Followers

Sunday, July 25, 2010

Apa itu perasaan? II

"Happy Birthday Nad!!" lampu bilik terpasang. Aku yang tengah mamai tiba-tiba terkejut beruk. Ish pukul berapa ni? Belum pun sempat nak tengok keadaan sekeliling, aku terasa ada benda sejuk mengalir atas kepala. Cecair likat berwarna kuning meleleh depan mata aku. Sah! Diorang nak tepungkan aku!
"Happy Birthday Nad sayang!!" kedengaran lagi suara lain dengan muka yang agak ganas. Kali ni aku ternampak tumpahan tepung berselerak di atas lantai.
"Aaa, woi tak guna! Tepungkan aku ye" tak sempat pun aku nak kejar diorang aku dah kena telur lagi dan tepung. Dalam tengah ganas tu Kak Ita muncul.
"Ya Allah, apa korang buat ni?" semua diam membisu.
"Nad? Apa jadi ni?" katanya sambil menghampiri aku. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk, dalam hati "mampuslah kak Ita marah nanti bilik dah berselerak dengan tepung dan telur".
"Ish ish Nad, lain kali..." pappp kepala aku kena telur lagi, dengan kak Ita!. Kak Ita dah gelak habis dah. Aku sempat gak tarik dia lepas tu lumur tepung dekat muka dia.

Rupa-rupanya plan nak telur dan tepungkan aku tu mastermind nya kak Ita sendiri. Aku dari tadi dok riba kepala dekat kak Ita. "Kak Ita jahat, habis busuk Nad".
"Eleh busuk-busuk dia pun, dah ada boyfriend, kak Ita ni pun takde lagi tau". Aku tersenyum sipu.
"Dia dah wish ke belum?" aku hanya geleng kepala. Tapi aku tak kisah sebab aku dah masak dengan perangai dia.
Dia? Yes, dia tu adalah Dean. Aneh? Cinta memang aneh.
"Happy Birthday to you! You are born in the zoo! With the monkeyyyyy and kangaroooo~!! Happy Birthday to you!" tiba-tiba kedengaran orang menyanyikan lagu sambil membawa sebiji kek coklat yang bernyala lilinnya.

Malam tu kami tak tidur sebab kak Ita punya pasal la. Tapi thanks to her, aku merasakan nikmat menyambut hari jadi dengan kawan-kawan walaupun berjauhan dengan family. Lepas makan dan borak-borak, kena kemas lagi. Mujur jugalah esoknya hari minggu. Tapi, pukul berapa dia nak ajak keluar ye? SMS, call pun tiada.

Esok paginya, aku bangun pukul 10 setelah lepas subuh baru dapat lelapkan mata. Itu pun time dia hantar SMS "Happy Birthday awak, jom keluar nak?". Aku balas SMS nya dengan mata yang masih lagi terpejam erat "kol caqer!". "Awak ngigau ni, pukul 11.30 ok?". Terus saja aku bangun dari katil dan mencapai towel untuk bersiram.

Jam dah pukul 11.55 pagi, aku masih lagi terkial-kial memakai kasut converse kegeramanku itu. Semenjak kami kapel, aku susah sangat nak tepati waktu walaupun dia banyak beri masa untuk aku bersiap. Dari jauh aku dah lihat dia terpacak berdiri macam tiang. Wow, dia pakai kemeja la hari ni, smart! Selalu nak tengok dia pakai kemeja pun susah. Mungkin sebab hari ni hari lahirku??

"Hai awak, sori lambat..." aku meminta maaf. Dia berpaling dan tersenyum seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
"Jom, kita naik motor, ok?" katanya sambil menghulurkan aku helmet berwarna biru muda. Tertera di belakangnya "Nadean". Aku hanya membontoti dia dan melihat dia memakai helmet hitam berkilat yang juga mempunyai nama "Nadean".
"Saya tak tahu pun awak ada motor? Kenapa tak bawak pergi kelas?" ku hidu helmet itu, bau kedai, baru beli kot?
"Malas" jawabnya pendek sambil membetulkan tali helmet yang baru kupakai itu.

Aku dibawa ke tempat parking motor dan di situ dia mengeluarkan sebuah motor Honda CBR 150 berwarna merah. Lawa, comel dan bergaya. 
"Awak reti naik tak?" dia bertanya.
"Reti la, tengok kaki la" sambil aku menunjukkan kaki ku kepadanya.
"Cuba naik, saya nak tengok" dia menguji.

Aku tak pernah naik motor walaupun aku agak berminat hendak mencubanya. Apatah lagi CBR ni designnya bukanlah seperti motor biasa since ianya adalah versi motor lumba yang dikecilkan kuasa kuda dan sizenya. Akhirnya aku mengalah sebab takut jatuh. Dia hanya tersenyum dan menaiki dulu motor tersebut. Dia mengarahkan agar satu kaki aku dipijakkan dekat tempat pijak belakang sambil tangan memegang bahunya.
First try tak jadi sebab aku tak yakin. Lepas cubaan yang ke 4 barulah aku berjaya membonceng motor.

"Awak dah ready?" dia bertanya.
"Aaa nanti...nanti...bismillah... aaa ok...ready...jangan bawa laju-laju tau" aku memegang bahunya erat.

Enjin motor dihidupkan, dan kami pun bergerak meninggalkan kolej. Saat motor mula menyelusuri highway, dia memecut laju motornya menyebabkan aku sedikit panik. Dari memegang bahu terus aku peluk erat pinggangnya. Namun, beberapa minit kemudia aku rasa ok. Tiada lagi perasaan takut-takut kecuali ketika dia membuat selekoh tajam. Deruan angin yang kencang membolehkan aku membau haruman wangian badan yang dipakainya, sedap dan tenang je baunya. 

Kami berhenti di sebuah stesen minyak di daerah Gombak, Selangor untuk makan tengahari. Nak kebas juga bontot aku sebab berada atas motor pada kelajuan yang agak tinggi. Terasa macam ringan je.
"Awak nak makan apa?"
"Terpulang, ikut awak, saya telan aje apa pun" balasku.
"Nasi?" dia menanggalkan helmet dari kepalaku.
Aku menggeleng. Aku risau kalau makan terlalu berat, nanti mengantuk pula tengah-tengah riding motor dengan dia.
"Burger lagi?" mukanya sedikit berkerut tapi masih lagi tersenyum.
Aku mengangguk laju sambil membuat muka puss in boots.
"Ok" katanya sambil mencapai tanganku dan digenggam erat. Aku hanya menurut saja.

Kami lunch Burger King, itupun aku yang pilihkan untuk mengambil set double whooper sebab burgernya besar. So kami just share je memandangkan kalau aku makan sorang pun takkan habis.

Time makan, aku memandang Dean, rambutnya sedikit kusai kerana baru lepas buka helmet tadi. Aku amat tertarik dengan lelaki yang rambutnya messy kerana pada aku mereka kelihatan sexy dan hot. Tak sedar dia perasan aku merenungnya.
"Awak tengok apa tu?".
"Tengok rambut awak, sexy..." tak sedar aku terucap perkataan sexy tu. Dia hanya memandangku dengan muka yang agak blur dan tersenyum.
Aku sedikit tersipu, dan mengambil air lantas meminumnya.
"Awak pun sexy tau..." tanpa sedar, bibirnya dah mendekati telingaku, bahagian yang agak sensitif lebih-lebih lagi dengan kehangatan udara dari mulutnya. Aku memandangnya dan mencubit lengannya sekuat hati kerana mengusikku, tapi seperti biasa tiada apa-apa respon hanya mengaduh kecil.
"Adoi" sebuah senyuman diukirkan kepadaku. Dan aku tak jadi nak marah pun.

Sepanjang aku kenal Dean, tak pernah lagi aku tengok dia marah atau sedih. Most of the time mukanya akan sentiasa happy dan tersenyum walaupun kadang-kadang aku membuat salah terhadapnya seperti lewat, tertinggikan suara, merajuk lebih dan lain-lain. Kadang-kadang aku rasa sangat bertuah memilikinya tetapi dalam masa yang sama, kadang-kadang aku kesiankan dia. Ada ke manusia yang seperti ini? Senantiasa tersenyum dan gembira tanpa  rasa marah dan sedih atau kecewa. Aku mesti dapatkan jawapannya suatu hari nanti, MESTI!


to be continue...

No comments: