Followers

Tuesday, August 10, 2010

Cerita dalam cerita

*ralat- posting kali ni agak panjang dan menyampah

Hari ni aku bangun awal. Pukul 8 dah mandi, dan bersiap-siap. Kemas rumah ala kadar, dan keluarkan lauk since tempat lauk nya di dalam freezer. Dalam pukul 9 aku dah gerak tinggalkan rumah, belek handphone, tiada siapa yang SMS. Aku hidupkan motor dan berlalu aku menuju ke stesen putra Asia Jaya. 

Malam tadi dah plan baik punya. Bangun sekian-sekian waktu, bersiap, naik tren sampailah pukul berapa balik aku dah plan. Setiap hari pun begitu kecuali hari-hari yang aku malas nak ke mana-mana.


Naik tren di Asia Jaya dan terus aku menghidupkan mp3 sambil berlagak macho. Orang macho kena berdiri walaupun kerusi banyak kosong (poyo). Hari ni agak berlenggang since aku malas nak bawa kamera sebab nak tengok wayang. Nanti banyak lak karenah kamera tak boleh bawa masuk la bla bla bla so aku tinggalkan je. 1st lagu mp3 aku adalah lagu dari Project E.A.R - Marabahaya. Beat makin laju dan ganas, jari jemari aku dah mula poyo ibarat main gitar walhal haram aku bukan reti pun. Perut dah makin berbunyi, tadi keluar rumah aku sempat teguk air sejuk je. Ingat nak beli kuih, tapi tak rock la plak kan, poyo nak makan dekat KLSentral. Last-last sampai KLSentral aku beli roti hot dog + mineral water + DCM (keluaran Ogos, nanti aku buat posting issue menarik dalam magz tu).


Kaki dihayunkan separa laju sebab aku tengah makan, BK hanya kenangan sebab baru je beberapa hari lepas aku melantak dengan akak aku setibanya dari Bentong. Takpelah, nanti boleh makan lagi. 

Satu yang aku tak suka turun dekat KLSentral ni sebab pembangunan yang MRCB dok bina sekarang ni. Habis short cut yang dulunya memendekkan jalan antara monorail dengan KLSentral. Tapi sebab pagi dalam pukul 10, aku jalan je la slow-slow sambil habiskan mineral water.


Dekat stesen monorail KLSentral, orang beratur nak beli tiket, tapi sebab aku macho aku berjalan dengan penuh gaya sambil menyentuh alat di mesin berpalang, TeeTT! dan aku tolak palang sambil tersenyum lebar. Ya itulah gunanya Touch & Go, mudah dan bergaya. Mujurlah aku tak hensem, kalau tak mesti awek cun tadi tu kena langgar kereta sebab blur tengok gaya aku guna kad Touch & Go tu (ayat poyo).

Keadaan dalam monorail agak sesak, tak kisahlah sebab aku macho so kena berdiri. Dapatlah berdiri di tepi tingkap sambil membaca majalah (barulah nampak cool dan hebat hahaha). Berlalu dari sebuah stesen ke stesen yang lain, yang keluarnya sedikit dari yang masuk, so monorail dah jadi makin padat. Nampak 2 orang wanita Iran kot, lawa gak sesambil aku membaca majalah. Sampai Times Square, macam muntah semuanya keluar termasuklah aku. Belek jam, baru pukul 10 suku, kedai pun baru nak buka. Salah bajet timing tapi takpelah awal lebih baik dari lewat. 

Tengok sekeliling, tak banyak kedai lagi yang buka. Aku teruskan langkah ke GSC untuk tengok dah buka ke belum. Kaunter tak buka lagi, tapi staffnya tengah bersiap-siap. Mana nak pergi ye? Pusing kepala 360 darjah ternampak la McD tingkat 5. Sarapan pagi McD, boleh la untuk isi masa lapang. Ambil meja yang agak tersorok sebab nak duduk style sempoi hahaha tapi ada lak couple ni nak menyemak. Lantaklah, aku baca magz, dari awal sampai habis. Tengok jam dah pukul 11, turun balik ke 3rd floor dan beli tiket wayang. 

"Inception yeah" kataku.
"Eleven forty a.m, sir?".
"Yes"
"How many person, sir?"
"Only one" kataku sambil tersengih.
"The blue one is still available"
"Emmm...B5 lah"
"B5, sir? Ok, Inception, eleven forty, one person, 7 ringgit. Err do you have small change sir?"
"No la, this is all I have".


Hai, dulu tengok wayang berdua, sekarang ni tengok wayang je sorang-sorang. Tengok jam, pukul 11.10 baru, awal lagi. Ternampak starbucks, terfikir "Ha'ah yek, kalau aku lepak sini tadi lagi bagus. Pesan la ice blended lepas tu lepak sampai wayang start, kerusi empuk lak tu". Last-last lepak kedai mainan jual figura, tengok figura aksi menarik, nak beli duit takde. Dah dekat 11.40, baru aku pergi balik dekat GSC, beli keropok dengan air mineral sebagai bekalan takut tidur.

Aku memang agak laggard sedikit untuk filem Inception ni. Patut aku tengok awal tapi tak best la kan time ramai orang. Dengar dari kawan-kawan kata best. Ceritanya memang best. Nangis aku tengok (tipu je, manada kisah sedih pun).

Filem ni aku berani bagi 5/5 sebab writer dengan director adalah orang yang sama menaikkan filem dark knight iaitu Christopher Nolan. Aku rasa mamat ni memang penuh dengan idea ganas yang membuatkan orang "Woahhh!!!" atau "WoWWWW!!" atau "OMGWTF!!!!".

Sebab percaya atau tidak, untuk sekian lamanya aku agak teruja tengok filem ni, siap terucap lagi "cepatlah bodohh!!" time DeCaprio masih nak jiwang-jiwang dengan memori isterinya tu. Aku kagum tengok CGInya, kagum tengok lakonan setiap pelakonnya yang pada aku hidup untuk cerita ini. Dan tahniah sebab aku tak mengantuk pun tengok cerita ni, petanda cerita ni hebat compare to Airbender, aku tidur 40% dari jalan ceritanya. Sayang sekali filem ni tiada 3D, kalau ada pasti hebat.

Dan kalau boleh dibuat undian, maybe ni filem terbaik untuk tahun 2010 dari segi kreativiti dan keberkesanannya mengusik jiwa penonton. Cuma yang tak sedapnya 20% gangguan bunyi bingit dari panggung, dan sedikit gangguan minah 2 orang yang cun tapi mulut tak reti senyap. Time-time serius dan cemas boleh lah gelak sebab muka pelakon tu lawak, ish ish ish.

Habis tengok wayang, aku blah terus cari monorail sebab destinasi aku seterusnya adalah chow kit. Pelik kenapa aku pergi lagi ke chow kit? Ish bukan, aku bukan pergi rumah urut mahupun cari pons-pons di tepi-tepi lorong tetapi untuk makan tengahari di tepi lorong bangunan Keramat tu. 

Ya, kalau korang masih ingat perihal sup yang aku pernah ceritkan dahulu, aku datang balik sebab nak pekena semula sebelum start puasa ni. Tapi gerai yang aku pergi dulu tu tutup lak. So nak tak nak, terpaksa la makan yang gerai satu lagi. 

Gerai yang ni boleh tahan juga, sup internationalnya RM8 semangkuk tapi lebih bahan dan kuahnya pada aku lebih sedap dari yang dulu. Sesambil makan, tengok gelagat orang dekat Chow kit ni. Ramai gak yang singgah makan sup, tapi ramai yang order sup biasa. Dah habis makan, chow la apa lagi, hari pun dah dekat pukul 3.

Naik escalator, nampak 2 orang wanita tengah berlumba nak kejar monorail. Aku berkata dalam hati sempat ke? Sambil berjalan tengok diorang still tengah beratur nak beli tiket. Maka aku dengan machonya mengeluarkan kad hikmat, TetTTT aku berlalu pergi sambil berjalan penuh gaya. Penat daki tangga, cari kipas untuk lepak, fuh bestnya angin.

Aku naik monorail sampai ke titiwangsa sebelum bertukar ke LRT menuju ke Masjid Jamek. Tren lengang sebab tren ni panjang dan ada dua aliran. Kali ni terpaksa duduk sebab setiap gerabak ada kosong, nampak tersangat-sangat poyo kalau masih hendak berdiri. Sampai di Masjid Jamek, orang ramai macam sale 90%, susah betul nak keluar dari pintu LRT. Orang malaysia ni punya satu habit yang pada aku sangat memalukan compare to foreigner yang suka bawa bag camping ni iaitu tak suka beratur dan suka rempuh. Kadang-kadang tengok warga emas pun ada, yang berbaju segak bak Brad Pitt dalam Ocean's Eleven, yang berbaju manis ibarat lawyer pun ada tapi still mentaliti...

Dan saat yang ditunggu-tunggu, penggunaan kad hikmat. Aku letak kad, dan tolak palang, tak bergerak. Eh eh dia buat pasal lak, aku cuba lagi, masih tak berjaya. Masih dalam mood macho, cuba yang sebelah lagi, lekat lagi. Yang hujung sekali dah takde mood macho dah, yang tinggal kalau tak jalan gak palang, aku lompat je haha.

Turun menyelusuri escalator yang tersangat slow dan berbahang mengingatkan aku scene filem Mr Bean goes holiday, part di mana director filem syok sendiri ambil shot dekat escalator punya lama sampai orang mengantuk tunggu. Sampai bawah, macam biasa stesen ni crowded dengan orang, yang tak tahu hala tuju, yang sesat barat, yang sibuk membeli tiket, yang mencuba nasib dengan duit syiling di mesin beli tiket, yang itu dan macam-macam. Aku mengendahkan mereka dan berlalu laju sambil meletakkan kad pada mesin berpalang itu, mesin ni tak pernah lagi aku tengok rosak sebab ia memang khas untuk touch & go je.

Hajat di hati nak singgah KLSentral sebab nak beli BK, tapi fikir-fikir malas ah. Buang duit, buang masa dan menambahkan lemak lagi ada la. So my journey continues inside the putra menuju ke Asia Jaya. Penuh sebab aku naik di Masjid Jamek, kena berdiri macam biasa. Pasang mp3 layan lagu 'Bila rasaku ini rasamu'. Satu stesen ke stesen lain, makin ramai yang turun dan pandangan aku yang tadinya asyik ke luar kini tertumpu kepada seseorang. Pada mulanya, aku hanya nampak jari jemarinya yang sibuk menekan keypad handphonennya. Tapi apabila dia duduk seorang diri, dan aku perasan, dia saling tidak tumpah mengingatkan aku kepada si 'dia'. Si 'dia' yang aku cuba untuk tidak penjarakan di dalam memoriku agar tidurku tidak terbawa-bawakan wajahnya (terpengaruh cerita Inception).

Ya, saling tidak tumpah. Aku perhatikan dari sandlenya hinggalah ke tudungnya. Apa yang membezakan mungkin dari segi wajah dan tudungnya tapi yang lain seakan-akan sama. Dia tidak perasan aku merenungnya kerana sibuk dengan handphone di tangan. 

Stesen Asia Jaya, aku mematikan pandangan dan bersiap sedia untuk keluar. Guess what? Si 'dia' itu pun turun di Stesen yang sama. Beberapa inci di belakangku, aku dapat bau wangian perfume, biasalah kalau perempuan keluar perfume adalah benda yang pasti ada di dalam bagnya. Namun sebab dia yang keluar dulu, kini aku membontotinya dari belakang. Sejenak, kalau dilihat dari belakang, gayanya memang sama. Namun jika dilihat wajahnya, tidak dapat aku nafikan hidung itu lebih mancung, matanya lebih menggoda, bibirnya lebih mekar dan renungan yang bisa buat orang lemas memandangnya. 

Perlahan-lahan aku tersenyum, berandaian di dalam hati "bila agaknya kami akan ketemu semula?" sambil sang gadis itu berlalu pergi berlawanan arah jalan pulang. Oh ya, on the way back dekat stesen Masjid Jamek tadi aku terlihat one school gurl yang sangat menarik perhatianku. Dia berbaju kurung sekolah, tidak bertudung dan bertocang satu jalin. Teringat seorang senior sekolah aku dulu yang punyai penampilan yang sama, ramai gila orang minat dia, tapi aku tahu bebudak ni suka sebab benda lain since diorang gelarkan akak tu akak chamb. Chamb apa? Kalau korang lelaki tahu la kot. Sekian...




2 comments:

Mat Sentap said...

inception x sama kan ngan deception??? sy copy dr member citer deception...x best ar! romen jeh lebih.

Shukjessa said...

deception tu bukan mcm memperdayakan? inception ni berkaitan mimpi, tak byk sgt romance, byk pemahaman tentang dunia mimpi