Followers

Wednesday, July 21, 2010

Melaka trebel Part 2

Best gak berendam dalam bath tub walaupun muat-muat je. Hahaha, dah solat terus aku keluar dari hotel. Satu benda yang aku nak cari, makanan dan air untuk late night snacks. Tapi makin jauh aku berjalan makin aku tak nampak apa-apa kedai makanan hatta kedai runcit pun. Aku dah start garu kepala, aisey hotel punya la strategik tapi sekeliling semua kedai baju dan kasut je? Perjalanan diteruskan lagi sampai la ke depan iaitu main road kalau korang dari luar Melaka. Nampak la satu kedai India ni dah nak tutup, aku pun terus lajukan langkah. Tapi tengok dalam kedai pun nak tak nak je barang-barangnya. Angkut je la mana yang boleh telan dan aku blah.

Sampai hotel, Eca beritahu pakcik teksi tak dapat datang jemput. Aku terpikir nak jalan kaki je. Tapi bila Eca beritahu suruh try tanya service teksi, aku pun try la tanya. So lagi 10 minit sampai. Naik teksi menuju ke destinasi seterusnya, Taman Rempah. Diorang takde pun dekat situ, so aku minta driver tu pergi rumah diorang. Ada la tunggu dekat 10 minit, then dapat call diorang dah tunggu dekat monorail. Aku pun pelik, kenapa nak tunggu situ?

Aku turun dari teksi dengan muka agak kelat setelah kena charge RM30 dari uncle bodoh tu. Sumpah, aku memang anti dengan driver teksi (mostly). RM30 tu kena bayar jarak dari hotel aku ke tempat yang tak sampai 10 minit pun perjalanan, then tunggu 10 minit lagi last-last kena charge camtu. Tapi aku kenangkan ni bukan negeri aku, so tak boleh nak buat taik. Biarkan, ko nak main kasar? Ko kene akhirat ko tau la.


Tapi aku malas nak pikir, biarkan. Aku jumpa Eca dan Wani dan terus ke kaunter River Cruise Melaka. Eca belanja tiket rivercruise dan perjalanan malam bakal bermula.


View memang lawa sebenarnya tapi bila dah ramai sangat dan bila kedudukan kita tak strategik untuk ambil gambar, ianya hanya mengundang kepahitan hati. Since malam, aku terpaksa guna speedlight. Mujur gak la ada bumbung canvas putih so dapat jadi reflector yang baik.


Satu benda yang aku tak suka rivercruise ni, perjalanan diorang pergi dan balik. Tiada stop dekat mana-mana perhentian. Aku lebih prefer kalau diorang stop, means tiket RM10 tu macam unlimited la untuk satu malam or sekian-sekian waktu. So dapatlah ambil gambar dekat daratan yang menarik. Ni aku nak ambil gambar ada je halangan dari kepala-kepala yang tak reti duduk diam. Masa mula seronok lah ambil last-last, malas dah nak ambil since kepala tu asyik kiri kanan je.

Habis naik rivercruise, kitorg pergi makan dekat-dekat situ je. Kebetulan gerai tu mak angkat Eca. Aku dah malas nak pikir, Wani sebut nasi goreng kampung telur mata, aku pun follow je. Eca makan kuey teow tomyam, ngidam tah apa budak ni. Tak lama kemudian, ada la sorang mamat ni sapa diorang. Aku tak kenal, aku agak junior diorang time DIS dulu. Awang yang aku dengar diorang panggil. Agak lembut-lembut gitu. Tapi aku biarkan jela, malas nak prejudis. 

Tapi dekat belakang aku satu group yang lagi sotong gelak mengilai. Aku diamkan aje sambil tersengih tengok Eca dan Wani agak menyirap tengok diorang ketawa tak hengat. Lantaklah, jangan kacau aku sudah.


Lama gak kitorang borak, borak itu ini bla bla bla sedar-sedar makanan aku dah habis. Biasalah lelaki kalau makan, nak-nak orang macam aku, pedas ke apa ke aku telan je, perut tengah lapar. Tunggu la Wani dengan Eca habis makan. Dah habis tu diorang lorat lak aku ni nak balik camne. Minta tolong si Awang and his member, tapi aku taknak nyusahkan orang, aku cakap jalan kaki pun ok. 

Tup tap tah macamne, tiba-tiba Eca nampak kereta Abong dekat-dekat situ. So balik tu aku dihantarkan lagi oleh Abong yang time tu keluar dengan Bai. So terima kasih banyak-banyak Abong! Kalau orang lain aku rasa dah agak berkira dah, tapi dia agak selamba je.

Balik hotel, tengok sekeliling semua dah tutup kedai. Aku naik terus dan masuk bilik. Salin baju semua terus buka laptop, transfer RAW masuk Lightroom dan terus edit. Tengok jam dah tengah malam, tarik laptop dekat dengan katil, buka peti ais ambil jus dengan keropok, late night snacks sambil editing, mesej Eca jap sebelum Wani mesej dekat FB. 

Aircond bilik sangat sejuk, aku terpaksa sembunyi dalam selimut, sedar-sedar pukul 3, editing tah ke mana, tv tah ke mana, lampu sume still pasang. Tutup semua, aku masuk tidur, peh best gila aircond, tapi katil single ni kecik, aku badan besar agak kureng la.

Sambung lagi part 3, penghabisan...

No comments: