Followers

Monday, July 12, 2010

Motosikal berbogel

Yamaha FZ 150

Yamaha FZ16

Kalau korang perhatikan 2 buah motor di atas, kedua-duanya adalah naked bike keluaran Yamaha. Kedua-duanya mempunyai cc yang lebih kurang iaitu 150. Namun FZ 150 lebih terkenal di Malaysia manakala FZ16 terkenal d India. Tapi pada aku, design FZ16 lebih memberahikan dari segi bentuk walaupun teknologinya penyejukannya tidak secanggih FZ 150. Paling menarik perhatian aku, ekzos dan tayarnya yang lebih membuatkan aku tertanya-tanya bila la model ni nak masuk Malaysia? Lagipun FZ16, panel meter digital beb~~~~ tak tahan...

Triumph speed triple

Tersebutlah al-kisah mengenai sebuah motor (di atas ni) yang aku perhatikan di dalam filem Mission Impossible 2. Motor yang Tom Cruise bawa time motor chasing. Dari situ aku dah kagum dengan naked bike. Sangat macho dan bergaya, ibarat Rain dalam filem ninja assasin tanpa baju. Smart habis!!! 

Yamaha YZR-M1

Aku mula ikut perkembangan The Doctor ni sejak dia mula mencipta nama menerusi 250cc dalam motoGP. Start dari rambutnya yang curly kembang tu sampai la yang pendek sekarang ni. Mamat ni memang gila hebat. Tapi aku lagi suka time dia dengan team Yamaha Go!!!!! dulu. Walaupun aku bukan peminat tegar motorbike jenis ada cover ni, tapi sebab motoGP aku tengok je la. Sebab mana ada motoGP naked bike ye tak?

Yamaha FZ-1

Naked bike Yamaha boleh tahan la jugak sebab Yamaha ni terkenal dengan imej sportynya itu. Tapi nak membelinya, hehe. Last time aku pernah tengok naked bike Naza importkan jenama tak ingat, harga dalam RM80k.


Yang ni Honda punya naked bike, aku tak dapat cari info pasal motor ni. Tapi yang pasti memang hebat, cair iman aku tengok. Kalau ada awek sexy sebelah, aku tak pandang pun sebab motor ni lagi ada umpphh!!! Mesti beb layan corner dekat karak highway dekat selekoh area bukit tinggi peh~!!!

Tapi tak semua orang suka naked bike ni. Sebab paling utama aku tahu ialah nak bersihkan motor agak payah since bahagian enjin ni terdedah dan senang kotor. Tapi pada aku, motor macam ni la nak tunjuk dekat orang yang kita memang pembersih dan pandai jaga motor. Apa-apa pun bawa motor kena hati-hati, nak laju, nak corner baring, nak buat willie ke wikang ke keselamatan kena jaga. Seronok-seronok tapi mati katak or menderita putus kaki ke buat apa kan? Bikerz forever!!!

p.s: kalau korang taip 'naked bike' dekat google tanpa specific pengeluar, akan keluarlah gambar 18+ haha, tak percaya? Sila cuba


6 comments:

Ch@ Ch@ said...

abg rossi pun ader..
ko suka layan corner jugak ye..?
pakai naked bike mane best layan corner..
jalan2 kat bandar n long distance masyukk la..

jom tgk motogp ini taunnnn??

Shukjessa said...

haha, dulu time aku tukar tayar botak, brader pomen mesti sound aku

"Bang, lepas ni jangan main corner dulu eh, licin" hahaha siot je. Bila masa aku corner baring lak? stakat 60 darjah je kot

hehe memang ah sebab engine die tu besar, corner baring mampus garik...

haha aku tak pernah gi tgk motoGP, nak gak gi tengok sekali try panning gambo (perasan ade lens pjg dan laju je haha)

hans said...

kalau boleh bawa moto besar macam nih mesti nampak maskulin giler

Shukjessa said...

hahaha disebalik helmet arai atau agv yang fully tinted takkan tau siapa ridernya unless helmet dibuka, hahaha...

giler ah, dapat helmet agv full face pun dah kire kagum hahaha

Mah@mahu said...

Motor ni memang best tapi harga pun best hehehe aku buat masa ni beli scoot jer lah huhuhuh..

Shukjessa said...

hehehe biaselah, ini dinamakan kemahuan bukan keperluan.

aku dulu ingt nak bli scoot gak tapi ayah sdare tak bagi sebab dia kata aku travel jauh kalo balik kampung, bwk scoot nanti cepat rosak. so nak tak nak kena la beli moped (kapcai) biase je la haha.