Followers

Showing posts with label Andai kau tahu. Show all posts
Showing posts with label Andai kau tahu. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Andai kau tahu VII

Pencarian aku malam itu sia-sia. Nur tidak aku jumpai di mana-mana. Puas aku telefon namun tidak berjawap. Yang kedengaran hanyalah voice mail selepas 15 saat panggilan dibuat. Aku betul-betul mati kutu! Penat mencari Nur, aku berhenti dan duduk di sebuah bus stop berdekatan dengan sekolahku. 

Handphone ku berbunyi, Ecah call. Dia bertanya adakah aku dapat jumpa Nur? Aku hanya diam. Ecah bertanya lagi aku di mana, dia dan Paan ajak lepak di kedai mamak. Berat hati, aku kuatkan juga langkahku kerna tika ini aku tak tahu ke mana ingin ku tuju lagi. Nur sudah semakin jauh dariku.

"Bu! Sini!" kedengaran suara Paan yang nampak kelibatku menyorong basikal. Dia duduk di meja paling luar dari kedai. 
"Ecah mana?" tanyaku perlahan.
"Dia pergi tandas kejap. Ada la kejap lagi tu."
"Aku tak tahu nak buat apa dah Paan. Terkejut gila bila dia hantar mesej macam tu dekat YM. Aku ingatkan aku bertepuk sebelah tangan je. Tapi tu lah, sekarang ni dah terlambat. Dia pun mungkin dah balik semula ke KL kot?" luahku kepada Paan yang sedang asyik mengunyah roti canai.

"Woi! Kau ni dengar tak apa yang aku cerita ni? Asyik melantak je. Member tengah susah hati ni pun kau buat dek je".
"Ala rileks la Bu, bunga bukan sekuntum. Lagipun kau dah tahu kisahnya kan? Takyah la risau, satu dua hari lagi kau try la balik call or YM dia tu." Paan masih sibuk dengan roti canainya.

Memandang Paan yang sibuk melahap makanan, aku tiba-tiba teringat yang aku masih belum makan malam. 
Tambahan pula dengan mencari Nur tadi naik basikal. Alang-alang dah sampai sini, makan dulu lah.

"Mamak, mee goreng basah satu! Limau ais satu!."
"Tambah satu lagi roti canai mamak!" Paan bersuara.
"Gila, dah mencekik nak tambah lagi?".

Aku masih memandang ke sana ke mari. Mencari-cari di mana Ecah. Mana lah tahu Nur ada pesan something sebelum dia berangkat pulang ke, nak bagi surat ke.

Mee goreng aku sampai. Dek kerana lapar, aku cuba melupakan seketika masalah dan cuba sebaik mungkin untuk menikmati hidangan makan malam aku itu. Tengah sedap menjamu selera terdengar suara yang agak familiar datang dari belakang aku.

"Hai Bu. Makan tak tengok kanan kiri. Aku lalu pun kau tak sedar." suara lembut itu menusuk di corong telingaku.

Nak je aku berpaling dan melompat. Tapi sebab mee tengah penuh dalam mulut, aku sebaliknya tercekik. Cepat-cepat aku menyedut air Paan dek panik yang tak memasal.

"Woi! Air aku tu. Ni haa air kau" marahnya.

Aku memusingkan badan dan dihadapanku munculnya insan yang aku cari tadi. Terkejut! tak sangka langsung! aku ingat dia dah pulang ke KL semula. 

Entah dari mana, Ecah datang dan menarik Paan ke meja yang lain.
"Wei, roti aku tu! Aku tak habis makan lagi ni."

Aku diam, Nur diam. Kami masing-masing tak berkata sepatah pun. Nur kini duduk setentang denganku. Aku merasakan kurang selesa kerana tidak pernah Nur merenung aku sebegini rupa. Aku pula yang jadi segan.

"Er, dah makan? Nak makan? Mamak!" kataku ingin lari dari suasana yang agak dingin ni.
Nur gelengkan kepalanya. Dia masih merenung mencari-cari anak mataku. Aku dah start berpeluh-peluh, tak pernah-pernah Nur nak buat macam ni dekat aku. Spontan dia menggenggam jari jemariku.

"Bu...maafkan Nur...sebab terlalu buta untuk menyedari betapa cinta Bu begitu mendalam. Please jangan tinggalkan Nur lagi boleh?" mulutnya kini bersuara semula.

Aku masih lagi tersentak tapi agak syahdu apabila dia yang memulakan langkah. Terasa seperti aku ni seorang lelaki yang tidak berguna. Bodoh! Pengecut!

"Tak Nur, Bu yang salah. Patut Bu sendiri yang lebih berani untuk meluahkan segala-galanya tentang apa yang Bu rasakan. Bu tak layak untuk mendampingi Nur" perlahan ku lepaskan genggaman tangannya. Aku terasa seperti aku tidak untuknya. Siapalah aku? Hanya seorang teman biasa yang tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahu isi hatinya.

"Tapi Nur cintakan Bu sangat-sangat. Bila Bu tak reply pun mesej dekat YM, hati Nur agak kecewa. Rasa nak pulang ke KL tapi hati Nur mengatakan bahawa Nur kena berjumpa dengan Bu juga untuk kali terakhir. Paling tidak, Nur akan pulang dengan satu jawapan dan bukan dengan seribu penyesalan" jelasnya beria-ia.

Sekali lagi, dia mencapai jari jemariku dan digenggamnya makin erat. 

"Nur tak nak kehilangan Bu lagi dalam hidup Nur. Cukuplah selama hari ni Nur buat Bu tersiksa. Izinkan Nur untuk membetulkan keadaan semula, please..." rayunya dengan air mata mula berlinangan.

Aku kesat air matanya, renung dalam-dalam ke anak matanya sambil berkata.

"Sudikah Nur terima seorang mamat yang pengecut ni menjadi buah hati Nur? Bu bukanlah lelaki idaman..."
"But you make my life perfect" sambungnya spontan sambil menguntum senyuman.

Malam itu merupakan malam paling bahagia buat aku. Akhirnya aku dapat menemui cinta aku. Rupa-rupanya semua benda ni dirancang oleh Paan dan Ecah. Ecah berpura-pura tidak tahu perihal Nur dan Paan berpura-pura langsung tidak tahu apa-apa. Kami berempat lepak di kedai mamak sampai pukul 2 pagi sebelum Ecah dan Nur meminta diri untuk pulang.

Akhirnya tidurku bermimpikan syurga...

to be continue...

Monday, March 1, 2010

Andai kau tahu VI


"Bu kenapa kau makin menjarakkan diri dari aku?" perlahan Nur bertanya. "Besar sangatkah dosaku padamu. Beritahulah aku Bu, aku dah tak sanggup kehilangan orang yang aku sayangi lagi" rayu Nur. "Takde apa-apalah, perasaan kau je kot. Aku macam biasa je" kataku cuba menyembunyikan apa yang terbuku di hati. Aku cuba untuk berlalu pergi meninggalkan mereka berborak kerana aku sudah tidak mempunyai idea untuk berkata apa-apa dengannya.

Tak kusedari, Nur mengikutiku dari belakang. "Bu, Bu please jangan tinggalkan aku lagi" jeritnya. Aku buat endah tak endah dan terus berlalu ke kawasan parking basikal. Tatkala aku hendak membuka rantai kunci basikalku terdengar jeritannya bertambah kuat. "Abu! Kenapa kau nak lari daripadaku? Kenapa kau nak siksa aku macam ni? Saat aku perlukan teman untuk meluahkan perasaan, kau tiada. Saat aku memerlukan bahu untukku menangis pun kau tiada. Dan sekarang di saat aku ingin berkongsi kegembiraan itu pun kau masih menjauhiku, kenapa Bu?" jeritnya sambil menangis. Perlahan aku pergi mendekatinya dan menghulurkan sebuah surat dan ku terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku hanya sempat berkata pendek sebelum ku berlalu pergi "Baca dan kau akan faham".

Assalamualaikum,


Buat sahabatku Nur yang sentiasa aku sayangi dan cintai. Tujuan suratku ini adalah bagi pengganti diriku yang kini ku rasakan begitu janggal untuk menemui mu. Mungkin aku berasa malu, sedih, kecewa dengan apa yang telah berlaku namun aku tidak menyalahkanmu. Aku anggap ianya adalah takdir kita dan yang lebih penting jodoh kita tidak mungkin akan bersama. 


Nur ingatkah lagi tatkala kau gembira di saat ada lelaki yang melamar hatimu? Kau sangat gembira namun jauh di sudut hatiku terasa kesedihan kerana kehilangan kau. Tapi demi melihat kau bahagia, aku teruskan juga hidup ini kerna tak guna aku bersedih lara kerana ianya tidak mengubah apa-apa. Dan aku turut bersimpati malah terus menerus menyayangimu tatkala kau mengetahui dipermainkan oleh orang yang kau jatuh hati itu.


Setiap detik dan saat aku tak pernah berhenti menyayangimu Nur walaupun ku tahu kau tak bukakan lagi pintu hatimu untuk mana-mana lelaki. Malah aku terima dengan hati yang terbuka bila kau terus terang menganggapku sebagai temanmu sahaja walaupun dalam masa yang sama aku ingin meluahkan apa yang terbuku di hatiku ini. Mungkin inilah takdirnya, aku hanya terlewat beberapa minit sahaja dan kau sudah meluahkan dulu apa yang termaktub, dan ianya ibarat titik noktah untukku sebagai seorang sahabat untuk menghormati prinsip dirimu.


Sejak dari itu, ku nekadkan diri untuk menjauhkan diri kerna hanya dengan ini aku dapat tenang dan aman ketika lenaku menjelma. Mungkin kau sakit dikecewakan dan ditinggalkan, namun sakitku menanggung segala bebanan yang tak terluah ini lebih terasa setiap kali aku berdekatan denganmu. Maaf ku katakan jikalau kau merasakan caraku ini kejam tapi bagiku hanya inilah saja caraku untuk terus hidup tanpamu.


Bukan ku tidak mahu untuk menghubungimu tapi sungguh aku tidak tahu ingin memulakan apa. Hanya melalui surat ini sahaja yang dapat ku luahkan segalanya yang terbuku di hati dan ku mengharapkan kau dapat memaafkan aku di atas segala perbuatan yang cukup membuatkan kau menderita. Aku doakan kau akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik kelak. Cukup sampai di sini dulu coretan warkah ini, ku tak mengharapkan balasan darimu. Sekian.


Insan yang senantisa menyintaimu,


Abu
Malam tu YM aku berbunyi lagi, Nur menghantar mesej. Aku buat tidak layan. Sehinggalah lebih kurang 10 minit bunyi itu berhenti, dan aku nampak nick Nur sign out dari YM. Lekas-lekas ku baca balik apa mesejnya yang berbunyi:


BUZZ!!!


Minah Rocker: Bu...
Bu...
Bu...please... could u give me a chance to fix thing... aku tahu aku pun ada buat salah dekat kau...
maafkan aku bu sbb tak pernah nak faham perasaan kau
maafkan aku sbb aku tak pernah nak tgk api cinta di mata kau bu
maafkan aku sbb aku sibuk mencari cinta sedangkan cinta itu sudah pun dekat denganku...
maafkan aku sayang, kerna hati ini tidak mampu untuk menipu lagi...
please Bu, I miss u so much... miss the moment when we r together as one...
jika hati ini yang kau pinta aku rela menyerahkannya kerna aku tahu cintamu tulus dan suci...
dan jika kau bertanyaku sekali lagi "Adakah kau menyintaiku?"


jawapanku "Ia, aku pun begitu"


Last message received on 14/3/06 at 9:04 PM

Ya Allah, berteleku aku melihat barisan ayat-ayat terakhirnya. Lantas aku mencapai phone dan bertanyakan Ecah adakah Nur bersamanya. Ecah tidak tahu. Dengan tidak berfikir panjang aku terus keluar dari rumah dan terus mengayuh basikal untuk mencarinya. Tapi di mana?

p.s: cerita ini aku mahu tamatkan sirinya, jika tiada siapa yang meminta untuk disambungkan, mungkin next sambungan adalah yang terakhir untuk siri Andai kau tahu. Namun jika ada yang masih mahu ianya disambungkan, aku akan ikhtiarkan jalan ceritanya. Sila bagi respon ya~ Thanx sebab membaca!

Sunday, February 14, 2010

Andai kau tahu V

cuti menjelang tiba, uh bosannya cuti kali ni. Paan balik kampung, ada hal katanya. Ecah pun balik kampung, ada saudara nak kahwin, biasala time cuti-cuti sekolah ni. Aku mati akal, walaupun aku ni jenis pendiam, tapi aku suka berjalan dan merantau. Bagi aku ia dapat menenangkan jiwa disamping dapat meluaskan pemandangan, dapat experience baru. Tiba-tiba nama Nur menjelma...

Lama aku tak dengar cerita dari minah ni. Dia ada bagi nombor telefon, facebook dan Ym nya padaku, tapi entahla, aku tak terasa nak berhubung setakat ni dengan dia. Tengoklah malam karang kalau aku rajin, aku add kan dia dalam Ym dan Facebook.

Malam ni pun bosan, tv yang terpasang sejak tadi ku rasa begitu hambar dengan intisari rancangannya. Ada yang rancangan khas untuk orang dewasa, ada yang untuk kanak-kanak, yang muda belia macam aku ni kurang sangat. Pandang laptopku, ah online lah, mana tahu boleh layan chatting ke apa ke. Lagipun aku nak uploadkan gambar-gambar yang telah siap ku editkan pada pagi tadi.

Nak ke add ke tak? Add je lah, bukannya sakit apa pun. Dah siap add, aku biarkan Ym ku terpasang, sebab kalau ada sesiapa yang sudi nak berborak denganku, boleh juga mengisi kebosanan malam ni. Tak sampai 5 minit, aku dapat satu buzz. "Hai Bu, lama tak dengar cerita? Kau masih marahkan aku ke?" mesej yang ku terima dari seorang yang bernama Rocker_Cun. Setelah dekat 5 minit aku perhati, baru aku perasan email dia, Nur! Alahai nak balas ke tak?

Last-last aku offline kan je Ym aku. Aku tak tahu macamna nak mulakan balik hubungan aku dengan Nur. Kejadian lepas dah cukup untuk menjarakkan aku padanya. Bukanlah aku nak menghukum, tapi derita yang rasa amat sukar untuk diubati begitu saja.

Cuti datang dan pergi, tau-tau je result dah keluar. Aku dapat 6A 2B, walaupun aku tak aim tinggi sangat. Paan dapat 7A 1B, Ecah 8A. Nur? Aku tak tahu pulak, sebab time aku ambil result dengan Paan, just terjumpa Ecah, tu pun sebab on the way balik terserempak Ecah dengan mak dia. Ecah pun tengah tunggu Nur, dia ajak kami tapi terpaksa ditolak sebab kami nak ikut budak-budak lelaki pergi jalan-jalan dekat bandar sempena dah ambil result. Biasalah, lepas ni masing-masing akan ke sana sini masuk sekolah lain pula. So time yang tinggal ni je la yang kami boleh habiskan bersama. Bila bersama, jenayah-jenayah kecil pasti berlaku. Adatlah padaku, bukannya kami merompak kedai pun, cuma just kacau-kacau orang dan pergi main snuker ramai-ramai. 

Tingkatan 4 bermula, ramai yang dah cabut dari sekolah kami. Yang masih kekal aku, Paan dan Ecah. Nur dengar khabarnya dapat 7A1B, dia agak sedih sebab dia target dapat 8A. Dan dia dah pindah ke sekolah lain tak tahu pula sebab apa. Atrisya pula pindah masuk sekolah swasta, biasala orang lawa haha. So tinggal kami bertiga semula. Ecah la paling bosan, dah takde member kamcing lepas Nur pindah. Kami sepakat masing-masing untuk mengambil aliran sains. Dan dek kerana itu juga kami sama-sama mengambil kelas biologi sebab orang kata senang nak score dan senang nak masuk Uni. Pada aku biologi ni interesting cuma bukan untuk orang yang malas sangatlah. Sebab dia agak leceh dan rumit ditambah lagi dengan suasana tingkatan 4 yang orang kata honeymoon mode tapi takdelah boleh rilek sangat. Kalau tak mau kecundang juga akhirnya.

Sekali sekala ada juga Ecah memberitahu kami hal-hal Nur sekarang yang dah pun di sekolah elit di KL. Ecah ada tanya aku, kenapa aku tak pernah balas mesej Nur di Ym. Aku just jawap "Aku bz la" jawapan paling koman yang orang nak reka.

Masa berlalu begitu cepat, sedar tak sedar kami semua dah pun habis tingkatan 5 dan SPM. Memang mencabar kehidupan kami lepas ni. Paan dah tak sabar-sabar nak bekerja, walaupun aku tegah "Kau cerdik Paan, kenapa kau tak nak sambung belajar? Jangan sia-siakan hidup kau". Tapi mungkin Paan ada misi dan visi nya tersendiri, dia hanya membalas "Belajar tak semestinya kau kena masuk universiti Bu, ilmu ada di mana-mana. Kau ingat orang-orang berilmu cari ilmu dari mana? Asal usul mesti dari something, mesti dari seseorang. Kau nak belajar cari ikan, mesti belajar dengan nelayan, dengan penternak ikan, dengan pemancing, betul tak? Apa yang berbeza mungkin cara dan masanya. Aku ni tak boleh sangat nak mentelaah buku lama-lama, aku jadi bosan. Aku suka turun padang, tengok sendiri, rasa sendiri. Baru aku lebih menghargai benda-benda macam tu". Aku tak dapat kata apalah, sebab sengal-sengal Paan, soal hidupnya dia lebih matang dari aku. 

Ecah pula, nak further study ke oversea, walaupun banyak kena kutuk dengan Paan. "Aku tetap nak rasa la Bu macamna duduk oversea, belajar sana, cari pengalaman" katanya. Aku hanya senyum dan balas "Baguslah macam tu, kau ada peluang, ada masa ada rezeki pergilah, tapi jangan lupa kembali. Jangan lupa tanah yang kau dilahirkan, jangan lupa bandar kau membesar, dan yang paling penting jangan lupa kawan-kawan kau yang membesar bersama. Tak guna kau belajar luar negara tapi balik sini kau lupa semuanya, hanya kerana kau graduan oversea". "Taklah Bu, kita ni dah macam adik-beradik" balasnya lagi.

"Dan kau Bu, apa rancangan kau?" tanya Ecah. "Aku? Aku hanya menurut di mana kakiku melangkah, di mana kepala ku mendongak di situ aku berada. Tapi aku dekat-dekat sini jela, kau pun tahukan aku kena tengok-tengokkan mak aku. Kalau aku jauh, siapala nak tengokkan dia" kataku. "Aku faham Bu, kadang-kadang aku terharu tengok pengorbanan kau pada mak kau lepas ayah kau meninggal dunia. Kau sanggup lepaskan tawaran time form 4 hanya nak jaga mak kau. Dan sekarang pun kau still nak stay dekat-dekat sini" kata Paan. "Takpelah, aku boleh cari duit dan ilmu di mana-mana tetapi kasih sayang seorang mak aku ada hanya satu. Takde ganti lain dah". "Aku syorkan kau kahwin awal la Bu, kalau kau takde calon, nanti aku tolong carikan" celah Paan. "Banyaklah kau, nak kahwin umur baru 18 tahun nak bagi anak dara orang makan apa?" dan kami bertiga gelak bersama.

Result SPM dah keluar, aku dan Paan masing-masing hanya dapat 5A dan beberapa lagi yang semuanya lulus. Ecah paling cemerlang dengan semuanya A, memang secemerlang niatnya yang nak sambung study ke luar negara. Tengah dok borak-borak dengan diorang, tiba-tiba kami didatangi oleh seorang perempuan manis. Aku memang tak perasan langsung siapa, cuma Ecah tiba-tiba menjerit "Nur! Ya Allah lainnya engkau!". Nur? Berkelip-kelip mata aku memandangnya namun tetap tak dapat nak digambarkan orang yang aku minat rupanya dah berubah wajah. Memang benarlah orang kata, hidup di KL sedikit sebanyak membawa perubahan ke dalam diri. Nur dan Ecah berborak rancak seperti lama tak jumpa. Paan hanya pandang aku, dan berbisik "Kau taknak tegur Nur ke Bu? Pergilah, sampai bila kau nak lari dari dia, sian minah tu". Belum sempat aku nak jawap balik, tiba-tiba suara Nur dah sampai ke lubang telinga aku "Bu, kau masih marahkan aku?"

Aku jadi kaget, nak pandang dia pun dah tak berani, tadi boleh la setakat pandang curi-curi. Macamna la aku nak mulakan balik, aku nak ucap hi pun rasa lidah kelu. Seolah-olah perempuan yang depan mata aku ni bukan Nur. Macamna la nak beritahu dia yang aku tak pernah marahkan dia, cuma... cuma... entahlah aku pun tahu. Arghhh stress!! Andai kau tahu...

Wednesday, February 10, 2010

Andai kau tahu IV

hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan percubaan untuk budak-budak yang menduduki PMR. Hampir keseluruhan blok A sunyi sepi seperti di kawasan perkuburan dek kerana masing-masing sedang menduduki paper last untuk peperiksaan percubaan. Dan segala-galanya bakal berubah sebentar saja lagi.

"Ok, masa sudah tamat, sila habiskan ayat terakhir anda. Sila pastikan nama dan angka giliran telah ditulis dengan betul. Anda diminta untuk tidak berganjak dan membuat bising sementara pengawas peperiksaan akan mengutip kertas jawapan kamu" jauh kedengaran suara pengawas bertugas.

"Baiklah, anda semua boleh keluar, terima kasih" serentak dengan itu kedengaran seretan bunyi bangku dan bunyi tapak kaki melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Segala-galanya seperti pasar, seperti langau di tengah-tengah seketul najis yang lama kelamaan semakin menyesakkan. Ada yang berlari laju, ada yang berbincang mengenai paper tadi, ada yang hanya berborak dan segala macam, biasalah kalau habis exam.

"Bu, macam mana paper tadi, ok ke? Aku ternampak kau tekun je jawap" Paan memulakan cerita. 

"Ok la, tapi nak score A tu agak berat juga, takut-takut kalau pemeriksa aku tu moody je haha mampus aku. Dah la jom kita pergi makan, lapar lah" ajakku sambil bingkas bangun dan membersihkan seluarku. "Jom, warung Mak Lang nak? Aku dah lama tak pekena asam pedas dia, menusuk kalbu daaa..." ajaknya dengan penuh perasaan lapar. "Ok jugak, boleh aku bayar hutang makan tempoh hari" kataku sambil menyeluk saku yang berbaki RM10. "Ecah dengan Nur kau tak nak ajak?" tiba-tiba soalan tu terpacul keluar dari mulut Paan. "Ikut suka kau lah, tu pun kalau diorang nak pergi lah" dengan tidak semena-mena aku jadi sedikit kurang gembira. Ini semua pasal bulan sebelum peperiksaan percubaan bermula.

Time aku dan Paan dalam perjalanan ke tempat biasa kami mengambil gambar di air terjun, kami ternampak kelibat beberapa remaja lelaki bersama beberapa remaja perempuan. Mula-mula kami tidak kisahkan sangat, tapi sedang aku memfokuskan kameraku alangkah terkejutnya aku apabila insan yang aku nampak adalah si Esham bersama seorang perempuan. Dengan bantuan lensa 70-200mm ku, aku fokus betul-betul dan ternyata perempuan itu bukanlah Nur. Aku ingatkan bila aku beritahu Nur, dia akan percaya tapi jangkaanku meleset.

"Betul Nur, aku nampak dia dengan perempuan lain dekat balik pokok tu. Aku nampak... aku nampak..". "Kau nampak apa?" gertak Nur. "Aku nampak diorang buat projek dekat balik pokok tu" balasku.

"Kau jangan nak buat cerita Bu, sepanjang kitorang kapel, dia tak pernah buat perangai dan sepanjang tu jugalah aku bahagia je dengan dia" tegasnya. 

"Tapi Nur, aku tak tipu, sumpah aku tak tipu. Buat apa lah aku nak tipu kau? Aku hanya beritahu kau perkara yang sebenar, siapa Esham yang sebenar" balasku pula. "Ah, aku tahu kau cemburu melihat aku gembira dan rapat dengan abang Esham kan?" tuduhnya padaku.

Memang aku cemburu, tapi aku tidak akan benarkan ia menguasai diriku. Memang aku cemburu tetapi sekiranya lelaki itu baik padamu, tapi... hilang cemburuku, malah aku mengasihanimu kerana ditipu dan dipermainkan oleh lelaki seperti itu. Itu jelah suara hati aku yang tidak pernah hendak keluar dari kantung bibir ini. "Tapi Nur..."

Ayat itu tidak dapat ku habiskan kerana Nur sudah pun pergi meninggalkan aku. Dan semenjak dari itu, hubungan kami tidak lagi seakrab dulu. Malah Ecah pun pening kepala melihat kami begitu di dalam kelas. Seboleh-boleh nya dia nak tukar tempat duduk dengan Ecah. Bila ada aktiviti yang melibatkan kami bersama, dia akan avoid. Kalau kami mengajak ke mana-mana, dia akan menolak dan Ecah tak boleh nak buat apa. Dan keadaan kekal begitu sehingga ke hari ini.

"Sabar jelah Bu, lambat laun dia tahu juga siapa si Esham tu. Bangkai mana boleh simpan lama-lama, nanti berbau jugak. Bila dah berbau, baru lah nak terpekik terlolong" mendalam makna Paan, tapi betul jugak. 

Hari ni merupakan last day bersekolah. Dan hari ni juga merupakan hari lahirku. Ramai kawan-kawan yang wish happy birthday, agak terharu sebab diorang tahu jugak lah hari lahirku. Dan macam biasa, Paan bagi hadiah dekat aku. "Selamat hari lahir sahabat! Kau dah baligh akhirnya haha" tawa Paan. "Haha cis, aku baligh dulu dari kau walau kau lahir dulu Paan. Anyway thanx ya, lawa wallet kau bagi ni, macam tahu-tahu aje wallet aku dah nak koyak" tuturku sambil tersenyum. "No hal la brader, kita kan peng yu (kawan)" gelaknya lagi.  Tiba-tiba...

"Happy birthday Bu, sorry lambat wish. Bukan aku tak ingat, tapi aku segan dengan kau" suara yang jarangku dengar kini berdengung kembali. Nur! Aku lekas-lekas toleh dan betul tekaanku. Dia datang bersama Ecah yang berdiri di belakangnya.

"Bu, aku nak minta maaf sekali atas apa yang berlaku dulu" bibirnya berbicara lagi. "Takpelah, aku dah lupakan pun" kataku padanya. "Bu, boleh temankan aku dekat kerusi sana tak? Aku ada hal sikit la nak cakap dengan kau" katanya dengan suara yang semakin perlahan.

Perlahan-lahan aku bangun dan berjalan mengikutinya menuju ke sebuah kerusi yang menghadap ke padang sekolah. "Aku dah kena dump Bu, Esham mintak break dengan aku. Katanya aku ni tak reti nak penuhi kemahuannya. Tak reti nak melayannya. Tapi aku tahu sebab dia mintak break sebab dia tak 'dapat' aku" tuturnya dengan nada yang semakin sebak.

"Aku ingat dia betul-betul sukakan aku, cintakan aku tapi dia hanya nak permainkan aku saja. Kalaulah aku dengar cakap kau hari tu Bu, kan baik. Saat tu aku terasa hilang kasih dan hilang kawan sebab selalunya kalau aku ada masalah, kau sentiasa menjadi pendengar yang setia. Aku jadi bodoh sebab tuduh kau pulak yang salah" balasnya sambil mengesat air mata.

"Cinta itu buta Nur. Andai ia bermata, ia tidak berhati. Andai ia melihat, ia tidak pernah tembus ke hati, jadi hati mati. Kerana cinta macam-macam boleh jadi. Perkara yang lepas tu biarkan lah ia pergi, kumbang bukan seekor kan?" nasihatku padanya.

"Kau memang baik padaku Bu, pasti bertuah perempuan yang kau cintai kan? Kalaulah hati aku ni tak terluka, dah pasti aku akan ajak kau bercinta denganku" kata-katanya kali ini sedikit menggetarkan jiwaku. 

Bertuah? Andai kau tahu bahawa perempuan itu adalah kau, adakah kau akan katakan padaku kau bertuah? Dan andai kau tahu aku masih lagi menunggu masa akan cintaku ini berjaya merawat luka di hatimu itu...Nur...andai kau tahu...

Saturday, January 30, 2010

Andai kau tahu III

Jauh ku renung dan tenung gambar yang kupegang dari tadi. Tak berganjak walau seinci pun mataku dari gambar itu. Sesekali aku tersenyum seorang diri. Gambar oh gambar andainya mata yang ada di gambar ini muncul di depan mataku, akan ku tatap sepuas-puasnya, ulp! ye ke? Aku rasa korang pun tau gambar siapa yang aku maksudkan. Sudah tentu bukan gambar Paan mahupun Ecah. Atrisya? Walaupun minah ni terkenal dengan keseksian + gedik + perasan je lebih, tapi aku tak minat nak abadikan gambarnya di dalam kamera D90 kesayangan aku ini. Lebih baik aku tangkap muka yang sentiasa membuatkan aku di awang-awangan, Nur. Ya gambar minah ni la yang buat aku leka menatap sehinggakan tak sedar dah tengah malam. 

Gambar Nur yang aku ambil secara candid melalui lensa 70-200mm F2.8 tu memang menguntum jiwa. Sengaja aku buat 'bokeh' (fokus pada satu tempat, yang lain blur) supaya ada feel. Lebih-lebih lagi time tu Nur tengah leka bermain air bersama Ecah. Kegirangan wajah itu yang membuatkanku segera menembak kameraku ke arahnya. Mujurlah lensa tele zoom, dapat la ambil secara sembunyi-sembunyi. Kalau aku pakai 50mm F1.8 memang lawa juga, tapi maknanya aku kena pergi dengan Nur. Segan deh!!!

Satu petang, Nur mengajak aku datang ke sekolah. Dia kata ada hal nak bincang dengan aku. Dia nak kata dia suka juga dekat aku ke? Oh, bestnya!! Dalam mimpi je la kot nak dengar Nur cakap camtu. Time tu time riadah, dan macam biasa la kebanyakan budak-budak asrama akan pergi bersukan. Sampai je aku dekat dorm puteri, aku nampak Nur dah pun macam cacing kepanasan. Aku tengok jam, aisey lewat 10 minit. 

Tiba-tiba "Woi, kau ni kan janji melayu betul la. Janji jumpa pukul berapa? Ey ada yang kena debik ni kang." sambil mengepal buku limanya yang kecil tu. "Ala sori la weh, traffic jam tadi" aku cuba melawak. "Banyak la kau punya traffic jam, duduk bandar traffic jam ke benda" dengusnya lagi. "Heheh rileks la kau ni pun, dengan aku pun nak marah-marah ke? Karang aku balik karang" ugutku pada Nur. "Ala-ala kau ni pun, merajuk macam orang tua. Jom lepak dekat kerusi, aku nak cerita dekat kau satu benda" dan Nur pun berlalu pergi.

"Ada seorang senior ni dia minat dekat aku, aku serba salah la Bu" bicaranya jelas tetapi perlahan. "Kau rasa patut ke aku terima sebab aku takde pengalaman dalam hal-hal macamni. Kau pun tahukan aku ni dah la ganas, mulut censored habis, mustahil la ada lelaki sukakan aku, tapi..." katanya sambil memandang aku. 

Aku sebenarnya tak terkejut sangat, sebab memang aku dah pernah dengar ura-ura sebelum ni. Lebih-lebih lagi time dia dapat surat hari tu. Aku tak berapa kenal sangat Esham, cuma aku tahu dia senior atasan kami di tingkatan 5. Pasrah sebenarnya hati aku bila dengar Nur cakap macam tu, dan lagi pasrah bila bukan aku insan yang pertama meluahkan isi hati padanya. Tapi, aku pendamkan saja.

"Tapi untuk tidak menerimanya, hatiku semacam hendak. Lagipun dia sangat gentleman padaku walaupun aku ni kasar" jelasnya lagi. "Tapi kau tak kenal dia betul Nur, mana tahu dia nak permainkan kau saja" tegasku padanya. "Cinta itu buta kan?" aku hanya terdiam mendengar jawapannya. "Tak tahulah aku, tapi kau pikirlah masak-masak, pada aku mencintai seseorang mestilah dimulai dengan persahabatan, bila kau dah betul-betul serasi barulah kasih sayang itu akan mengembang" tambahku lagi. "Tapi Bu, saat terpandang wajahnya aku dah terasa sesuatu cuma aku segan nak tegurnya. Tak sangka dia pun ada perasaan yang sama. Lagipun mustahil aku akan jatuh cinta dengan seorang sahabat seperti kau Bu. Aku tak nak hilang sahabat kalau cinta itu tidak menjadi" katanya lagi.

Kata-katanya masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Nur, Nur begitu cepat kau menilai cinta hanya dari sebuah pandangan. Tanpa menyelami hati budinya, kau menerimanya bulat-bulat. Dan kau menolak untuk jatuh cinta dengan sahabat hanya kerana alasan itu? Sedikit kekesalan dan kekecewaan hadir di hatiku tapi apakan dayaku. Aku tak boleh nak membenci dia malah melupakannya walau ku tau hatinya dah dipunyai orang. Apakan daya, aku hanya mampu mengukir senyuman palsu setiap kali berjumpa dengannya.

Andainya kau tahu...cinta di hatiku makin hari makin berkembang walaupun kau dah dimiliki orang...

Friday, January 29, 2010

Andai kau tahu II


Hari ni kelas dirombak kedudukannya kerana guru kelas merasakan ada pelajar-pelajar yang perlu lebih diperhatikan dan ada sesetengah pelajar yang sudah 'ok' pada pandangan beliau.

So kedudukan meja yang dulunya 2-2 kini sudah menjadi grouping yakni meja disusun berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil seperti di sekolah rendah. Agak kelakar melihat kedudukan seperti itu tetapi kata guru kelas dengan cara itu, pelajar akan membantu sesama lain. 

Aku hanya mengikut arahan, dan bila grouping disebut namanya, aku hanya mendengar siapa lagi rakan-rakanku. Namaku, Paan, Ecah, Atrisya dan... tiba-tiba nama last tu membuatkan aku tersentak, Nur. Seperti orang tertelan biji durian, meja yang ku bawa tersungkur ke bumi, mujur juga tak kena kaki. 

   [3][4][5]
[1][2]

Dan oleh kerana kami berlima, so meja yang kelima dipersetujui adalah Paan. Aku berkedudukan di meja nombor satu, di sebelahku (nombor 2) Atrisya. Di depan Atrisya Ecah (4) dan di nombor 5 adalah Paan. Well teka la dekat mana meja Nur?

Bukanlah aku nak sangat duduk sebelah Atrisya tapi memandangkan Nur dan Ecah kamcing, so diorang nak duduk sebelah menyebelah. Paan pula kononnya kata biarlah aku di depan sebab dia lebih suka duduk di belakang. Padahal aku faham sangat perangai dia tu, saja je la tu, nak mengushar si Atrisya la tu. Habislah hidup aku dikelilingi oleh perempuan, dah la si Atrisya ni agak mengedik juga kadang-kadang, aduhai rimas betul.

Bila dah satu group ni, perbualan kami semakin rancak. Banyak yang aku tahu pasal Nur secara tidak langsung dari perbualan kami berempat. Atrisya jarang nak join kami berbual dan dia lebih banyak join group lain yang satu kepala dengannya. Lantaklah, bukan aku nak ambil tahu sangat pun pasal minah tu. Dan banyak yang aku belajar dari Nur yang lebih hebat dalam subjek Sejarah dan Geografi dan dia juga meminta aku mengajarnya Matematik. Aku pun dari seorang yang sangat pendiam dengan perempuan mula menunjukkan perubahan sedikit dengan berbual-bual (tapi ini pun dengan group aku je la). 

Minggu ni merupakan minggu yang paling seronok sebab Kelab Usahawan Muda telah mengedarkan borang pemberian gift sempena sambutan Hari Guru. Macam biasa, pelajar-pelajar lebih ramai bagi sesama sendiri, bagi kepada bf dan gf. Dan aku berhajat nak beri juga hadiah untuk Nur tetapi segan nak letak nama. So pada bahagian nama tu, aku just letak anonymous dan aku bagi juga hadiah pada Paan dan Ecah takut kalau rahsia terbongkar. Lagipun aku just bagi hadiah coklat je dekat Nur. 

Hari yang dinanti-nantikan, kelas agak hingar bingar dengan bunyi budak kelas yang gembira dapat hadiah dari kawan-kawan dan teman istimewa. Aku just dapat sebiji epal, Choclair dan keropok Mamee. Epal dan keropok dari Paan, Choclair dari Ecah. Aku pandang ahli-ahli group aku, macam biasa Atrisya paling banyak dapat hadiah. Dari bebudak kelas, kelas sebelah, kelas bawah, kelas atas, semua orang bagi. Dan aku tengok Nur, agak terkejut sebab banyaknya lebih kurang macam Atrisya cuma hadiahnya lebih berbentuk sentimental. Dan coklat bar aku tak terkecuali. 

Di sebalik hadiah tu, tiba-tiba Nur dapat sekuntum bunga ros merah, dan Ecah mula la bising, "Wah gila la kau Nur, ganas-ganas pun dapat bunga. Ros merah lak tu. Kau tau tak ros merah tu maknanya I LOVE U?". "Ala kecoh la kau Ecah, aku pun dapat bunga rilek je", sampuk Paan. "Bunga apa kau dapat, tak nampak pun?", tanya Ecah. "Bunga taik ayam hahaha", dan Paan terus berlari keluar sambil dikejar oleh Ecah. "Bongok kau, meh sini aku tonyoh dengan taik ayam betul", jerit Ecah. Aku mengendahkan mereka dan lebih tertarik dengan bunga ros merah yang Nur dapat.

Serentak dengan itu, wujud satu perasaan luar biasa yang aku tak pernah alami sebelum ni. Terasa nak marah, terasa sakit hati, rasa tak selesa dan paling tak best bila aku terasa nak tanya Nur siapa yang bagi bunga ros tu. Tapi disebabkan nature aku yang slow dan pemalu, benda-benda macam ni hanya wujud di hati, tapi tidak di mulut dan perilaku aku. Oh tidak, sifat cemburu sudah berada dalam diri aku dan sekarang baru aku tahu Nur ramai peminat. Rupa-rupanya ramai juga yang minat perempuan seperti Nur. 

Sedar tidak sedar, kebanyakan hadiah yang berupa makanan yang tidak diketahui namanya diberikan kepada Ecah termasuklah juga coklat aku sebab aku letak anonymous (tidak dikenali). Macam nak menjerit je hati ini menyuruh agar Nur tidak memberikannya kepada Ecah. Habis duit aku buang macam tu je tapi last-last bagi dekat orang lain. Kata Nur, orang yang tidak menulis namanya adalah orang yang penakut. Aku tak nafikan cuma aku tak nak orang tahu yang aku berikan Nur hadiah sebab sebelum ni aku memang tak pernah beri hadiah kepada perempuan kecuali Ecah sorang je sebab kamceng.

Hari berlalu, dan aku seakan-akan merajuk dengan Nur ke atas sikapnya sebegitu rupa. Mungkin dia perasan lantas menegur aku "Kau ni kenapa, macam nak mengelak dari aku je Bu? Aku pandang kau, kau langsung tak pandang balik. Kau bercakap macam aku takde depan mata kau, lepas tu sepatah aku tanya, sepatah tu la kau jawap. Kadang-kadang langsung kau tak nak join kitorang borak-borak. Kau ada masalah ke? Kalau ada kongsi la dengan aku, mana tahu aku boleh tolong kau". "Takde apa-apa lah, aku ok je. Perasaan kau je kot", kataku sambil meneruskan menulis. "Kau tau Bu, dalam banyak-banyak kawan, kau la antara yang paling aku sayang", katanya lagi. Aku tersentak dengar, emm tapi macam tak percaya. Dia sayang aku? Dan otak aku mula bermain fantasi, seperti berada di awang-awangan, dan ibarat... "Nur! Nur! Ni ada surat dari abang Esham. Dia suruh bagi dekat kau", Ecah tiba-tiba menjengah masuk dan mematikan segala nikmat aku untuk bermimpi. Bagaikan kaset rosak, tiba-tiba aku nampak cermin yang retak dan pecah, aduhai...

Aku hanya mampu menjeling melihat Nur dan Ecah berlari keluar dan hilang dari pandanganku... Aku ternampak Nur sedikit tersenyum girang apabila Ecah menghulurkan surat itu. Aku? Entahla, macam mamat hopeless aku hanya mampu tertunduk mengenangkan alangkah baiknya kalau surat tu adalah dari aku...

Andai kau tahu...