even aku sendiri guna Sigma 70-300 dalam ambil gambar portrait yang pada aku untuk curi moment candid dan kegembiraan yang lebih natural dari senyuman yang dibuat-buat.


Ada lak yang akan menyampuk. Prime lens la yang terbaik. 35mm, 50mm dan 85mm antara yang menjadi pilihan. Dan 85mm bukanlah yang termurah, tapi hasilnya memang mengkagumkan. Cuma satu masalah dengan prime adalah tiada multi zoom yang menyukarkan kita, dan terpaksa bergerak ke depan ke belakang yang mana bukanlah satu pilihan yang terbaik dalam event wedding.

So persoalanya yang kedua timbul, lens yang mana satu? Mana satu yang terbaik?

Sila ikuti bahagian kedua...

Tuesday, March 8, 2011

Kamera oh kamera Part 13 (Ngomelan)


Agak bosan bila orang tanya pendapat antara pisang A dengan pisang B, mana lagi ok? Tetiba ada insan lain yang jawap, Limau A. Adakah persoalan terjawap? Tak! Adakah ianya membantu? Tak! Adakah ianya akan menyelesaikan dilema si tukang tanya? Tak! Kita hanya membuatkan ianya jadi lebih teruk.

Tapi itulah politik dunia fotografi. Bila orang tanya pasal entry level, adalah insan-insan yang cukup kuat meracun supaya beli prosumer level (intermediate level). Kenapa yeh? Teruk sangat ke kualiti entry level ni? Adakah semua gambar-gambar dari kamera entry level tak layak untuk dipertontonkan kepada orang ramai? Sila betulkan mentaliti. Yang mahal itu ilmu bukan alatannya. Mahal alatan tanpa ilmu ianya ibarat membakar duit secara rela.

Bagaimana pula dengan perihal "oh saya tak mampu beli DSLR, hanya sebuah kompak biasa saja". DSLR dan kompak hanyalah alatan. Di tangan seorang pakar, hatta kamera handphone pon boleh jadi suatu seni dan gambar yang menarik. Kenapa? Ilmu dan pengalaman yang membezakan. Disebabkan itu, jangan rasa rendah diri kalau hanya ada kamera kompak. Percayalah, dalam tangan si pakar pasti ada terselitnya kamera kompak ni. Even aku sendiri pun mengakui akan kelebihannya.

So dalam persoalan yang sebenar jika meminati dunia fotografi adalah "siapa guru? siapa anak-anak melayu yang berjaya menjadi photog terkenal dengan hasil karyanya? buku apa yang patut dibaca? bagaimana mahu memahami sesuatu? di manakah kelas fotografi terdekat yang diadakan?". 

Sebab mencari ilmu ni banyak cara. Ada orang suka belajar sendiri, ada orang suka berguru, ada orang suka baca magazine lebih dari buku, ada orang bereksperimentasi sendiri dan tak kurang yang menuntut secara formal. Mana-mana cara pon ok, jika dilihat photog pro tak semestinya lahir dari sebuah kolej or universiti, tetapi dari pengalaman, dari kaji selidik tersendiri, berguru dengan pelbagai jenis guru dan berkawan serta bersosial sesama photog.

Jika ditanya aku mengenai photog yang aku kagum dan feveret, aku menyenarai pendek beberapa nama yang pada aku agak popular di kalangan photog. Seperti orang lain, aku tidaklah terlalu tahu photog-photog hebat yang terdiri dari anak melayu dekat Malaysia ni. Tapi cukuplah sekadar paling tidak aku kenal siapa mereka.

Antara yang paling aku suka, KB or KukuBesi. Mungkin ada yang kenal, mungkin ada yang tak kenal. Perihal KB selalu gak aku coretkan dalam blog ni macam event yang aku join, baju yang dia jual or apa-apa lah yang pada aku agak hebat. Kalau dilihat cara penyampaian karya KB ni lain sikit dari yang lain. Mungkin ada photog yang tidak menggemari seni fotografik yang menggabungkan elemen gambar dan manipulasi (editing). Dan dari situ kot aku rasa kelebihan KB disamping sikapnya yang lebih terbuka dan mesra alam compare to sesetengah photog yang lebih sukakan politik cantas mencantas. 

Yang lain seperti Cikgu Adhadi (portraiture/wedding), seorang pengajar kelas fotografi dan memiliki sebuah kedai kamera. Hasil karya cikgu Adhadi pada aku lebih natural dan lebih kepada simple things yang menyenangkan peserta kelas beliau untuk senang faham. Ditambah pula dengan sifat peribadinya yang lebih profesional dalam menyampaikan ilmu dan juga urusniaga. Pendek kata, perwatakannya itu yang membuatkan orang menghormati beliau as seorang guru.

Yang ni pon kalau aku sebut, mesti ramai yang kenal. SN or Saiful Nang (wedding), hasil karya beliau memang tak dapat dinafikan. Sentuhan yang diberikan nampak simple tapi mood itu mendalam. Biarpun beliau dilanda banyak umpat keji orang dek kerana kelantangan beliau meluahkan something (harga seorang photog wedding), tapi pada aku itulah yang menjadikan beliau adalah SN. 

Yang lain-lain seperti Didiz (portraiture), Hadi Nor (portraiture/wedding), Mayon (HDR), Kabir Malek (HDR), Dr Ali (Landscape) dan ramai lagi semuanya mempunyai kepakaran masing-masing yang pada aku satu keunikan buat diri mereka. Orang-orang sebegini lah yang patut korang cari dan menuntut ilmu jika mampu. Aku gerenti, hasilnya pasti memuaskan walaupun aku sendiri tak pernah join, tapi insyaAllah one day aku pasti join paling tidak salah satu dari nama-nama besar yang aku listkan di atas.

Mungkin ada lagi photog-photog anak melayu yang pro yang aku tak kenal. Biasalah, aku hanya manusia biasa, takkan semuanya aku kenal. Nampak sangat poyonya.

Sekian dulu edisi kali ni, semoga coretan aku dapat membantu korang-korang yang berminat dengan dunia fotografi. Apa pun coretan aku hanya coretan amatur sahaja, sekian.

p.s: "Tiada rotan, akar pun berguna"

Sunday, February 27, 2011

Kamera oh kamera Part 12 (Racun)

Salam Ahad,


Kali ni aku nak cerita sikit pasal isu racun-meracun dalam komuniti photog. Mungkin ada yang  baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi pon turut terkena tempias racun ni dari member-member, tokei kedai dan juga orang-orang yang baru kenal seperti di forum dan di mana-mana.

Pada aku sendiri, isu meracun kawan adalah lebih kepada kemampuan mereka untuk memiliki DSLR atas kerelaan bukan secara paksa rela seperti di kedai. Orang minta pandangan dan nasihat, aku hanya menghulurkan sahaja. Sebab tu kalo orang tanya aku "Bro DSLR apa yang bagus untuk orang baru nak belajar". Jawapan aku senang je, "kena ada bajet, kena try rasa dan kena banyak buat survey dan sedikit stadi".

Bajet, ni yang paling penting. Andai bajet korang ada di tahap-tahap tertentu fixkan, jangan melangkau walaupun korang ada duit lebih. Simpan duit lebih untuk benda-benda lain since DSLR bukan one thing only tapi jenis beranak pinak. Aku bagi contoh, andai korang bajet untuk beli Nikon D3100. Fixkan bajet dengan melihat harga RRP Nikon yang paling latest di website, di magazine. Jangan straight tanya kedai sebab kedai ni banyak muslihat lebih-lebih kalo bukan authorized dealer. Biasanya Nikon akan letak harga paling tinggi sesebuah model itu boleh dijual di Malaysia, so any price higher than that forget it. Then, korang perlu lebihkan sedikit dari jumlah bajet yang korang fixkan tadi, misalnya lebih RM200. So kalo harga D3100 adalah RM2.1k, total bajet korang adalah RM2.3k. Fixkan di situ.

Next thing adalah rasa dan pegang. Adakah ianya serasi dan sejiwa dengan korang? Ni bukan isu memain pada aku sebab sebuah kamera yang bagus adalah ianya akan serasi dan get well along dengan pemiliknya. Sebab aku perhatikan ramai yang jual balik body kamera dengan alasan tak sesuai, kecik, jari tak muat, berat sangat, ringan sangat bla bla bla. So kalo boleh pergi kedai try rasa, silakan. Rasa di sini bukan dengan lidah, tapi pegang betul-betul as if korang nak ambil gambar. Cuba pegang sebelah tangan dengan berat body tu, adakah ok? Adakah jari korang just nice? Atau tak cukup panjang? Atau terlalu padat? Benda ni yang mainkan peranan untuk ubah pendirian korang sebenarnya sebelum proses jual beli berlaku.

Bila dah rasa dan tetapkan pendirian, boleh start survey kedai yang ok. Macam biasa seruan aku, kalo tak nak banyak masalah beli dari authorized dealer or paling tidak tanya warranty apa yang dapat. Kalo kedai? Cuba tanya ada tak warranty Malaysia? Sebab kadang-kadang kedai ni banyak sangat muslihatnya. Dan sila pastikan yang warranty Malaysia adalah untuk body kamera. Sila ambil tahu, body dan kit lens ada 2 warranty yang berbeza. 

Buat yang nak beli impot, aku tak sarankan melainkan korang ada kawan-kawan yang pakar dalam hal-hal begini. Lagipon hak korang. Cuma satu jela, adakah berbaloi membeli barangan murah RM300 tetapi bila ada problem kamera korang akan kena hantar balik ke negara asal yang issuekan warranty tu? Dan kalo lagi malang, kedai tu sendiri yang buat servis. Dapat yang memang pakar servis takpelah, yang tak?

Survey bukan setakat di kedai. Survey perlu dilakukan dan seiiring dengan stadi perihal model DSLR, apa itu DSLR dan ilmu basic yang perlu tahu. Nak yang paling berkesan baca review pakar-pakar DSLR mengenai sesebuah model. Adakah berbaloi untuk beli dan kenapa? 

Jika korang dah khatam benda-benda di atas, konfem korang boleh tepis racun-racun yang akan menghinggap dekat korang later. Satu benda yang pasti, kalo korang nak beli entry level silakan kalo itu yang korang mampu dan rasa serasi, dan beli sekadar hobbyist untuk ambil gambar lawa. Mesti ada yang akan meracun kenapa tidak ambil intermediate level? D90? D7000? D300s?

Sebab racun-meracun akan berterusan selagi korang tak beli Full frame kamera. So tak guna pon kalo korang tak mampu nak beli D90 or D7000 tapi orang racun suruh beli, then korang termakan racun dan beli, still korang kena racun untuk upgrade lagi. Yang nak guna, yang keluar duit adalah korang bukan manusia-manusia ni. So ukur baju di badan sendiri. Sesebuah gambar lawa atau tidak bukanlah disebabkan canggihnya body kamera itu tetapi lebih kepada apa yang korang dah belajar iaitu ilmu dalam fotografi.

Agak kelakar bila aku membaca posting di sebuah forum mengenai mode auto. Memang tak salah guna cuma pada aku kalo body canggih dan hebat tapi still guna mode auto, lebih baik guna kamera kompak aje. Apa bezanya pun kan?

Aku harap one day aku dapat buktikan tak salah pun menggunakan entry level dan entry level pon boleh menghasilkan gambar yang setanding dengan level yang lain. Apa yang diperlukan adalah ilmu dan teknik yang betul.

p.s: geleng kepala bila tengok dekat forum orang menjual kamera macam jual pisang goreng. Baru 2 bulan guna jual. Reason? UPGRADE? Ni semua mangsa racun la nih

Friday, February 25, 2011

Kamera oh kamera Part 11 (Video DSLR)

Haaa sementara aku masih ingat ni baik aku tulis hehe.

steady cam macm ni mahal, ada duit boleh je

Tadi tengah aku jeling-jeling beg kamera aku yang tersadai sejak balik dari Bentong, aku keluarkanlah D5000 aku tu. At the same time aku cari balik video yang aku pernah try ambil guna pakai DSLR aku tu. 

Terdapat banyak problem sebenarnya mengunakan video DSLR ni jika tak tahu cara dan peralatan yang betul. Salah satu yang paling senang nampak adalah stabilization. Mana-mana video yang aku ambil mesti agak kucar-kacir movementnya. Since DSLR macam aku tu takde stabilizer sendiri dekat bodynya, so bila handheld agak ribut.

Masalah kedua adalah fokus. Yang ni tak semualah akan alami since kamera old skool macam aku ni memang tak didatangkan dengan Autofokus time video recording. So agak mengecewakan bila ada sesetengah subjek jadi blur sebab takde autofokus.

Tapi benda ni boleh diatasi sebenarnya.


Stabilization tu boleh diatasi dengan guna monopod/tripod. Aku prefer monopod since ia lebih ringan, kalo dapat beli yang CF lagi la ringan. So aku syorkan buat yang berminat dengan video DSLR untuk membeli monopod CF (carbon fibre). Nak guna tripod pon boleh cuma untuk portability tu agak mengganggu sebab mostly tripod berat dan besar untuk diangkat. Ia lebih sesuai untuk diletak di atas tanah aje.

Bila dah mount monopod/tripod, body kamera akan less shaky dan dapatlah korang ambil video dengan bestnya. Tapi janganlah comparekan dengan stabilizer lain yang harganya ada sampai RM30K. Tu kalo dapat memang bestlah, boleh buat movie dah.


Yang perihal autofokus tu kalo korang ada kamera latest macam Nikon D3100 ke D7000 ke, Canon 550D ke, 7D ke, 5D ke memang bestlah sebab dia autofokus. Cuma pada aku kalo kita sendiri yang kontrol fokus lagi seronok sebab boleh buat depth of field yang menarik.

Ada yang berpendapat untuk ambil video DSLR ni sebaik-baiknya gunakan prime lens sebab satu dia fix, so takkan ada istilah ter zoom in ter zoom out. Yang hanya dijaga adalah fokus ring sahaja. So untuk zoom in ke zoom out ke gunalah kaki. Pemilihan prime lens lak terpulanglah kepada duit poket korang. Tapi untuk yang baru nak berjinak ni aku sarankan kalo nak beli pon untuk Nikon entry level sila cari lens AFS 35mm F1.8. Buat Canon lak aku rasa boleh lah guna lens EF 50mm F1.8 tu sebab ni je lens yang paling bajet nak beli tapi effect agak best. Kalo ada yang mampu beli lens prime yang lain macam 85 ke, 24 ke, fisheye ke silakan. Hasilnya mesti lagi best.



Dan yang lain-lain hanyalah stamina, dan kuatkan tangan je la. Lepas tu just cari software editing video yang best macam Video Spin dari Pinnacle. Diorang ada bagi free software untuk di download. Aplikasi lebih kurang macam Windows Movie Maker cuma lebih banyak option je kot. 

Oklah selamat mencuba, syok wooo ambil video guna DSLR. Buat yang nak tengok hasil video dari DSLR boleh try cari dekat Youtube dan cari nama Saiful Nang. Kalo tak silap diorang guna DSLR cuma yang mantoppp je la peralatannya.

p.s: pucuk pangkalnya, ianya semua bergantung kepada bagaimana korang melihat sesuatu dan usahakannya. Nantikan video dari aku lagi 2 minggu kuikuikui.

Wednesday, February 23, 2011

Kamera oh kamera Part 10 (Canon main tipu)

Salam,


Buat Canonian jangan marah ye, topik tu saje je kasi panas hahaha. Tapi pada aku Canon agak cheating la dalam memasarkan DSLR siri EOS diorang yang terbaru iaitu 1100D. Seperti yang dah aku ceritakan serba sedikit dalam episod kamera oh kamera siri lepas, Canon bakal keluar pada bulan April? Itu yang apa aku dapat di Internet, tapi tadi masa tengah tengok berita TV3 ternampaklah cerita 1100D dengan 600D dah officially ada di Malaysia. Wah nampaknya memang nak bersaing betul dengan Nikon D3100 nih.

Aku tak nak cerita balik pasal spec Canon EOS 1100D cuma dengan topik seperti di atas izinkan aku menghuraikan sesuatu. Pada awalannya aku menyangkakan 1100D agak kureeeng sebab dari segi mekap body agak kosong dari segi rubber grip.

TETAPI...

Canon revealkan satu benda yang agak unsual dari segi koleksi DSLRnya iaitu warna.


Seperti yang korang tahu DSLR Canon dan Nikon ni hanya ada satu warna untuk body iaitu hitam. Paling rare pon kaler diorang adalah warna silver dan putih. Silver untuk Nikon D50 dan putih untuk Nikon D3 (limited edition). 



Tetiba untuk entry level baru Canon 1100D ada lak warna maroon, brown dan hitam. Wah, ni tiru taktik Pentax ke apa nih?


Pentax terlebih dahulu guna formula DSLR warna warni ni

Tak dinafikan benda ni dibuat untuk menarik perhatian sesetengah golongan termasuk wanita supaya nampak lebih trendy, CUMA apa yang dikhuatiri oleh para photog termasuk yang otai...

DSLR nanti hanya sebagai gajet perhiasan gantungan di leher sebab trend warna dah mula digunapakai kembali oleh pengeluar besar seperti Canon. 

Bagi aku? Terpulanglah, duit masing-masing cuma kalau rasa hanya nak bergaya, lebih baik pinjam aje kan dari membazir duit beli just untuk show off tetapi later on bosan, jual balik.

p.s: dalam komuniti photog pon banyak sangat politik dan perbezaan pendapat mengenai pemilikan DSLR, lebih-lebih bila DSLR diletakkan sebagai salah satu gajet muda-mudi sekarang ni.