Mesti korang pernah dengar kan istilah lelaki/perempuan pisau cukur. Tapi what if orang ni bukan pisau cukur, cuma ada serpihan-serpihan yang menjurus ke arah itu? Tak paham? Sila baca lagi.
Ini adalah cerita untuk sesiapa yang pernah memiliki kekasih hati, hendak memiliki dan yang tengah memiliki kekasih hati.
Abu dari tadi mundar mandir di dalam biliknya. Kepala otaknya pening memikirkan cara bagaimana nak atasinya. Nak beritahu? Dulu dah pernah beritahu pelbagai cara, direct, indirect, perli, dan pelbagai lagi. Tapi hasilnya adalah samada dia buat tak tahu atau dia terus terasa hati dan merajuk time tu je, then the next day dia lupa dan kisah ini berulang kembali.
Apa yang korang bakal baca adalah kisah Abu seorang penuntut IPT di Malaysia. Abu mempunyai life yang simple, dia belajar di IPT, dia dapat pinjaman PTPTN, dia dapat duit saku dari keluarganya tiap-tiap bulan RM1K. Wau banyakkan? Mesti korang fikir Abu adalah seorang pelajar yang kaki melaram, hi tech dan makan di McD atau KFC tiap-tiap hari. Tapi ternyata korang salah.
Apa yang korang tak tahu, Abu mempunyai seorang GF yang sangat comel dan baik hati. Segala-galanya ok cuma ada sesuatu yang menggusarkan Abu. Makan minumnya ditanggung Abu. Pernah terjadi dekat korang? Sila baca lagi.
Abu bukanlah seorang kekasih yang kedekut, kalau boleh...KALAU BOLEH dia memang mahu si kekasih hatinya ini untuk senantiasa terurus makan minumnya (ironinya kalau berkahwin, si isteri patut menjaga makan minum suami) tapi mengenangkan dia juga menerima duit dari familynya, dia tidak boleh berbuat apa.
Kiraan kasar makan minum seorang student adalah rm10 sehari dari sarapan pagi sampailah ke makan malam. Namun andainya ia dikira untuk 2 orang iaitu rm20 sehari, maka untuk sebulan kiraan kasar adalah rm600. rm600 hanya untuk makan Abu dan kekasih hatinya itu. Tapi Abu masih perlu membayar rumah sewanya yang berkos rm150 sebulan. Dengan itu Abu masih berbaki rm250 dari rm1k yang diberikan ibunya.
Tolak lagi duit minyak motor yang perlu diisi setiap 2-3 hari kerana kekerapan berjumpa kekasih hatinya itu menelan lagi rm50. Dan dengan rm200 itu, dia perlu meneruskan sisa-sisa hidupnya untuk sebulan samada untuk berhibur bersama buah hatinya yang malangnya juga terpaksa dibayarkan jua.
Apa yang tinggal di penghujung bulan adalah duit yang berbaki rm-100 kerana sebab-sebab lain seperti topap,emergency, fotostet, duit yuran itu dan ini.
Masih fikir Abu seorang pelajar yang loaded?
Mari lihat pecahan duit-duit yang digunakan.
Kalau kita sebut duit makan sehari rm10, itu adalah tight bajet selain bajet rm5 sehari yang mana samada pelajar itu berpuasa atau hanya makan roti. Pagi kalau makan roti canai 80 sen, kalau sandwich rm1.50 + air teh rm1. Lunch, nasi + lauk + sayur + air rm4-rm5. Dinner, nasi goreng + air rm4-rm5. Praktikkan selama sebulan, larat?
Dalam sebulan student life, pasti teringin nak makan McD atau KFC atau Pizza sekali sekala. Tapi kalau dah makan mesti kopak duit. Itu kalau sorang, kalau makan berdua dan kena tanggung lak, lagi la parak.
Abu pernah sound aweknya itu "takkan setiap kali makan, saya je yang kena keluar duit, teruk la macam ni, saya pun student gak". Aweknya merajuk kata Abu ni kuat berkira. Abu terangkan la balik, adakah belanja tiap-tiap hari tu dinamakan berkira? Takkan la setiap kali keluar makan/berhibur nak kena tunggu awek dia keluarkan duit half baru bayar? Tapi takkan la bila Abu dah bayar,si aweknya buat-buat tak tahu lak nak bayar balik kan? Sebulan 3-4 kali ok la, tapi sebulan tiap-tiap hari bankrupt la. Lain la kalau Abu dah bekerja dan mereka dah kahwin, itu memang tanggungjawabnya.
Kadang-kadang Abu pelik dengan aweknya itu, sebab dia dapat pinjaman, family bagi duit tapi duit itu selalu dihabiskan untuk membeli alat mekap, beli baju, beli macam-macam yang bukan satu keperluan sangat pun tetapi lebih kepada kehendak. Yang paling tak tahan, duit topap pun minta Abu belikan tapi bukan nak SMS atau call Abu pun tapi sibuk melayan lelaki lain.
Kasihan si Abu kerana duit simpanan dari beribu terus tinggal seratus dek kerana sayangkan awek. Duit yang patutnya dia boleh nikmati untuk membeli pelbagai jenis barangan idaman dia susah nak dapat, dah kalau tiap-tiap bulan asyik kering je, beli topap je dah sekian.
Kenapa ye ade jenis insan yang begini? Di mana letaknya akal fikiran diorang yang waras tu?
Kisah ni korang boleh terbalikkan menjadi derita wanita sebab dapat boyfriend pisau cukur. Nasihat aku, jangan terlalu bergantung harap pada orang lain, kita tak tahu samada kita menyusahkan lagi hidupnya. Dan jangan lah jadi macam Abu, akhirnya tak dapat apa-apa, cuma dapat pengajaran di hari tua je la...
4 comments:
point penting kt sini adalah KEBERGANTUNGAN di mana salah kdg2 ada jugak dtg dr Abu sbb dr awal dia dah ajar diri utk tanggung makan minum aweknya smpaikan aweknya terlalu bergantung dlm hal makan minum..
be independant, and be truth...
ya btol tu, tp manusia tak suka ditegur atau kalau diperingatkan... Tun Mahathir kata "melayu mudah lupa", so kalau teguran dibuat atau the truth reveal pun still the same?
tak siapa yang suka meminta duit lebih dari family tiap2 bulan apatah lagi over dari yg diberi.
mungkin kena jadi kejam la dari menjadi baik tak berpada seperti si Abu tu...
rm1k per month, kalau utk sorg paling tinggi rm700-800, still ada belen rm200 tiap2 bulan. setahun ada lebih kurang 8-9 bulan untuk diary student, so rm200x8, ada rm1.6k duit simpanan, cukup untuk buat dana beli kamera atau lens yang lebih menguntungkan dari terpaksa belanja awek/bf sbb serba salah nak minta duit lepas bayar (dpt lak bf/gf yg liat nak keluar duit sesen pun bila bab2 bersama ni).
perempuan VEET(jenama pisau cukur) ni selayaknyer ditinggalkan ajer...
cuba yang lelaki ni pura-pura susah kononyer nak pakai duit tapi alasan biar kukuh..tengok si perempuan ni nak tolong ker tak..
kalau hubungan tu dah lama boleh konon2 pinjam banyak sket..
kalau hubungan tu baru2..try buat2 pinjam 10-20 hengget..
kalau tanpa banyak soal diberi..
kire passed la tu..
tapi jangan buat selalu..
nanti bukan 10 henget dapat..
10 jari karang...
hehehehe...
la la la la ala nak bayar duit makan pun buat taktau je...
tu belum bende lain
Post a Comment